Part 23

180 8 3
                                    

Encik Rahim tertawa jahat.

"Kau pikir orang nak dengar ke kau punya jerit? Haha. Kau tunggu. Aku akan buat kau menyesal lepas tampar aku" bidas Encik Rahim.

Belum sempat Adeena nak berkata, dia sudah dapat rasa sesuatu menindih lehernya.

Adeena menoleh ke tepi. Dicuba untuk jauhkan mukanya dari lelaki jahanam itu tapi dia memang tak boleh pergi ke mana-mana.

Adeena mengetap bibirnya. Ya Allah, selamatkan aku!

Encik Rahim bertindak menarik baju uniform Adeena sehingga tercabut semua butang.

Maka, nampaklah pakaian dalam Adeena.

"Tolong!!" Jerit Adeena.

Adeena meronta lagi. Dia akan halang dari Encik Rahim meragut maruahnya. Walau apa cara sekalipun.

Encik Rahim tersenyum suka. Nafsunya membuak-buak apabila dapat melihat kulit putih yang terdedah itu.

Tapi, belum sempat Encik Rahim melakukan yang lebih, dia dapat rasakan satu tumbukan hinggap di pipinya. Terus terjatuh dia ketepi.

Adeena segera mengesot ke tepi dinding. Ditutupnya kulit dia yang terdedah itu. Adeena mengelap air matanya. Dia takut sangat sangat. Tangannya turut menggigil.

Dada Adam naikt turun.

"Dasar orang tua gatal!" Jerit Adam lalu diberikan lagi tumbukan bertalu-talu di muka Encik Rahim. Encik Rahim pula nampak seperti mahu melawan tapi tak dapat sebab kekuatan Adam lagi lebih dari dia.

Adeena hanya melihat Adam yang sedang menumbuk Encik Rahim itu. Adam nampak marah sangat.

Adam memberhentikan tindakannya. Dilihat Encik Rahim pun macam dah pengsan. Terus dialihkan matanya melihat Adeena.

Adam bangun dan dia mengambil tudung Adeena yang bersepah di lantai.

Dihulurkan kepada Adeena. Dia seboleh-bolehnya tak melihat Adeena. Ditolehkan kepalanya ketepi.

Adeena melihat dan diambil perlahan tudung itu. Dibuka dan dia tutup apa yang patut.

Tangannya terhenti bila dia dapat lihat kesan merah di dada nya.

Adeena mengetap bibir. Dia malu. Dia takut. Dia sedih. Semua perasannya bercampur baur.

Adam segera membuka jaketnya lalu disuakan juga kepada Adeena.

Tangannya diseluk ke dalam poket dan nombor telefon kawannya dituju.

"Hello man. Aku nak report ada cubaan rogol. Datang kat location aku send nanti"

Tanpa menunggu balasan, Adam segera mematikan panggilan lalu dihantar location.

Adam merenung Encik Rahim yang sudah pengsan tu. Tunggulah. Kau takkan selamat orang tua.

-

Adeena meneguk air. Dia sudah menukar pakaian dan sudah berada di balai polis untuk membuat kenyataan.

Tangannya masih menggigil itu direnung.

Adam duduk di sebelah.

"Lepas ni awak tak payah kerja kat situ." Adam memulakan percakapan setelah diam yang menguasai mereka.

"Tapi, saya takda kerja lain nak buat. Saya kena sara adik-adik saya. Diorang masih kecil" jawab Adeena. Entah macam mana, laju saja dia berkata. Dia buntu.

"Biar saya yang galas tanggungjawab tu lepasni" jawab Adam. Matanya melihat Adeena yang sedang menunduk itu.

Adeena menoleh. Keningnya dikerutkan.

"Apa maksud awak?" Tanya Adeena. Tak faham.

"Kahwin dengan saya" Adam berkata perlahan. Mukanya tenang sahaja.

Adeena terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia terkejut dengan permintaan Adam.

Adeena semakin menunduk. Dia tak rasa diri dia layak untuk Adam.

"Saya tak mampu Adam. Saya tak layak untuk awak. Kita berbeza. Kita takkan boleh bersama. Awak ada banyak pilihan di luar sana. Pergilah dari sini, pilih yang lain selain saya. Banyak yang tepat untuk awak, tapi bukan saya." Adeena berkata perlahan.

Adam menghela nafas perlahan. Dia gelengkan kepala tanda menidakkan kata-kata Adeena.

"Walau beribu wanita yang datang, saya tetap pilih awak, saya tetap dan selama-lamanya pilih awak. Saya tak pernah ada perasaan macam ni dengan mana-mana perempuan. Awak yang pertama dan saya pasti awak akan jadi yang terakhir. Dengan izin-Nya. Insyaallah. Kita akan bersatu" pujuk Adam lagi.

"Tipu lah kalau saya cakap yang saya tak cintakan awak. Saya sayang awak, Adam. Tapi, saya anak orang miskin. Sedangkan awak? Saya ada banyak tanggungjawab dan komitmen. Saya taknak awak terbeban sama. Mak dan ayah awak? Mereka setuju ke kalau terima menantu yang miskin? Yang tak belajar sampai menara gading? Saya taknak awak dibenci keluarga" jawab Adeena.

"Diorang ok je, Adeena. Saya dah bagitau semuanya kat diorang. Mereka tak pernah halang segala keputusan saya. Apa yang terbaik untuk saya maka itulah yang terbaik buat mereka." Jawab Adam.

"Macam mana kalau saya bukanlah yang terbaik untuk awak? Awak orang baik Adam. Saya ni? Kasih sayang ayah pun saya tak pernah dapat. Mak saya pun meninggal bila saya umur 17 tahun. Saya terpaksa berdikari tanpa bimbingan orang tua. Sanggup ke awak terima?" Soal Adeena. Air matanya bergenang.

"Semua manusia itu tak sempurna. Yang membuatkan mereka sempurna adalah ketika mereka dapat melengkapi satu sama lain. Ketika mereka dapat menerima segala baik dan buruk pasangan mereka. Itu yang saya percaya. Dan saya, akan terima segala baik dan buruk awak. Dan awak pun perlu terima baik buruk saya." Jawab Adam. Matanya merenung lebih dalam mata Adeena.

"Saya tak sanggup tengok awak terbeban lagi. Saya tak sanggup nak tengok awak kerja tanpa rehat. Saya tak sanggup tengok awak kerah tenaga awak untuk bagi adik adik awak makan. Saya tak sanggup tengok semua tu, Adeena. Dan yang paling saya tak sanggup ialah kehilangan awak."

Adeena diam. Dia rasa terharu sangat sangat. Dia tak sangka ada lagi lelaki yang baik dan sanggup terima dia.

"Boleh awak terima saya?" Soal Adam buat kali yang terakhir. Dipandangnya Adeena tanpa kelip.

Adeena diam. Hanya anggukan yang diberi. Air matanya jatuh juga. Dia memberikan senyuman.

Adam tergamam. Seriuslah? Adeena terima? Ya allah!

"Terima kasih, Adeena" Adam berkata. Dia tersenyum juga.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now