Part 13

208 9 0
                                    

"Akak, betul ke akak nak pergi gerai burger Abang Yusof tu? Akak kan tak sihat lagi. Nanti pengsan ke macam mana?" Tanya Citra. Dia risau lah dengan kakanya ini. Kalau degil tu, memang tak boleh nak pujuk.

Adeena mengemaskan tudung di kepala.

Dia kemudiannya berpaling dan melihat Citra. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Alah, bukan jauh pun rumah ni dari gerai tu. Takda makna lah akak nak pengsan." Ujar Adeena. Dia mengambil tote bag nya lalu disangkutkan dibahu.

"Akak, boleh tak jangan degil? Kitorang ni risau tau tak?" Danish pula muncul di belakang Citra.

Citra pula mengangguk laju tanda setuju.

Adeena menghela nafas perlahan.

"Kalau akak tak pergi, macam mana akak nak dapat duit? Nanti akak tak dapat nak belanja korang barang yang korang nak" ujar Adeena. Dia berjalan ke arah pintu. Dibuka lalu dipakai kasutnya.

Citra dan Danish hanya membontoti kakak sulungnya.

"Akak, kalau akak sihat, kitorang bagi je akak pergi kerja siang malam, tapi kakak ni sekarang tengah demam. Tu, muka pun pucat je tu" ujar Citra lagi.

Adeena menggelengkan kepala. Dia membuka mulut untuk membantah kata-kata Citra.

"Ta.."

"Akak ni tolong lah dengar, kitorang ni risau tau. Kalau apa-apa jadi macam mana?" Ujar Danish. Memotong percakapan Adeena. Dia menyilang tangan di dada. Muka pula menunjukkan reaksi tak puas hati.

"Korang tak payah risau lah. Insyaallah takda apa-apa jadi. Kan ada Abang Yusof. Kalau akak tak larat, akak balik lah rumah" ujar Adeena. Masih mahu memujuk adik-adiknya.

"Sudahlah, cakap lebih-lebih pun bukan nak dengar" ujar Danish. Dia menjulingkan mata ke atas. Lalu, dia terus menghilang menuju ke biliknya.

Citra hanya melihat kelibat adiknya. Lalu, dia memalingkan muka memandang Adeena.

"Takpalah akak. Kitorang doa je akak selamat sampai dan selamat balik." Ujar Citra. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

Adeena hanya mengangguk.

-

Adeena berjalan perlahan. Dalam 100 mete, dia sampai lah ni kat gerai burger Abang Yusof.

Tapi, dari tadi kepalanya tak berhenti berdenyut. Peluh pun sudah menitik. Punyalah sakit sampai dia berpeluh.

Semakin dekat, Adeena dapat melihat Abang Yusof sedang rancak berbual dengan seorang lelaki. Dia mengerutkan kening. Macam kenal je lelaki tu.

Semakin Adeena dekat, Adeena dapat rasa debaran di dada.

Abang Yusof mengangkat tangan melambai ke arah Adeena. Dia tersenyum sahaja.

Lelaki yang berada di depannya pula segera menoleh dan ketika itulah mereka bertentangan mata.

Adam mengukirkan senyuman.

Adeena pula membatu.

Dia tak tahu nak buat apa. Rasa macam gelabah pun ada. Rasa macam nak lari patah balik pun ada.

Yusof berdiri dari kerusi yang didudukinya lalu dia memanggil nama Adeena.

"Adeena. Meh lah sini. Duk tercegat kat situ buat apa?" Tanya Yusof. Dia mengerutkan kening. Kenapa dengan Adeena ni?

Matanya diturunkan memandang Adam pula. Adam masih macam tadi, sibuk tengok Adeena.

Yusof tertawa kecil. Bahu Adam dipukulnya perlahan.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now