Part 19

174 8 0
                                    

"Assalammualaikum, abang Yusof" ujar Adam. Dia melabuhkan duduk di kerusi kedai mamak itu.

"Waalaikummussalam" ujar Yusof. Dia hanya tersenyum dan memandang sahaja Adam yang baru sampai itu.

"Sorry, lambat sikit" ujar Adam. Dia dah berjanji dengan Yusof untuk berjumpa tapi tiba tiba dia kena settlekan hal kerja pula.

"Takpa, abang pun baru sampai." Ujar Yusof.

"Eh jomlah kita order makan, minum dulu" sambung Adam lagi.

Adam hanya mengangguk.

Mereka pun berbual ringkas.

"Adam dengan Adeena macam mana?" Tanya Yusof tiba tiba. Dia menghirup teh o ais dia.

Adam terkaku. Dia mengerutkan kening.

"Macam mana? Tak faham lah bang" ujar Adam. Dia menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut. Dikunyah sambil menatap Yusof yang berada di hadapan.

"Dah dua hari tak datang gerai burger abang. Selalunya hari hari datang" ujar Yusof. Alahai, Adam ni buat buat tak faham pula.

Adam diam. Matanya ditundukkan menatap makanannya. Dikuis-kuis nasi tersebut.

Fikirannya teringat kejadian dua hari sebelum itu. Kata-kata Adeena buat dia sedih. Memang lah mereka tiada apa-apa tapi dia sendiri binging dengan perasaan dia. Dia rasa terkesan sangat dengan kata-kata Adeena. Dia cuba sibukkan diri dan tak pikir pasal Adeena. Dah dua hari dia buat kerja di ofis sahaja. Hanya kerja yang boleh buat dia lupa Adeena.

"Adam, abang tahu Adam suka Adeena kan?" Tanya Adam.

Adam hanya diam. Tapi Yusof tahu, Adam mengiyakan kata-katanya.

"Jangan berhenti berusaha, Adam. Adeena dah lalui macam-macam dengan hidup dia. Dia takut. Dia takut salah dalam memilih." Ujar Yusof. Dia menyuap mee goreng mamak ke dalam mulut.

"Apa yang Adeena takutkan, bang?" Tanya Adam. Dia musykil. Kata-kata abang Yusof sama macam Citra. Tapi apa yang mereka cuba sampaikan?

"Tentang tu, Adam kena tanya Adeena sendiri" jawab Yusof. Dia nak cerita lebih pun tak boleh, dia hanya cerita mengikut pandangan dia terhadap Adeena. Apa yang dia nampak. Dia tak tahu apa yang Adeena rasa.

"Tapi, macam mana lagi saya nak pujuk dia?" Ujar Adam. Dia kembali menunduk. Dia dah rasa putus asa dengan semua ni. Penat sangat. Adeena sangat tegas dalam keputusan. Susah nak ubah dia.

"Adam, perempuan ni takkan dapat tipu perasaan dia sendiri. Abang nampak, Adeena sayangkan Adam. Pandangan dia pada Adam lain. Adam kene terus usaha" pujuk Yusof.

Adam hanya mengangguk.

-

"Assalammualaikum" laung Adam.

"Waalaikummussalam" jawab seseorang dari dalam pintu. Dibukanya pintu lalu muncul Citra.

Citra tersenyum. "Eh abang Adam"

Citra memandang pelik Adam. Rambutnya yang terjuntai diselitkan di telinga.

Adam tersenyum. Dia menaikkan tangannya lalu ditunjukkan plastik yang ada ditangan.

"Abang ada belikan barang keperluan untuk korang" ujar Adam. Dia meletakkan plastik platik tersebut di tangga.

Citra menutup mulutnya yang hampir ternganga dengan tangan.

"Terima kasih abang" ujar Citra. Dia mengambil plastik tersebut.

-

"Assalammualaikum" Adeena menutup pintu rumah.

"Waalaikummussalam" jawab Citra. Dia tengah membantu Darwish siapkan kerja sekolah.

"Akak, jom makan dulu" panggil Danish. Dia menyuap nasi ke dalam mulut dengan berselera sekali.

Adeena tersenyum. Di halakan langkahnya ke arah Danish.

Dikerling ke arah dapur. Matanya dapat meihat ruang dapur yang ada barang dan plastik beli belah. Diletakkan di atas ruang yang disediakan. Nampak macam baru lepas beli barang.

Adeena mengerutkan kening. Dia menghala ke dapur pula.

"Citra? Kenapa dapur ni ada makanan? Citra pergi beli barang ke tadi?" Soal Adeena. Pelik dia. Mana Citra dapat duit?

Citra bangun lalu dia berdiri ke sebelah Adeena. Citra senyum.

"Ouh, tadi Abang Adam yang hantar" jawab Citra. Ringkas.

Adeena terdiam. Apa? Adam hantar?

"Kenapa dia hantar semua ni?" Tanya Adeena.

Citra hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Abang Adam kata nanti dia ada kat gerai Abang Yusof. Dia nak jumpa akak kat sana" pesan Citra. Memang itu yang Adam pesan lepas hantar barang-barang ni tadi.

Adeena semakin mengerutkan kening. Aduh, apa yang Adam nak ni?

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now