Part 15

185 8 0
                                    

"Adam, mari breakfast dulu" ujar Puan Sri Amanda.

Dia menyapukan jem di atas roti bakar lalu diletakkan di atas pinggan Tan Sri Asyraf.

Tan sri Asyraf pula menghirup kopi.

Matanya pula tak lepas memandang Adam yang sudah berpakaian kemas. Hensem hensem ni nak pergi mana?

Adam hanya menganggukkan kepala. Kakinya tang sebelum ini diarahkan ke pintu, bertukar arah dan pergi ke meja makan mereka.

Dia turut melabuhkan duduk di situ.

"Wah, hensem hensem adik aku ni, nak pergi mana?" Tanya Ikhwan. Abang kepada Adam.

Anis juga turut menganggukkan kepala. Mulutnya laju menyuap roti bakar yang disapu jem.

Ikhwan pula menyuapkan sandwich ke dalam mulut Sara. Budak ni, memang kena suap, nanti sampai ke lubang hidung masuk sandwichnya. Lepastu, kalau bagi Sara suap sendiri, berjam-jam takkan habis, asyik main je makanan tu.

"Nak pergi hospital" ujar Adam ringkas. Dia menyuap roti bakar ke dalam mulut.

"Kenapa? Anak mummy ni sakit ke?" Panik sudah suara Puan Sri Amanda.

Mata mereka semua terus tertumpu ke arah Adam.

Adam tertawa kecil.

"Takdelah mummy. Adam nak melawat kawan" ujar Adam. Dia menghirup sekejap air kosong di dalam gelas. Dia memang tak suka kalau minum atau makan manis.

Semua mengangguk kepala.

"Uncle nak pergi tengok kakak cantik ke?" Ujar Sara tiba-tiba.

Adam tergamam. Alamak, Sara. Janganlah kantoi kan.

"Sapa kakak cantik tu, Adam?" Tanya Tan Sri Asyraf. Dia yang selama ni hanya mendiamkan diri mula membuka mulut. Mukanya tenang sahaja.

"Err.."

"Cantik tau kakak tu, Grandpa. Dia pakai tudung. Lepastu dia main dengan Ara semalam. Ara suka lah dengan kakak tu." Potong Sara. Dia tersenyum gembira.

"Ara, jangan menyampuk orang tua bila bercakap" tegur Ikhwan.

Sara menutup mulutnya.

"Sorry papa. Ara janji Ara tak buat lagi" ujar Sara lalu dia menekup mulutnya.

Anis hanya tertawa kecil. Comel sahaja anaknya ini.

"Yeke, Ara? Kakak tu baik? Ouh, semalam Uncle Adam bawa Ara jalan-jalan jumpa kakak tu ye?" Soal Tan Sri Asyraf. Dia mengukirkan senyuman kepada Sara.

Sara hanya mengangguk laju tapi tangannya masih menekup mulut.

Adam pula dah cemas. Aduh, dia punyalah berahsia tapi senang-senang je Sara ni kantoikan.

"So, Adam. Any explanation?" Soal Tan Sri Asyraf. Dia okay je tapi dia memang seorang yang tegas. Jadi, bila dia soal biasa pun masih di dalam keadaan tegas.

"Adam ada kenal someone. Nama dia Cinta Adeena" ujar Adam perlahan. Dia menggaru hujung keningnya.

"Ouh, bagus" ujar Tuan Sri Asyraf ringkas.

Ikhwan menutup mulutnya. Seriouslah, adiknya ini sudah jumpa seseorang yang dia berkenan? Dulu, keluarga mereka banyak kenalkan Adam dengan wanita-wanita lain tapi semua Adam reject. Alasannya, sibuk kerja. Tapi sekarang?

Anis pula membesarkan mata. Dia terus tersenyum gembira.

"Wahh, lepasni Anis ada kawan lah kan?" Ujar Anis gembira. Bolehlah lepas ni dia ada geng. Yay.

Puan Sri Amanda tersenyum gembira.

"Yeke adam? Alhamdulillah kalau macam tu. Bila nak jumpa dengan mummy?" Tanya Puan Sri Amanda. Terujanya dia.

"Sebenarnya, kitorang belum ada hubungan apa-apa. Masih nak kenal hati budi." Ujar Adam.

Semua hanya mengangguk sahaja. Mereka hanya mampu berdoa semoga Adam dipertemukan dengan orang yang tepat.

Mereka pun meneruskan menjamu selera dan berbual ringkas.

Adam mengelap mulutnya dengan tisu.

"Oklah semua. Adam nak pergi dulu" ujar Adam. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Ara nak ikut!" Jerit Sara. Dia loncat dari tempat duduknya.

"Takpayahlah, Ara. Biarlah Uncle Adam jumpa kawan dia" ujar Anis. Dia menggelengkan kepala. Kadang-kadang dia musykil. Ini anak dia ke anak Adam? Nak ikut Adam je memanjang.

"Betul tu Ara. Lepas ni kan kita nak pergi jalan-jalan jugak. Tak payahlah ikut Uncle Adam." Ujar Ikhwan pula.

Sara menundukkan kepala.

"Oklah, Ara tak ikut. Bye, Uncle Adam" ujar Sara sayu. Tangannya dinaikkan lalu dia melambai perlahan.

Adam tertawa kecil. Adam tunduk lalu kepala Sara dikucup perlahan.

"Nanti Uncle bawa Ara jumpa kakak cantik ya?" Ujar Adam. Dia mengukirkan senyuman.

Bersinar terus mata Sara. Dia mengangguk laju.

-

"Assalammualaikum" Adam membuka pintu ward Adeena.

Adeena lekas memalingkan wajah. Seketika, Adeena membatu.

Matanya melilau melihat ke arah lain.

"Waalaikummussalam" ujar Adeena perlahan. Dia meneguk beberapa kali air liur yang rasa macam tersekat sahaja kat tekak.

Rasa kekok lah pula bila Adam datang.

"Adik-adik mana?" Tanya Adam. Dia melabuhkan duduk di kerusi yang ada di sebelah Adeena.

"Diorang balik semalam sebab nak uruskan adik-adik yang lain. Kejap lagi datang lah tu." Ujar Adeena.

"Ni kenapa awak datang?" Tanya Adeena. Musykil dengan kedatangan Adam.

Adam mengukirkan senyuman. Tangannya menghulurkan sejambak bunga deep breath dan sebelah lagi ada nasi lemak.

"Saya beli bunga untuk awak. Lepastu, saya bawa nasi lemak. Jom makan sama sama" ujar Adam. Dia tersenyum gembira. Bila lagi nak berdua dengan Adeena kan? Kali ni je sebab Adeena tak boleh nak lari. Hehe.

Adeena tergamam.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now