Part 64

113 5 1
                                    

"Akak, jom kita main sama sama" Cindra menarik tangan Adeena lalu dia duduk bersila di depan alat mainannya. Segala patung barbie berterabur di situ.

Adeena pula mengangguk. Dia duduk di birai katil.

Hari ni sahaja, dia sudah muntah 3 tiga kali. Rasa letih sahaja badan. Semua yang dia makan mesti terbuang semula.

Citra ada juga bertanya tentang sakitnya. Dia hanya berkata itu side effect keracunan makanan.

Sorry, Citra. Bukan niat akak nak bohong tapi Adam dah buat plan elokk punya untuk suprisekan korang.

"Cindra, akak tak sihat sangat tu. Lain kali je main okay?" Darwish memujuk. Dia duduk di sebelah adiknya. Sesekali matanya mengerling kakaknya yang duduk di atas katil itu.

Pucat sahaja muka kakaknya.

"Eh, takpelah. Akak ok je ni. Akak boleh temankan Cindra main" Adeena bangun. Dia nak duduk disebelah Cindra.

Darwish segera menghalang.

"Eh, akak. Tak pe. Akak duduk je atas katil tu. Kalau tak larat sangat, akak baring je. Muka akak pucat tu. Nanti jadi apa apa, susah."

Darwish menolak perlahan badan kakaknya untuk melabuhkan duduk di katil itu kembali.

Adeena hanya akur.

Dia pun tengok sahaja adiknya main ditemani Darwish. Sesekali ada juga terdengar suara gelak tawa mereka bertiga.

-

Adam mengelus kepala Adeena perlahan. Dicium perlahan pipi gebu itu.

Adeena yang sedang melihat skrin Iphonya terus terhenti dan tertoleh ke arah belakang. Dia menbetulkan keadaan dari posisi mengiring dan menjadi duduk bersila, menatap suaminya.

"Are u okay, my love?" Adam bertanya. Dia memegang pipi Adeena. Muka isteri kesayangannya itu nampak pucat sahaja.

Adeena mengangguk perlahan. Dia melihat ke arah pakaian Adam. Nampaknya, Adam baru balik dari event.

"Baru balik?" Tanya Adeena. Kesian. Nampak muka Adam sedang keletihan.

Adam mengangguk.

Dia baring di atas peha isterinya dan wajahnya disembamkan di perut isterinya.

"Saya rindu awak, love" Adam berkata, dengar tak dengar sahaja.

Adeena meraup rambut suaminya itu.

Dia tertawa kecil.

"Aik? Baru pergi beberapa jam, dah rindu? Nampak sangat tipu tau" Adeena berkata.

Adam menoleh dan bertentangan dengan isterinya itu.

"Ehh, betullah. Saya rindu awak sangat sangat. Rasa menyesal pergi event tadi, kena hadap wartawan semua tu" Adam berkata. Dia mengeluh perlahan.

Tangan isterinya dicapai dan diletakkan di bibirnya sebelum dikucup perlahan.

"Kenapa dengan wartawan tu?" Soal Adeena mahu mengambil tahu apa yang membuatkan suaminya itu stres sangat.

"Diorang tanya pasal wedding kita. Tak logik betul. Tanya soalan macam saya ni kahwin dengan penyondol." Adam berkata lagi. Dia menggelengkan kepala. Pening kepala bila difikir kembali.

Adeena menggosok-gosok badan Adam.

"Sabar ye awak" Adeena berkata.

Adam menggeleng.

"Tak boleh. Saya nak awak pujuk lagi" Adam berkata. Dia buat muka monyok.

Adeena mengerutkan kening.

"Ehh? Pujuk lagi? Pujuk macam mana?" Adeena bertanya.

"Senang je. Bagi kiss kat sini. Kat sini. Sini. Sini. Sini." Adam menunjukkan seluruh wajahnya. Dan ia berakhir di bibirnya.

Adeena menahan malu. Wajahnya terasa membahang.

Dia memukul bahu Adam perlahan.

"Ei, mengadalah awak ni"

Adam tersenyum suka.

"Kalau awak taknak bagi, biar saya yang buat"

"Adam!!"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now