Part 4

245 9 4
                                    

Pintu dibuka. Nampak Encik Rahim yang sedang berjalan masuk. Dia tersenyum memandang Adeena yang sedang menyusun paket makanan di rak.

Kakinya melangkah mahu menuju ke arah Adeena.

"Awalnya masuk, Encik Rahim?" Tanya Sally. Sarkastik. Tangannya ligat memasukkan barang pelanggan ke dalam beg plastik. Selesai, dia tersenyum mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut.

Matanya kembali memandang Encik Rahim yang terbantut nak berjalan ke arah Adeena.

Adeena menoleh ke arah suara Sally. Nampak sahaja Encik Rahim, dia terus mengangkat kotak kosong tersebut, nak pergi ambil kotak lain. Tak nak berlama-lama disitu.

Encik Rahim mendengus perlahan. Dia menoleh memandang Sally.

"Apa masalah? Sukahati aku lah nak masuk bila" bidas Encik Rahim.

"Tak semestinya Encik manager kat sini, Encik boleh sesuka hati je masuk pukul berapa Encik nak" ujar Sally. Matanya tajam merenung Encik Rahim. Matanya memandang atas bawah.

Baju kemeja berkotak-kotak, baju dahlah sempit tapi tetap pakai macam perut tu takde. Macam nak putus dah tali pinggang tu lilit kat pinggang. Seluar pun ketat, sendat.

"Buang air liur aku je cakap dengan kau." Ujar Encik Rahim. Dia menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan. Baik tengok Adeena.

Kakinya melangkah meninjau bilik stok. Tadi macam nampak Adeena masuk situ.

Bibirnya ternaik bila nampak Adeena sedang terbongkok-bongkok mahu mengangkat kotak yang berisi barangan. Kakinya laju melangkah masuk.

"Adeena. Meh sini saya tolong" ujar Encik Rahim. Dia turut membongkok mahu mengangkat kotak tersebut. Tangan dimasukkan ke bawah kotak. Dapat dirasakan tangan Adeena di situ, dia pegang lalu diusap sikit. Mukanya menunjukkan muka miang dan tersenyum sumbing.

Adeena terkaku. Dapat dia rasakan usapan tangan Encik Rahim. Terus dilepaskan pegangan kotak itu darinya. Maka, terhimpitlah kotak berat itu di atas tangan Encik Rahim.

Encik Rahim terduduk. Beratnya kotak ni.

"Adui, adui, adui. Tangan aku tersepit. Arghh" ujar Encik Rahim separuh menjerit.

Adeena yang melihat itu terus tergaru kepala.

"Kejap ye, Encik. Saya panggil Sally."

-

"Nak letak mana ni, Adeena?" Tanya Sally.

Adeena membaca tulisan yang ada di atas kotak itu, lalu dia tunjukkan.

"Sini, Sally" ujar Adeena.

Sally pun patuh dan letakkan kotak itu di sebelah Adeena.

Adeena tersenyum.

"Terima kasih, Sally. Kalau takde awak tadi, mesti tangan Encik Rahim masih lagi tersepit kat celah kotak tu" ujar Adeena. Matanya memandang Encik Rahim yang masih di bilik stok. Nampak Encik Rahim sedang menggosok-gosok tangannya.

Adeena menahan senyum. Padan muka.

Bibir Sally ternaik sebelah.

"Tulah, kalau tak kuat tu sedar lah diri sikit. Ni, nak acah-acah tolong, nak tunjuk jantan lah tu" ujar Sally. Suaranya kuat sehingga Encik Rahim yang ada di bilik stok pun terus menoleh memandang Sally.

Encik Rahim pun mendengus dan langkah laju menuju ke biliknya. Lalu, pintu dihempas kuat.

Sally terus menghamburkan ketawanya. "Koyak lah tu" ujar Sally.

Adeena hanya menggelengkan kepala.

Adeena kemudian tekun menyusun barang di rak. Harini banyak stok sampai. Jadi, kerjanya banyak sikit harini. Angkat kotak lepastu susun barang. Kotak-kotak yang dah kosong. Dia akan lipat cantik-cantik lalu diletakkan di satu tempat.

-

Adam Qhalish membuka pintu serbaneka tersebut.

"Selamat datang encik" ujar Sally. Dia tersenyum memandang kanak-kanak perempuan yang ada di dukungan lelaki tersebut. Comel sahaja. Rambut panjang yang diikat tocang. Kemudian, putih melepak. Putih macam lelaki tersebut juga.

Adam hanya tersenyum. Dia memandang kanak-kanak yang ada didukungan.

"Sara nak apa?" Tanya Adam. Lembut sahaja suara garau tersebut menanya.

"Ara nak turun" ujar Sara. Dengan suara pelat sedikit. Dia memandang Adam, lalu dia menolak-nolak Adam sedikit. Mahu Adam turunkan dia.

Adam hanya menggelengkan kepala.

"Okay. Tapi, Sara kene janji. Jangan lari-lari. Jangan sentuh-sentuh barang. Ambik yang mahu sahaja, okay?" Ujar Adam. Dia dah masak sangat dengan perangai Sara. Selalu sahaja berlari kesana-kesini. Kene ingatkan, baru lah Sara ikut.

Sara hanya mengangguk. Dia masih cuba mahu melepaskan tangan Adam yang mendukungnya.

Adam pula masih lagi tidak bergerak. Semakin dia ketatkan tangannya adalah. Adam mendekatkan wajahnya memandang Sara.

"Janji?" Tanya Adam.

Sara membalas tenungan Adam itu.

"Iye, Sara JANJI!" ujar Sara. Sambil tangan di naikkan. Membuat pinky promise.

Adam pun mengangguk lalu dia menurunkan Sara. Sara tersenyum gembira. Dia terus berjalan ke arah rak yang dia mahu.

Adam pula hanya menunggu di kaunter.

Adam mengambil chewing gum yang ada di kaunter lalu diletakkan di tengah-tengah kaunter. Sally yang melihat hanya tersenyum.

"Anak encik ke?" Tanya Sally.

Adam senyum. "Anak buah"

Sally hanya mengangguk.

"Kringgg" telefon Adam berbunyi. Adam segera mengeluarkan telefonnya lalu dia mengerutkan kening.

'Nak cuti pun tak senang' ujar Adam di dalam hati. Dia pun menjawab panggilan tersebut. Hal kerja.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now