Part 51

146 7 0
                                    

Adeena membuka matanya perlahan-lahan.

Dia mengurut kepala yang terasa berdenyut-denyut.

Seketika dia terhenti apabila kejadian semalam mengimbau kembali ingatannya.

Air matanya serta merta bergenang.

"Mama" Adeena berkata perlahan. Dikesat air matanya yang mula tumpah itu.

"Shhshh, dont cry, my love. Im here" Adam yang masih memejamkan mata itu menepuk perlahan badan Adeena untuk menenangkannya.

Adeena menoleh ke sebelah apabila terdengar suara garau milik suaminya itu.

Tangannya naik untuk mengesat sisa air mata.

Dia melihat raup wajah itu.

Diletakkan tangannya di pipi suaminya.

Diusap seketika.

"Its ok, my love. Im here" kata Adam lagi.

Mata masih terpejam tetapi tangannya masih setia menepuk Adeena. Lebih kepada mahu mendodoikan.

Entah dia sedar ke tak, Adeena pun tak pasti.

Ditenung lama muka suaminya itu.

"Awak, saya sayang awak" Adeena berkata perlahan. Dicium bibir Adam sekilas.

Selama ini, dia tak pernah mengungkapkan kata cinta kepada mana-mana lelaki termasuklah Adam.

Adam yang selalu mengucapkan,

"I love u cinta"

"I love u, u love me tak??"

"Saya sayang, cinta. Nak kiss sikit"

Dia hanya mampu senyum dan mengangguk. Tiada keberanian untuk dia ucapkan.

Lidahnya kelu sahaja. Tapi, jauh dalam sudut hatinya, dia sangat menyayangi suaminya itu.

"Uhmm" Adam menyahut sedikit.

Adeena yang melihat reaksi Adam itu tertawa kecil. Dia tahu, Adam takkan dengar sebab kalau nak kejut Adam ni susah tau. Orang jerit pun dia still boleh cakap "5 minutes"

-

Adam mengosok-gosok matanya. Dia mengeliat sedikit.

Tangannya jatuh ke sebelah.

Eh?

Kosong?

Adam segera menoleh.

"Aik? Cinta? Mana awak?" Tanya Adam.

Dia mengerling ke arah jam.

5:40

Pergerakan Adam terhenti apabila dia mendengar bunyi air di dalam toilet.

Tahulah dia, isterinya itu sedang membersihkan diri.

Adam bangun dan duduk di birai katil.

Dia merenung sahaja muka pintu toilet tersebut.

Tak lama kemudian, pintu toilet dibuka dan muncul Adeena bersama rambut yang basah dan sudah berpakaian t-shirt biasa bersama seluar panjang.

Lebar terus senyuman Adam.

"Cinta. I miss u, nak hug" Adam berjalan ke arah Adeena sambil menghalakan tangan ke depan untuk memeluk isterinya.

Adeena yang sedang menggosok rambutnya dengan tuala pun mengerutkan kening.

Dah kenapa suami aku ni?

Adeena pun tanpa membantah, terus mendepakan tangannya untuk menerima pelukan dari Adam.

Adam terus memeluk erat diri Adeena. Dia merendahkan sedikit dirinya dan meletakkan kepalanya di dada Adeena.

Dia menghirup bau wangi badan Adeena.

"Wanginya, my love" ujar Adam perlahan.

Adeena hanya mampu menggelengkan kepala dan tertawa kecil.

Macam-macamlah suami aku ni.

Tangannya mengusap-usap belakang suaminya yang masih tidak berbaju itu.

Adam pula semakin mengetatkan pelukannya.

"Kiss me, my love." Ujar Adam. Dia mendongakkan kepalanya dan memandang Adeena.

Adeena pun hanya melayan sahaja.

Dia mencium dahi Adam.

Adam pun bila dilayan sebegitu, terus tersenyum suka.

"Yay thank u" ujar Adam lalu dia mencium kedua dua belah pipi Adeena bertalu-talu.

Adeena pula hanya membiarkan.

Ya allah, macam ni ke bila dapat suami clingy?

"Dah, awak pergi bersihkan diri. Kita solat sesama jom" ujar Adeena. Dia memegang wajah Adam apabila lelaki itu tak henti-henti mencium wajahnya.

Nak cakap pun susah tau.

Adam mengangguk perlahan. Bibirnya dicebikkan. Dihala juga langkahnya ketoilet tapi lemah sahaja.

Sedih, dia nak peluk lagi tapi takboleh. Ishh.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now