Part 72

106 7 0
                                    

"Love, awak dah sedar" Adam tersenyum memandang wajah isterinya. Dia mengusap kepala isterinya yang bertutup tudung selendang.

"Awak..." Adeena bersuara. Lemah. Dia penat. Letih.

"Ye, cinta. Saya kat sini" Adam mengenggam tangan Adeena. Dia mencium dan mengusap tangan pucat itu.

Adeena memandang perutnya yang sedikit kempis itu. Keningnya bertaut. Riak wajahnya pelik.

"Awak, anak kita mana?" Tanya Adeena. Dia cuba untuk bangun tapi terhenti apabila dia merasakan kesakitan di perutnya.

Adam segera menahan.

"Adeena, awak tak berapa nak sihat. Rest dulu, okay. Baring" Adam menolak perlahan bahu Adeena untuk baring kembali.

Adeena akur.

Adeena mengenggam tangan Adam.

"Adam, mana anak saya?" Tanya Adeena kembali.

Adam menelan air liur. Lidahnya terasa kaku.

"Awak?" Tanya Adeena lagi.

Adam menunduk.

Adeena menggoncangkan lagi tangan Adam.

"Kenapa awak taknak jawab soalan..." belum sempat Adeena nak menghabiskan ayatnya, Adam terus memeluk isterinya itu.

Tersentak Adeena.

"Kenapa dengan awak ni?" Adeena bertanya. Dia menepuk bahu Adam yang sedang memeluk dirinya.

"Anak kita... tak selamat, sayang" Adam bercakap perlahan.

Adeena terkaku. Dia tak mampu nak cakap apa apa.

"Ap...apa?" Tanya Adeena. Dia masih nak memproses.

"Anak kita dah takda" Adam masih memeluk isterinya. Dia mengusap belakang Adeena.

Adeena menggeleng laju.

"Tak, awak jangan tipu saya" Adeena menolak Adam sehingga suaminya itu terundur setapak ke belakang.

Adeena menggeleng laju. Dia mengetap bibir. Air matanya bergenang.

"Love.." Adam berjalan mahu mendekati isterinya tapi Adeena menaikkan tangannya.

"Saya taknak tengok muka awak"

Terasa dunia gelap seketika apabila kata kata itu dituturkan oleh orang tersayang. Terasa seperti diri ini tak mampu berdiri lagi. Rasa nak jatuh.

Adam menggeleng.

"Biarlah saya teman awak" Adam melangkah lagi.

Adeena menggeleng.

"Saya taknak kurang ajar dengan awak tapi tolong hormat saya. Saya nak awak keluar"

Adeena menunduk. Air matanya tumpah. Dia sedaya upaya menahan tapi jatuh juga.

Mata Adeena meliar, dia tak mahu Adam melihat dia menangis. Dia taknak.

Adam mengangguk.

"Baik, kalau nak apa-apa, saya ada kat luar. Im always beside u, love" Adam sedaya upaya menahan suara. Dia paling lemah apabila melihat isterinya menangis. Dia menunduk sahaja. Tak mahu melihat isterinya dalam keadaan lemah.

Adeena terus menghamburkan tangisannya semahu-mahunya. Tangannya mengusap perutnya yang kempis.

"Anak umi..." Adeena bersandar di katil.

Rasa sedih yang tak tertanggung. Beginikah rasa apabila seorang ibu kehilangan anaknya? Kenapa sakit sangat?

Adeena memejamkan mata.

Adeena berjalan ke televisyen. Dia membawa mangkuk berisi keropok.

"Sedapnya kan anak umi?" Tanya Adeena. Dia mengusap perutnya. Terasa ada sedikit tendangan.

Adeena tertawa.

"Aww, anak umi setuju lah" Adeena mengusap perutnya lagi.

Adeena menangis buat kesekian kalinya. Dia tak sanggup. Segala kenangan dia bersama anaknya kembali berputar di minda.

Adeena menangis dan terus menangis sehinggalah dia tertidur.

-

Adam mengusap tangan Adeena. Dia menatap tangan isterinya yang dicucuk itu.

"Love, kali pertama saya jumpa awak. Saya dah jatuh cinta. Saya tak pernah percaya dengan 'love at first sight' tapi bila saya bertentangan mata dengan awak, saya terus tergamam. Saya rasa dunia ni macam berhenti berputar."

"Haha, cliche sangat kan? Tapi memang betul. Saya dah jatuh sayang kat awak."

Adam terus menerus menatap tangan isterinya itu. Sesekali dia mencium tangan itu.

"Bila awak setuju nak kahwin dengan saya, saya sangat sangat gembira. Dunia saya rasa berwarna warni bila awak ada disisi. I love your smile, nampak ikhlas. I love everything about u"

"Tapi, bila tengok awak nangis teruk, awak lemah, awak sakit... saya pun rasa benda yang sama. Saya paling tak boleh bila tengok awak lemah."

"Bila doktor cakap yang anak kita tak selamat, saya terus terduduk. Saya rasa dunia saya gelap. Saya mengucap panjang. Saya buntu. Hati saya sakit. Sakit sangat"

"Anak yang lama kita tunggu, pergi macam tu sahaja. Tapi, saya pun rasa sakit juga. Im the father for our baby. I also feel the pain."

Air mata Adam jatuh setitik.

"Tapi, saya kena kuat. Saya tak boleh tunjuk yang saya pun terkesan juga. Saya kena kuat untuk awak. Kalau kita sama sama lemah, siapa nak kuatkan each other kan?"

"Saya sakit sangat sangat bile tengok awak nangis. Hati saya rasa tercarik carik. Saya tak mampu tengok awak macam tu. Saya tak boleh. I also feel the pain. Its our baby, love"

Adam menangis teresak esak. Dia menutup matanya dengan tangan. Dia mengetap bibir untuk tak bagi suara tangisannya kedengaran.

Terasa ada tangan yang mengusap kepala, Adam segera mengangkat wajah.

Adeena sedang tersenyum lemah ke arahnya. Mata Adeena bengkak akibat banyak sangat menangis.

"Love"

"Come" Adeena melebarkan tangannya untuk memberikan pelukan.

Adam tersenyum sedikit lalu dia pun masuk ke dalam pelukan Adeena.

"Saya minta maaf."

"No, im the one that should apologise. Saya patut protect awak" Adam berkata.

Adeena menggeleng.

"Ini bukan salah awak. Ini semua ketentuan yang Allah dah beri kepada kita" Adeena berkata. Suaranya menahan tangisan.

"Saya akan cari orang tu. Saya akan dapatkan dia" Adam berkata. Suaranya tegas.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now