Part 20

205 8 0
                                    

Adam senyum. Dia melihat Adeena yang sedang melabuhkan duduk di gerai Abang Yusof. Adeena duduk di depan dia.

Muka Adeena serius sahaja.

"Kenapa awak belikan lauk?" Tanya Adeena. Dia taknak buang masa. Dia sibuk. Kesian Abang Yusof kerja sorang sorang.

"Saja" ujar Adam pendek. Dia hanya merenung muka Adeena. Comelnye muka marah. Adam mengukirkan senyuman mengejek.

Adeena menghela nafas. Geram nya dia kat Adam ni.

"Mana awak tahu rumah saya?"

"Abang Yusof cakap"

"Kan saya dah suruh awak jauhkan diri. Awak tak serik-serik lagi ke?"

"Tak"

"Saya dah cakap kat awak yang saya tak cintakan awak"

"Saya tetap akan buat awak jatuh cinta pada saya"

Adeena mengetap bibir. Penatlah cakap dengan Adam ni. Makin sakit hati dia.

Adam menahan ketawa. Comel lah. Rasa nak cubit je pipi tu.

"Dah, saya taknak awak ganggu saya dan adik-adik saya. Awak balik sekarang" ujar Adeena. Dia berdiri.

"Taknak" jawab Adam pendek.

Adeena menahan marahnya. Naik turun dadanya.

Dia terus berlalu pergi meninggalkan Adam dan pergi ke Abang Yusof. Sempat dijelingnya Adam yang hanya duduk dan merenungnya.

Adam tertawa kecil. Comel je lah Adeena ni. Adam bangun. Dia berjalan ke arah kereta Audi rs7 nya lalu dibuka pintu dihadapan.

Ada tiga batang bunga ros yang yang diikat cantik. Sebelahnya pula ada kotak berwarna pink terang.

Adam mengukirkan senyuman. Dia berniat nak bagi ni kat Adeena lepastu dia akan balik. Esok dia nak kena pergi Bali, nak melawat tapak pembinaan syarikat barunya. Berkemungkinan, dia akan duduk disana selama seminggu atau lebih.

Adam berjalan ke arah Adeena. Diletakkan bunga dan kotak itu di atas meja. Adeena melihat hairan. Apa benda ni?

"Apa ni?" Tanya Adeena. Dia memegang kotak tersebut dan bunga.

"Saya bagi kat awak. Ambillah"

"Taknak lah. Awak ambil semula."

"Ambil jelah. Penat saya beli tau"

Adeena merenung hadiah yang diberi Adam. Dia hanya diam sahaja. Yelah, dia ambil.

"Esok saya tak datang sini lagi. Saya kena pergi Bali. Ada kerja. Jadi, jangan gatal dengan lelaki lain tau. U're mine" ujar Adam. Dia mengenyitkan mata.

Adeena hanya diam. Dia hanya merenung mata Adam.

"Lama ke?" Tanya Adeena.

Adam mengira-ngira lalu dianggukkan kepala.

"Lama lah juga. Lebih kurang seminggu atau lebih" ujar Adam.

Adeena hanya diam. Memang lah dia cakap dia taknak tengok Adam, tapi dia tipu je semua tu. Dia nak jumpa Adam selalu. Mulut kata benci tapi hati kata sebaliknya.

"Cukup lama untuk saya rindu awak" ujar Adam.

Dia hanya merenung mata Adeena. Pandangan mereka bersatu. Nanti, dia takkan dapat tengok Adeena. Tak dapat tengok mata yang cantik ni lagi.

"Saya pun" laju sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Adeena. Cepat cepat Adeen menutup mulutnya lalu dia mengangkat kaki pergi dari situ. Malunya. Tadi suruh halau, ni cakap rindu pula.

Adam terdiam. Dia tak sangka Adeena cakap macam tu juga. Dia terus mengukirkan senyuman. Rasa macam nak buat lompat bintang je kat sini. Aish, makin berat rasa nak tinggalkan Adeena.

-

Adeena memainkan bunga ros. Sesekali dihirup. Wangi.

Adeena membuka ikatan di batang tersebut lalu diletakkan di jag yang sudah diisi air. Adeena mengukirkan senyuman.

Di letak jag itu di meja soleknya. Adeena melabuhkan duduk disitu.

Diambil pula kotak pink terang lalu dibuka.

Ada tudung bawal putih. Dekat tudung tu ada lekat sticky notes.

'Saya belikan awak tudung bawal putih ni sebab awak nampak cantik dan comel'

Adeena tersenyum bila baca tulisan kat sticky notes tu.

Adeena memegang material tudung tersebut.

Cantik.

Kain tak panas.

Pandai Adam pilih.

Seketika, senyuman dia mati. Dia membuat muka sedih.

"Saya tetap rasa saya ni tak layak untuk awak Adam. Saya takut. Saya takut awak tak tepat untuk saya. Dan saya takut yang saya ni tak tepat untuk awak" ujar Adeena perlahan.

Adeen melangkah ke arah tingkap. Di buka lalu direnungnya bulan. Bulan penuh malam ni.

"Awak tengah tengok bulan ke sekarang, Adam?"

-

Adam merenung bulan.

"Awak tengah tengok bulan ke sekarang, Adeena?" Adam berkata perlahan.

Seketika, dihela nafas. Berat je rasa.

"Adeena, saya tak pergi lagi, saya dah rindu awak" adam berkata. Dia tak sanggup nak tinggalkan Adeena. Dia mahu selalu jumpa Adeena.

Angin menghempas perlahan wajah Adam. Adam menutup matanya. Dulu, dia okay je bila kena pergi luar negara atas urusan kerja. Tapi sekarang, rasa berat semacam.

Adam memusingkan badan. Di tutup pintu sliding door lalu dikunci. Dia kena tidur awal, esok pagi dia dah kena flight.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now