Part 33

202 9 1
                                    

Adeena membuka telekungnya. Rambutnya yang panjang itu dibiarkan lepas.

Adam di belakang Adeena pula sudah terpana disitu. Dia dah siap melipat sejadah dan sudah berada di atas katil.

Adeena memang cantik bila bertudung, tapi lagi cantik bila tak bertudung. Masyaallah.

Adam menepuk-nepuk ruang disebelahnya.

Adeena hanya menurut. Dia melabuhkan duduk disitu.

Adam pula membuka butang baju nya lalu di buka sehingga bahagian atas tubuhnya yang terdedah. Dia hanya memakai seluar pendek.

Adeena cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari situ.

"Awak, kenapa buka baju tu? Malulahh"

Adam tertawa kecil. Comel je nampak Adeena tutup wajahnya dengan tangan.

"Saya memang tidur macam ni. Tak selesa lah kalau pakai baju" jawab Adam. Dia membaringnkan badannya di sebelah Adeena.

Adeena perlahan-lahan menjatuhkan tangannya.

Malulah dia bila tengok Adam tak memakai baju macam tu. Badan tegap Adam memang enak dipandang. Sexy. Eh?

"Dah, Cinta. Jom tidur. Esok kita ada majlis lagi. Kene rehat cukup-cukup" jawab Adam. Ditarik pinggang Adeena dan serta merta Adeena terbaring rapat dengannya.

Adeena tergamam. Dekat sangat ni.

Adam mengeratkan pelukan di antara mereka. Adeena pula terkulat-kulat disitu sebab pemandangannya sekarang adalah dada bersih milik Adam. Susah untuk Adeena memejamkan mata.

Lama mereka begitu.

Adeena memusingkan badannya menghadap dinding atas.

Seketika, mata mereka bertemu. Laa, Adam tak tidur lagi? Ingat kan dah tidur.

"Eh, awak tak tidur lagi?"

Adam hanya menggeleng. Sebelah tangannya naik menyentuh rambut Adeena yang menutup sedikit dahi licin itu. Di pintal-pintal seketika.

"Your hair so gorgeous" jawab Adam. Di pegang dan di bau sedikit. Sedapnya.

Adeena hanya diam. Dia malu. Adam ni kan.

"Im so lucky to have u" jawab Adam lalu dia menarik Adeena kembali ke dalam pelukan.

Dagunya diletakkan di atas kepala Adeena.

Tangan Adam menepuk sedikit punggung Adeena untuk mendodoi.

Adeena tersenyum nipis. Tangannya naik memeluk suaminya.

"Saya pun" Adeena berkata lalu dia memejamkan mata.

Adam tersenyum.

-

"Cinta, are you ready?" Tanya Adam.

Mereka berdua sekarang ni berada di luar dewan hotel mewah tersebut.

Adam sudah memakai tuxedo tanpa tie.

Adeena pula cantik memakai dress ala ala princess Cinderella berwarna putih. Turut ada sparkle di setiap kain tersebut untuk menaikkan seri. Tudung pula masih kekal menutup apa yang patut. Di kepala Adeena juga ada crown kecil yang menunjukkan dia adalah raja sehari buat hari ini.

Adeena mengangguk. Dia memberikan senyuman untuk suaminya.

Adam menghulurkan tangannya ke arah Adeena.

Adeena menyambut.

Adam meletakkan tangan Adeena di bicepsnya lalu dia menganggukkan kepala ke arah pembantu untuk menandakan pintu akan dibuka nanti.

Pintu dewan pun dibuka perlahan-lahan dan semua yang ada di dalam dewan terus menoleh ke arah mereka.

Semua seakan terpukau dengan kecantikan dan kekacakan pengantin.

Adeena mengeratkan tangannya. Dia nervous sangat. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke pelamin.

Semua tak habis-habis mengambil gambar mereka.

Jurugambar juga memang tak berhenti menekan kamera mereka.

Sampai di depan pelamin, Adam membantu Adeena menaiki anak tangga.

Mereka pun duduk di pelamin.

"Okay tak, Cinta?" Tanya Adam.

Adeena hanya mengangguk.

Mc juga tak berhenti bercakap. Suasana di dewan tersebut riuh.

Mereka berdua pun memalingkan wajah melihat ke hadapan dan memaniskan muka.

Adeena menarik nafas perlahan-lahan. Dia tak gemar dengan suasana macam ni.

Tanpa sedar, tangannya yang sedang menggenggam tangan Adam itu semakin dieratkan sehingga tertoleh Adam ke arah Adeena.

Adam mengusap-usap tangan Adeena untuk memberi kekuatan. Dia tahu Adeena macam mana. Kekok bila ramai orang. Diberi senyuman paling manis ke arah Adeena.

Adeena menoleh. Dia turut memberikan senyuman. Tanpa sedar, Adam memang meredakan gemuruh dia.

"Cinta, u look so gorgeous today. I cant even take my eyes off u" Adam membisik.

Adeena tertawa kecil.

"Takdelah. Awak ni saja je nak bagi saya malu" jawab Adeena.

Adam turut tertawa bila melihat isterinya itu.

"No, im not lying" jawab Adam.

Adeena tersenyum lagi. Ish malulah dia kalau asyik-asyik macam ni

-

"Cinta, open your mouth. ahhh" ujar Adam. Di halakan sudu ke dalam mulut Adeena.

Adeena menoleh. Dia senyum kemudian dia ikut juga macam yang Adam suruh.

Adam tersenyum gembira. Bestnya dapat suap isteri.

Mereka berdua kini sedang bersantap di dewan tersebut. Selepas ini, ada sesi bergambar pula.

Adeena mengunyah perlahan makanan yang disuap oleh Adam tadi.

Ditepuk perlahan tangan Adam.

"Awak, nape suap banyak sangat? Penuh mulut saya" ujar Adeena. Dengar tak dengar je sebab mulut dia penuh.

Adam tergelak kecil. Opps, sorry dia lupa lagi. Dia rasa dah sikit dah tapi mulut Adeena lagi kecil. Haha. Comel je isteri dia ni.

"Sorry, Cinta" ujar Adam. Dia menyuap pula mulutnya. Adam memang tunaikan kata-katanya.

Sebelum kahwin, Adam rancang nak suapkan dia sahaja, tak bagi langsung dia menyuap sendiri. Adeena ingatkan itu cuma gurauan. Tapi tengok lah sekarang, Adam tak mahu dia suap diri dia sendiri, biar Adam yang buat. Adeena hanya ikut sahaja.

"Eh, Cinta. Tak payah lah. Saya nak suap awak je" tegur Adam bila nampak Adeena mula memegang sudu di pinggan.

Adeena menggeleng.

"Saya nak suap awak pula" jawab Adeena lalu dia menghalakan sudu ke arah Adam.

Adam tersenyum lalu dia menganga mulut.

"Thank u, Cinta"

"Sama-sama awak"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now