Extra III

221 8 2
                                    

"Adeena, cakap dengan mummy. Adeena ngidam apa?" Soal Puan Sri Amanda.

Adeena diam. Otaknya sudah ada apa yang dia mahukan. Sudah lama dipendam

"Ada."

"Apa dia? Kalau mummy boleh tunaikan, mummy akan buat"

"Adeena nak makan kek coklat" ujar Adeena.

"Ouh, boleh. Esok mummy pergi beli bahan bahan dia, okay?" Ujar Puan Sri Amanda. Dia sekarang sedang menemani menantunya di rumah Adam kerana anaknya itu ada kerja nak buat. Kena pergi Singapura. 3 hari baru balik.

Adam call dia untuk tengokkan Adeena, walaupun menantunya itu menolak, dia berkata tak mengapa, adik adiknya ada untuk menjaganya, Adam turut berkeras dengan keputusannya. Sekurang-kurangnya, Puan Sri Amanda dah lebih tahu dengan hal hal perempuan ni. Boleh lah bantu apa yang patut.

Adeena menggeleng.

"Tapi, Adeena taknak mummy buat" ujar Adeena. Dia menunduk sambil jari jemarinya dimain-mainkan.

Puan Sri Amanda mengerutkan keningnya.

"Habistu? Adeena nak siapa yang buatkan?" Tanya Puan Sri Amanda lembut. Dia tahu sangat kalau orang mengidam ni, susah nak pendam. Rasa macam teringin sangat dekat tekak tu. Lebih baik, kalau ikutkan sahaja.

"Adeena nak Adam yang buatkan" Adeena berkata lagi.

"Ouhh, kalau macam tu, mudah je. Takpelah, esok pun dah last day Adam dekat Singapura, nanti mummy ajar dia cara nak buat kek coklat, ye?" Puan Sri Amanda berkata.

"Tapi, Adeena taknak susahkan Adam" ujar Adeena lagi. Dia mencebik.

"Takde susahnya. Adam mesti okay je, sayang. Setakat buat kek coklat, apa susahnya" ujar Puan Sri Amanda, memujuk.

"Lagipun, bukan selalu Adeena mengidam." Pujuk mertuanya lagi.

Adeena perlahan-lahan mengangguk.

-

"Mummy, susahnya nak buat kek coklat ni. Adam stres" Adam meletakkan kepalanya di atas meja makan.

Kalau masak biasa biasa tu dia okay je, tapi kalau nak buat pencuci mulut, itu dia lemah.

"Mana ada susah. Mummy dah bagi resepi dan dah ajar dah pun, Adam tinggal ikut je." Ujar Puan Sri Amanda.

Adam diam sahaja. Dah berkali-kali dia buat kek coklat, semuanya tak kena. Pahit lah, hanguslah, masin pula la, tawar pun ada. Semua fail. Semua tak menjadi

"Isteri kamu tu dah lama mengidam nak makan kek coklat buatan kamu. Dia cuma tak nak cakap sebab dia taknak susahkan Adam. Dia tau Adam tak suka buat dessert macam ni, sebab tu dia diam je. Lagipun Adam, tak kesian ke dekat Adeena tu? Dia mengidam tu, orang mengidam ni tak elok kita biarkan." Ujar Puan Sri Amanda panjang lebar.

Adam yang terbaring tu hanya mendengar. Dan beberapa minit kemudian, dia terus berdiri tegak sambil tangan dicekakkan dipinggang.

"Baik! Demi isteri tercinta, Adam sanggup buat!!" Ujarnya dengan semangat yang membara.

Terus dicapai tepung dan coklat.

"Adam taknak give up!" Ujarnya lagi dan terus membuat adunan.

Puan Sri Amanda yang melihat, menggelengkan kepala. Macam macam lah anak aku ni.

"Dahlah, kamu buat. Mummy nak pergi solat dulu"

-

"Dah siap ke awak?" Adeena bertanya. Dia berjalan dengan penuh teruja ke arah dapur.

Adam yang sedang mengeluarkan kek coklat dari oven itu, menoleh.

"Eh, cinta! Kenapa turun dulu? Saya boleh hantarlah kek coklat ni naik atas" ujar Adam. Dia terus merangkul pinggang isterinya dan dibantu untuk duduk di kerusi, perlahan-lahan.

Alhamdulillah, kandungan isterinya dah masuk 5 bulan.

"Wahhh, dah siapp?" Soal Adeena. Dia terus memanjangkan leher untuk melihat kek coklat yang ada di atas meja itu.

"Dah, tapi saya tak tahulah sedap ke tak. Takut fail lagi" ujar Adam. Dia duduk di hadapan isterinya.

"Takpelah, saya makan je. Tak kisah sedap ke tak. Yang penting, air tangan awak" jawab Adeena. Dia senyum manis sambil memegang pipi suaminya.

"Nak makan sekarang ke? Kejap, saya potongkan. Panas lagi ni" ujar Adam. Dia mencium tangan isterinya yang berada di pipinya sebelum dia bangun untuk mengambil pinggan.

Adeena hanya mengangguk dan melihat setiap pergerakan suaminya.

Adam memotong kek coklat itu dan diletakkan di pinggan.

"Kejap tau. Kasi dia sejuk dulu" jawab Adam. Dia kembali duduk di hadapan isterinya sambil membawa pinggan berisi kek coklat dan sudu.

Adeena hanya mengangguk. Uhm, tak sabarnya nak makan, dah kecur air liur dia.

"Okay, meh sini saya suap"ujar Adam setelah beberapa minit mereka menunggu.

Dihalakan sudu tersebut ke arah Adeena.

"Bismillah" ujar Adam dan dia menyuapkan kek coklat.

Adeena mengunyah. Matanya terpejam.

"Uhmmm, sedap sangatlah awak. Meh sini" Adeena terus mengambil sudu di tangan Adam dan dia menyuap suapan besar ke dalam mulutnya.

Matanya terpejam lagi. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda nikmat betul.

Sedap gile.

"Betul ke? Sedap?" Tanya Adam.

Adeena mengangguk. Dia menyuap kek coklat itu ke dalam mulut Adam. Adam pula hanya mengikut dan turut sama mengunyah.

Seketika, kepalanya terangguk dengan wajah yang terkejut.

"Haahlah, sedap lah sayang" ujar Adam.

"Kann" Adeena terus makan tanpa menghiraukan suaminya. Sedap betul.

Suaminya pula hanya melihat dengan senyuman di bibir.

Bahagianya bila tengok isteri happy.

"Terima kasih tau awak sebab sudi buatkan kek coklat ni" ujar Adeena dengan mulut penuh dan ada comot di bibirnya.

Adam mengangguk.

"Sama sama, love" ujarnya dan dia pun mengelap mulut Adeena menggunakan jari lalu dijilat jarinya itu.

"Makan slow slow" Adam berkata sambil mengusap kepala isterinya.

Adeena hanya mengangguk. Tak mampu nak berkata lagi sebab dia tengah syok makan.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now