Part 5

245 12 2
                                    

Sara berjalan ke rak yang di mahukan.

"Wahh kinder joy" ujar Sara perlahan. Dia mendongak memandang Kinder Joy kegemarannya yang ada di rak paling atas itu.

Sara mengelipkan matanya berkali-kali.

"Macam mana nak ambil ni. Ara tak sampai lah" ujar Sara. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Seketika, Sara tersenyum senget. Dia tahu apa yang dia mahu lakukan.

"Haaa, Ara nak panjat lah" ujar Sara. Dia ketawa perlahan. Bijaknya diri dia ni.

Dia pun meletakkan kaki di rak tersebut. Tangannya pun menggapai rak yang lagi tinggi untuk dia panjat. Rak itu pun bergoyang-goyang macam tak kukuh.

Sara yang sudah berada di tengah-tengah antara rak itu pun menjadi gelabah. Rak itu bergoyang macam nak tumbang.

"Eh eh eh, macam mana ni. Tingginya" ujar Sara. Tangannya masih kuat memegang rak tersebut supaya tak jatuh ke bawah.

Sara pun memejamkan mata apabila merasa rak itu seperti mahu tumbang ke lantai. Habislah, mampos dia kene hempap dengan rak.

DUSH!

Sara pejam kan mata sehingga la dia rasa ada sesuatu yang peluk dia.

Sara buka mata. Bau wangi menusuk masuk kehidungnya. Ada tangan yang sudah melilit dia, lindung dia dari kena rak itu.

-

Adeena menahan sakit dibelakangnya. Tangannya masih kuat melilit kanak-kanak kecil yang berada di dalam pangkuannya.

"EHHH ASTAGFIRULLAH! ADEENA!" jerit Sally. Habis bergema suara garau dia, boleh sampai luar-luar kedai dengar.

Nak luruh jantung dia bila nampak ada rak tumbang, lepastu bawah rak tu ada Adeena dengan kanak-kanak perempuan. Adeena sedang elok memeluk kanak-kanak perempuan itu, melindunginya dari terkena hempap.

Adam yang sedang menjawab panggilan diluar kedai serbaneka itu terus meluru masuk bila terdengar suara jeritan Sally.

"Sara Ardilla!" suara panik Adam kedengaran di pendengaran Sara.

Sara terus menoleh bila terdengar suara pakciknya, Adam.

"Uncle!" jerit Sara. Dia masih lagi di dalam pelukan Adeena.

Adam terus memasukkan telefonnya di dalam poket.

Adam dan Sally terus meluru ke arah rak yang tumbang itu.

Selesai diangkat. Sara terus meluru ke arah Adam. Dipeluknya kaki Adam.

"Uncle, Ara takut" ujar Sara. Dia mencebikkan bibir. Tahan air mata dari keluar.

Sally terus meluru ke arah Adeena yang masih lagi terduduk di situ.

"Adeena. Are u alright? U sakit kat mana-mana tak? Meh sini I tengok belakang U" ujar Sally. panik seketika. Mana taknya. Nampak member sendiri kene hempap rak. Takut la jadinya.

Tangan Sally laju mahu memegang belakang baju Adeena.

Adeena cepat-cepat memusingkan diri, tak mahu disentuh oleh Sally.

"Eh, Sally. Takpa. Saya okay. Lagipun saya perempuan. Awak lelaki. Mane boleh sentuh, dan tengok aurat perempuan." Ujar Adeena. Saja mengingatkan. Dia perlu selalu tegur Sally, kalau tak nnti jadi macam ni, terlupa semua benda.

Sally tergaru-garu kepalanya.

Adam merenung tajam Sara yang sedang memeluk kakinya.

Perlahan-lahan tangannya menghulur ke arah Sara. Mahu mendukung dia.

Sara pun terus memeluk erat leher Adam bila dia sudah berada di dukungan Adam.

"Ara ada sakit kat mana-mana tak?" Tanya Adam, kosong sahaja suaranya. Tak senyum macam selalu.

Sara terus merenung mata Adam itu.

Sara menunduk. "Uhm Ara okay"

Adam terus memalingkan wajahnya memandang perempuan yang sedang bangun perlahan-lahan itu. Nampak ada budak lelaki cashier tadi sedang cuba menjaga perempuan itu kalau-kalau mahu terjatuh.

Ada terpancar riak kesakitan di raut muka putih gadis itu. Kalau tak silap dia, nama perempuan itu Adeena.

Adam terus berjalan meluru ke arah Adeena.

"Maafkan saya cik. Saya tak jaga betul-betul Sara" ujar Adam. Dia menunjukkan riak serba salah.

Adeena terdiam.

"eh tak pe, Encik. Saya tak apa-apa. Adik ok?" Tanya Adeena pula. Dia mendekatkan diri melihat Sara yang berada di dukungan Adam itu. Nampak menunduk sahaja budak kecil itu.

"Ara okay. Akak okay?" Ujar Sara. Dia masih menunduk. Takut kene marah dengan Adam.

"Ouh kalau Ara okay, akak lagi okay, dah jangan sedih-sedih muka tu. Senyum sikit. Pandang akak" ujar Adeena. Dia tersenyum. Terserlah lesung pipit dia, kiri kanan itu.

Adam yang melihat Adeena yang sedang bercakap dengan Sara itu hanya merenung muka Adeena. Ya Allah, cantiknya.

Adeena yang perasan renungan dari Adam itu terus menoleh.

Pandangan mereka bersatu.

Mata coklat terang Adeena bertemu mata hazel Adam.

Terasa perasaan yang tak mampu diungkapkan oleh Adam ketika ini. Dia malu tapi dia tak mampu mengalihkan pandangan dari melihat mata coklat terang milik Adeena itu.

Matanya jatuh dari melihat mata Adeena dan beralih ke bibir merah semulajadi Adeena. Bibir itu merah tanpa memakai sebarang alat makeup. Wajah Adeena juga bersih tanpa sebarang jerawat. Pipi yang kemerah-merahan macam pakai blusher turut menarik perhatian dia.

Adeena terkaku. Mata hazel milik Adam memukaukan dia. Rambut Adam juga macam bukan sepenuhnya hitam. Ada coklat-coklat juga. Lawa. Adeena tahu, rambut itu asli sebab dia dari akar rambut, dan coklat itu tak sepenuhnya ada di rambut hitam Adam. Hanya sikit dan jarang-jarang. Rambut yang berpotongan two block itu lagi menyerlahkan warna rambut lelaki tersebut.

Sara yang melihat mereka merenung sesama sendiri itu, terus meletakkan kedua-dua tangannya di mata Adam. Menutupi Adam dari terus melihat Adeena.

"Uncle, papa said u need to behave, right?" ujar Sara.

Adam terus pegang tangan Sara lalu ditenungnya Sara. Aduh budak ni, rosakkan suasana je.

Adeena terus menunduk ke bawah. Semakin membahang wajah dia.

Sally yang hanya melihat kejadian tersebut terus menggelengkan kepala. Time-time ni lah korg nak tenung.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now