Part 35

208 11 1
                                    

Adeena sekali lagi terpegun.

"Awak, besarnya bilik ni"

Adam tertawa kecil. Dia letakkan beg mereka di bilik yang memisahkan bilik tidur mereka. Dia dah renovate dan buat satu almari baju. Siap ada pintu, jadi kalau nak salin baju boleh terus salin dalam bilik wardrobe tu.

"Toilet pun besar lah. Semua bilik ada toilet ke awak?" Tanya Adeena teruja. Kalau adik adik dia ada , mesti adik adiknya turut teruja sama.

Adam mengangguk. Di rangkul pinggang isterinya itu dari belakang.

Adeena pula hanya membiarkan. Dia masih teruja. Ada sliding door juga untuk tengok luar. Wow.

"Jom cinta. Saya bukakan tudung awak. Kesian panas" ujar Adam. Dia meletakkan dagunya di bahu Adeena.

Adeena tergamam.

"Eh eh. Awak. Tak payahlah. Saya boleh buka sendiri" jawab Adeena dengan wajah sudah memerah.

Adam tertawa kecil. Comel betullah isteri dia ni bila pipi merah merah.

"Takpalah. Saya tolong. Meh" Adam merapatkan lagi jarak antara mereka.

"Ala awak..."

"Aipp awak cakap lagi sekali taknak, saya gigit mulut awak"

Adam memberi amaran. Di buat-buat muka garang untuk menakutkan isterinya.

Adeena perlahan-lahan mengangguk.

Agak kekok tapi dia lagi takut kalau Adam gigit dia.

Lagipun dah penat dah pakai tudung. Dari tengahari tadi.

Adam pun menarik Adeena perlahan-lahan ke meja solek. Didudukkan Adeena disitu.

"Kat meja ni, awak boleh letak segala makeup awak kat sini." Ujar Adam.

Adeena mengangguk.

"Tapi kan awak, saya tak pakai makeup" jawab Adeena. Dia mana reti makeup ni semua. Segala duit gaji dia, tak pernah dibeli untuk dirinya, semua untuk adik-adiknya.

"Ye, saya tahu. Saya cakap je. Kalau awak ada beli krim ke untuk muka, awak boleh letak sini juga. Skincare ke kan. Nanti kita shopping lah" jawab Adam. Dia senyum sahaja.

Adeena hanya mengangguk. Dia ikut je.

Adam pun menanggalkan crown kecil di kepala Adeena, diletakkan di atas meja itu.

Kemudian, di tanggal satu satu pin itu sehingga tudung Adeena pun sudah tanggal. Penuh berhari-hati. Takut tercucuk isteri kesayangannya ini.

"Terima kasih, awak" jawab Adeena. Dia mengukirkan senyuman. Di cabut anak tudung dikepala. Haa, baru lega.

"Sama-sama, cinta" ujar Adam. Matanya melirik ke arah crown kecil itu.

Dicapai lalu dibelek.

"Cantik juga kan, best ke pakai ni?" Tanya Adam lalu diletakkan dikepalanya. Di pusingkan mukanya ke kiri dan kanan dihadapan cermin.

Adeena yang melihat tindakan drastik Adam itu terus tertawa terbahak-bahak.

"Awak, hahaha. Kelakarlah awak ni" Kata Adeena. Masih tersisa tawa nya. Adui, senak perut jadi.

"Comel tak saya?" Tanya Adam lalu dihalakan mukanya yang hensem itu ke arah Adeena.

Adeena memegang kedua-dua pipi Adam.

"Yee, suami saya ni comel. Comel sangat dengan crown nya tu HHAHA" ujar Adeena lalu kembali gelak.

Adam juga turut tergelak kecil. Dia saja je nak hiburkan Adeena. Dia suka tengok Adeena ketawa. Comel sangat.

Dicabut crown itu dikepala lalu di letakkan di atas meja kembali.

Mereka sama sama tertawa.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now