Part 42

168 10 1
                                    

Adeena mengucup perlahan tangan Adam.

Adam pula menarik tangan Adeena dan mengucup perlahan.

"Taknak kerja" rengek Adam. Mereka sudah pun berdiri di hadapan pintu rumah. Adam sudahpun kemas memakai baju kerjanya. Lengan bajunya yang panjang dilipat sehingga ke siku.

"Kenalah kerja. Awak kata awak busy kan?" Pujuk Adeena.

Adam masih lagi memegang kedua-kedua tangan Adeena. Tak mahu lepas.

Adam mengeleng. Taknak taknak. Nak duduk dengan Adeena je. Nak manja dengan dia.

Adam kemudiannya menarik Adeena ke dalam pelukan. Dia merangkul erat Adeena yang bertubuh sederhana itu.

Adeena pula terkaku tapi dia turut membalas pelukan suaminya itu. Diusap-usap dan ditepuk beberapa kali belakang suaminya itu.

"Awak, saya tak pergi mana-manalah. Saya ada kat sini." Pujuk Adeena.

Adeena perlahan-lahan meleraikan pelukan mereka. Nampaklah muka Adam yang sedih je. Matanya tak lepas memandang Adeena.

"Pergi kerja, okay? Cepat-cepat. Nanti lambat sampai" kata Adeena. Dia menolak perlahan tubuh tegap Adam ke arah kereta Audi rs7 milik Adam.

Adam pula hanya mengikut tanpa bantahan. Tapi muka dia memang tak boleh bawa bincang. Sedih betul.

Adeena mengelengkan kepala. Susahnya suami dia ni. Nak kepit je memanjang.

Adeena menatap mata Adam.

"Awak, senyumlah sikit." Ujar Adeena.

Adeena tersenyum ke arah Adam sehingga nampak kedua-dua belah lesing pipitnya.

Muka Adam pula semakin merah. Malulah bila kena tenung macam tu. Cair dengan senyuman Adeena. Lama kelamaan, Adam pun tersenyum nipis.

"Ha macam tulah. Baru shomel dan handsome suami saya ni" jawab Adeena.

"Dah, pergi work okayy?" Jawab Adeena.

Adam mengangguk perlahan. Dia membuka pintu kereta. Sebelum masuk, dia menoleh ke arah Adeena kembali.

"Nak kiss" jawab Adam.

Adeena mengelengkan kepala. Tapi, dia layankan juga. Dicium kedua-dua belah pipi Adam.

"Lagi" jawab Adam.

Adeena pun pantas mencium bibir Adam. Merah muka jadinya.

Adam sneyum suka. Okayy, baru semangat nak pergi kerja.

Adam mencium juga bibir Adeena sekilas sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.

Adeena pula sudah terkaku dan tangannya naik memegang bibirnya.

-

"Akak!" Jerit Darwish. Dia berlari ke arah Adeena lalu dia memeluk pinggang Adeena.

Adeena turut membalas pelukan adiknya itu.

Lebih kurang pukul 9 tadi, lepas Adam pergi kerja. Datang 3 orang bibir seperti yang Adam katakan.

Pukul 10:30 pula, baru adik-adiknya sampai ke rumah bersama ibu mertuanya dan Anis.

"Oi. Kau tak reti nak ambil beg ke?" Jerit Danish di luar rumah. Dia mendengus geram. Senang-senang je Darwish masuk dulu dan pergi peluk kakak kesayangannya. Eii, ade aku tapak juga kang.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now