Part 78

117 7 0
                                    

Adeena menutup wajahnya dengan tangan. Dia menangis semahu mahunya. Perasaan yang hiba dan rasa yang terkilan. Anak yang dikandungnya lebih dari 6 bulan, pergi begitu sahaja.

"Love" Adam melangkah laju ke arah isterinya yang sedang terbaring di atas katil dengan wajah yang tertutup dengan tangan.

Segera dia menarik Adeena untuk masuk ke dalam dakapan.

Dia baru sahaja balik dari rumah Han. Terus dia memandu ke arah hospital untuk menemani isterinya itu. Masuk masuk bilik ward sahaja, dia dapat mendengar esak tangisan Adeena.

Adam mengusap usap kepala isterinya yang berbalut dengan shawl jersey berwarna hitam.

Adeena memegang erat lengan suaminya. Dia menangis di dada Adam. Tangannya mencengkam kuat untuk menunjukkan yang dia terlalu bersedih dengan semua yang terjadi.

"Adeena, shussh dont cry like this please" Adam memujuk.

"Kenapa awak? Kenapa anak saya kena mati dalam keadaan macam tu? Saya tak kisah jika itu berpunca dari kesalahan saya, tapi anak saya kena bunuh. Bunuh! Dengan orang yang saya sendiri tak kenal." Adeena meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Kenapa perkara ni kena jadi pada saya?" Adeena mencari anak mata Adam. Dia merenung mata suaminya itu dengan linangan air mata.

Adam menahan sebak. Dia rasa sungguh sedih dan pilu melihat isterinya sebegitu.

Dia memegang ke dua dua belah pipi Adeena dan diciumnya.

"Awak kena kuat okay? Kuat demi anak kita. Kuat demi saya. Kuat demi adik adik awak. Awak kena kuat!" Adam memberikan semangat.

Tangan Adam segera menyapu air mata yang gugur apabila mendengar kata katanya itu.

"Tapi saya tak kuat Adam" lemah Adeena menjawab.

Adam mengangguk. Dia menahan air matanya dari keluar.

"Saya tau. Saya tau sangat sangat. Tapi ingat, Zayn Zaim akan tunggu kita dekat sana nanti. Dia akan tunggu kita di pintu syurga." Ujar Adam dan dia terus memeluk isterinya itu.

"Awak jangan risau. Saya akan cari orang tu sampai dapat dan bawa dia ke tempat pengadilan" ujar Adam lagi.

Adeena memejamkan mata. Dia memeluk erat suaminya itu.

Kepalanya perlahan-lahan mengangguk.

-

"Kitorang tak boleh keluar dulu. Ni semua risiko tau tak?" Ujar Choi. Suaranya separuh menjerit. Panas hatinya bercakap dengan gerangan yang menelefon itu.

"..."

"Apa yang kau tak faham bahasa sangat? Kitorang cakap kitorang akan buat kan? Tunggu jela!" Marah Choi. Dia menepuk meja makan yang sedang diduduki Qira dan Khai.

Qira buat pekak sahaja sambil dia memakan makanan segera.

Khai pula sedang menyilangkan tangan ke dada dan mulutnya menghisap lolipop sambil melihat Choi yang sedang berang itu.

"Choi" panggil Khai. Dia menunjukkan isyarat supaya telefon itu diberikan kepada dirinya.

Choi hanya diam tapi tangannya laju menghulur telefon itu.

Choi mendengus. Dia merampas makanan segera milik Qira dan dia mengambil sesuap.

Qira tersentak.

"Kau pahal? Aku punya tu"

"Sikit je pun" ujar Choi dan dia mengambil beberapa suap lagi.

Qira menjeling. Kata sikit, tapi ambil banyak. Siot.

"Ape ni, Datin? Kenapa tak reti sabar sangat ni?" Khai bangun dari meja makan tersebut dan dia berjalan ke arah tingkap. Dilihat ada beberapa polis sedang berjalan di jalan raya. Seperti meronda atau mencari sesuatu.

Khai yang berada lebih tinggi dari mereka itu pun segera menarik langsir untuk menutupi bayang mereka dari terlihat.

"Aku tak kira, aku nak kau bunuh juga diorang tu semua" Datin Dina mendengus. Dia menaikkan mata ke atas. Dia bermundar mandir di rumahnya itu.

"Tau tapi sekarang ni polis tengah cari kitorang. Kitorang akan buat apa yang datin suruh tapi hold lah dulu. Lagipun, kenapa nak buat laju lajukan kalau payment pun tak dapat lagi." Khai tersenyum sinis di sebalik telefonnya itu.

Datin Dina terdiam seketika sebelum berkata.

"Ahh aku tak kiralah. Dah settle semua, aku akan bagi lah payment korang. Apa kau ingat aku ni kaki menipu ke?" Datin Dina berang.

"Manalah tau. Bukan saya tak tahu, Datin kan dah bankrupt, business semua dah takda. Tinggal duit dalam bank tu jela kan? Tah tah tu pun dah nak habis" Khai berkata santai.

Datin Dina menarik nafas panjang. Eeei, hilang kesabaran akulah bila cakap dengan orang macam ni.

"Settlekan cepat kerja korang!" Ujar Datin Dina tegas dan dia terus menamatkan panggilan.

"Arghhh sial!!" Dia menjerit. Telefonnya dicampakkan ke atas sofa. Dia menghentak hentak kaki ke lantai. Geram sangat dengan Khai. Ada je balasan yang membuatkan dia terdiam.

Khai melihat telefon itu. Dia tertawa apabila Datin Dina menamatkan panggilan terlebih dahulu.

"Apa rancangan kau?" Tanya Qira. Dia bersandar ke kerusi. Matanya tertumpu ke arah Khai yang sedang berdiri itu

Khai tersenyum dan di mengangkat bahu.

"We will see"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now