Part 81

122 5 0
                                    

"Kau nak buat macam mana ni? Mustahil untuk kita masuk kat dalam tu kalau rumah tu penuh dengan bodyguard." Bebel Qira.

Mereka sekarang berada tidak berapa jauh dari rumah agam milik Tan Sri Asyraf dan Puan Sri Amanda. Dengan menaiki kereta vios yang bertinted gelap, ini dapat memudahkan mereka untuk meninjau rumah tersebut. Tidak lupa juga, nombor plate palsu pada kereta lebih memudahkan mereka untuk bergerak ke mana mana.

"Tengok jelah tu" bibir Qira memuncung menunjuk ke arah luar pintu pagar rumah tersebut yang berdiri dua hingga empat lelaki, berjalan mengelilingi rumah tersebut. Semuanya berpakaian hitam, dan berbadan tegap. Pihak polis juga turut ada di hadapan rumah itu. Berdiri tegak sambil bercekak pinggang, melihat sekeliling. Sesekali, masuk ke dalam kereta mereka kembali untuk menyejukkan badan. Panas oii.

Memang benar kata Qira itu. Agak mustahil untuk mereka menjalankan tugas mereka jika keadaan seperti itu.

Choi hanya diam membatu. Dia yang duduk di kerusi pemandu itu hanya melihat ke arah rumah tersebut dengan riak kosong, seperti biasa.

Khai di tempat sebelah pemandu itu juga turut melihat ke arah yang sama.

"Nak buat macam mana? Payment dah dapat. Kene on jelah" ujar Khai. Baru semalam, Datin Dina menghantar sampul surat berisi wang upah buat mereka.

Choi yang pada pagi itu mahu keluar rumah, membuka sahaja pintu, terus matanya jatuh pada samput surat coklat yang berada atas lantai. Agak tebal isinya, dan bila dibuka, memang benar itu adalah duit sebenar. Ada sekeping not kecil juga ditampal didalam itu.

"Tukar plan. Bunuh Adeena. Selesaikan kerja korang!"

Khai tersengih sinis apabila membaca not itu. Mudah sahaja. Kalau nak bunuh seorang, tiada hal.

Khai baru nak cancel job ni sebab bayaran apa pun tak dapat. Buang masa sahaja. Dia tidak langsung takut akan pihak berkuasa yang sedang mencarinya sekarang, Khai mempunyai prinsip.

Lagi berisiko, lagi best!!

Jadi, dia okay je kalau nak buat semua ni.

Tiada hal!

Qira mengeluh kasar. Dia menyandarkan badannya ke kerusi apabila bebelannya tidak diendahkan. Dia naik menjulingkan matanya ke atas juga sebagai tanda protes dan menyampah.

"Bila orang cakap, taknak dengar!" Marah Qira.

Khai hanya mengerling sekilas Qira di belakang lalu dia memberikan isyarat kepada Choi.

Choi pula hanya diam tapi dia mengikut arahan tersebut.

Dia menggerakkan kereta itu dan berlalu pergi.

-

"Ye, love. Ada apa apa jadi ke?" Soal Adam terus apabila dia menjawab panggilan telefon dari isterinya.

"Mana ada. Saya saja je call awak. Sejak beberapa hari ni kan awak selalu sibuk. Saya saja lah nak sibukkan kerja awak" ujar Adeena. Dia tertawa kecil. Tangannya menutup mulut seperti selalu dia lakukan, macamlah Adam dapat melihat dirinya.

Adam menggeleng sambil dia tersenyum.

"Saya minta maaf, ye. Ye, saya memang sibuk beberapa hari ni. Saya dengan kawan saya tengah sibuk cari orang yang sepatutnya dicari." Ujar Adam. Dia masih tidak memberitahu akan Adeena yang Dato Arman dan Datin Dina itu adalah dalang bagi semua ini. Dia risau kalau perkara seperti ini boleh mengguris hati isterinya.

"Ouh faham" Adeena menganggukkan kepala. Kakinya menguis-nguis rumput. Dia sekarang berada di laman rumah. Melihat mummynya menyiram pokok bunga.

"Saya sebenarnya nak beritahu awak sesuatu" ujar Adam lambat lambat. Dia mengetap bibirnya. Jantungnya berdebar-debar.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now