Faradhiya urut dahi sendiri. Kepalanya semakin berdenyut dan jam baru menunjukkan pukul 7.50 pagi. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu sibuk dengan tugas masing. Televisyen sudah terpasang, bersedia untuk artikel itu keluar. Skrin televisyen itu akan menunjukkan real time search tentang artikel adiknya.
Semalam dia dan Ghaz tidur di rumah umi dan walid. Perbincangan mereka selesai jam 1 pagi, sudah terlalu lewat untuk pulang ke rumah. Masih jelas di fikirannya wajah keruh walid dan air mata umi. Tidak pernah dia rasa marah yang sebegini terhadap adiknya sendiri.
Suasana di ruang tamu vila itu senyap sunyi selepas Faradhiya menceritakan apa yang telah berlaku. Uzair hanya mampu menunduk diam.
"Kakak dah cuba call syarikat media tu ke? Kita memang tak boleh buat apa-apa ke?" Tidak ada apa yang dapat menutup nada terdesak dalam suara Puan SriUmairah.
Belum sempat Faradhiya menjawab soalan uminya, walid terlebih dahulu mencelah. "Kalau dah sampai macam ni, maksudnya Dhiya dah memang habis jalan. Mungkin ni pengajaran untuk kita, Umairah. Kita alpa dalam mengawasi anak."
Uzair yang mendengar apa yang keluar dari mulutnya terus turun dari sofa dan melutut. "Umi dengan walid tak salah apa. Uzair yang salah. Uzair yang ikut cakap kawan, Uzair minta ampun."
Usapan lembut Ghaz Ukasyah di tangannya sedikit meredakan amarahnya. Berat mulutnya untuk bercakap dengan umi dan walid sekarang ini. Takut apa yang keluar dari mulutnya hanya menyedihkan mereka. "Esok pagi artikel keluar, statement dari kita Dhiya dah ada. Memang tak boleh halang lagi. Tinggal damage control je."
Tan Sri Faizal hanya mengangguk faham. Pandangannya kini teralih kepada anak lelakinya yang masih kekal melutut. "Apa yang jadi ni satu pengajaran untuk kamu Uzair. Pilih kawan yang baik. Baik kawan kamu, baiklah kamu. Walaupun umi dan walid tak tahu apa yang kamu buat semasa kamu jauh, tapi Allah tahu. Allah Maha Melihat, Uzair. Kamu takut dengan umi dan walid tapi kamu tak takut dengan murka Allah? Sekarang semua orang akan tahu apa yang kamu dah buat. Apa yang kamu nak buat sekarang?" tegas suara walid.
"Uzair... Uzair sanggup undur diri–"
"Undur diri dari mana? Kamu ingat kalau kamu undur diri kamu ada peluang lagi ke untuk berada semula dalam syarikat?" Uzair teguk air liur sendiri. Badannya berpeluh sejuk, takut. Kepala diangkat untuk mencari bantuan dari kakaknya. Namun, bila lihat yang kakaknya sendiri sedang memicit dahi sendiri dengan mata terpejam, dia menunduk semula.
"You are on a three month suspension, effective immediately." Uzair hanya mampu mengangguk, akur.
"Kamu tak boleh keluarkan sebarang kenyataan, sebarang komen, atau ulasan. Padam semua akaun sosial media kamu. Kamu tak akan boleh dilihat di khalayak ramai sepanjang tiga bulan tu. Kenduri kahwin pun kamu tak boleh pergi. Faham?"
Apabila Uzair hanya membalas dengan anggukan, walid menyoal lagi. "Walid nak dengar kamu cakap Uzair, kamu faham ke tak?"
"Faham, walid."
"Ikut arahan walid ni Uzair. Dengan kawan-kawan kamu pun kamu tak boleh sembang pasal ni. Pasal kawan kamu juga lah kita semua jadi macam ni sekarang. Kawan jenis apa kamu pilih ni?"
Hanya senyap yang menjadi jawapan. Tiada siapa mahu bersuara. Selepas berpuas hati, walid suruh Uzair naik ke bilik ditemani umi. Maka tinggallah walid bersama dengan Faradhiya dan Ghaz Ukasyah. Ghaz memicit lembut belakang leher isterinya yang dari tadi berkerut, sakit kepala.
"Statement Encik Talib dah prepare ke?" soal walid kepada Faradhiya.
"Dah, walid."
"Kamu okey ke?" risau Tan Sri Faizal melihat keadaan anak sulungnya. Sudahlah beberapa hari lagi anaknya akan mempengerusikan mesyuarat akhir tahun, timbul masalah besar pula. Minggu ini akan menjadi minggu yang sangat sukar untuk Faradhiya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomantiekCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
