Bab 37

111 11 1
                                        

a/n: Bab 37 - 40. Make sure you didn't skip any. Happy reading!!!

Selepas solat Subuh, Faradhiya kembali ke atas katil. Badan diselimut tebal. Waktu solat tadi dia letih menahan sakit kepalanya. Mulut juga terasa pahit.

"Sayang... sayang." suara suaminya menganggu, tubuhnya juga terasa digoyangkan perlahan.

"Pakai tudung, abang call doktor suruh datang." mendengar itu Faradhiya mencapai tudung yang dihulur suaminya. Selendang instant hitam. Pandai juga suaminya pilih tudung.

Sejurus dia selesai memakai tudung, Ghaz Ukasyah membuka pintu bilik mereka. Seorang doktor perempuan dan jururawat masuk sambil menghulurkan senyuman.

Suhunya diperiksa, tekanan darah di ambil, pernafasan dia juga diperiksa. Darahnnya juga diambil untuk memastikan tiada sebarang jangkitan kuman. "Suhu tinggi jugaklah, 38. Tonsil pun ada bengkak sikit," lapor doktor itu kepada mereka.

"Saya tinggal ubat demam, sakit kepala, antibiotik, dan lozeng untuk tekak." sambung doktor itu lagi.

"Yang lain okey ke doktor?" soal Ghaz kepada doktor itu.

"Alhamdulillah, okey. Boleh jadi demam sebab overworked. Hasil ujian darah paling lewat esok siap, paling awal petang ni. Apa-apa saya akan call maklum."

Faradhiya buat-buat tidak nampak renungan Ghaz kepadanya. Tahu suaminya tidak senang dengan apa yang dikatakan oleh doktor tadi. Selepas doktor itu pulang, Ghaz mengambil tudung yang Dhiya letak di meja kecil dan digantung semula di dalam almari.

"Jangan tidur lagi, tunggu abang bawak naik bubur. Makan bubur, makan ubat baru tidur balik." ujar suaminya sambil membetulkan rambutnya yang agak berserabut.

Sementara suaminya ke bawah untuk mengambil bubur, dia menyanggul tinggi rambutnya. Mengemaskan diri.

Ghaz Ukasyah naik dengan talam yang terisi bubur, air minuman dan ubatnya. Talam diletakkan di atas meja kecil di sisi katil.

Faradhiya sudah membuka kedua tapak tangannya untuk menerima mangkuk bubur namun lain pula jadinya. "Tak apa, abang suap."

"Tak apa lah, saya boleh suap sendiri lagi." segan Faradhiya mendengar pelawaan suaminya. Dia takut dia tidak dapat telan bubur itu kalau suaminya yang suap.

"Tak apa. Meh, abang suap. Mangkuk ni panas."

Dengan teragak-agak, Faradhiya membuka mulutnya selepas mengaminkan doa yang dibaca Ghaz Ukasyah.

"Buka luas sikit mulut tu sayang, kalau buka besar tu je bila nak habis." Teguran dari suami buat dia mahu sorok muka di bawah selimut. Namun dia patuh juga, bubur suam itu terus masuk ke dalam mulut.

"Sedap?" soal Ghaz kepadanya.

Dia hanya geleng sebelum menjawab, "Tak tahu. Tak rasa sangat." Mulutnya masih pahit. Namun tekaknya rasa sedikit lega dengan kehangatan bubur itu.

Suapan kedua masuk ke dalam mulutnya. Mereka hanya diam sepanjang sesi suap bubur itu. Sebelum Faradhiya buka mulut. "Abang dah makan ke?"

Pergerakan sudu terhenti separuh jalan di udara. Kening Faradhiya terjongket hairan. Belum sempat dia soal, sudu dah sampai ke bibirnya. Dia sambung mengunyah.

"Abang dah makan dah." lebar senyuman suaminya sast ini.

"Sekarang dah pukul berapa?"

"11.30." mendengar jawapan lelaki itu, kening Faradhiya terangkat sekali lagi. Lewatnya dia bangun.

Dia menggeleng laju bila satu lagi suapan sampai di mulutnya. Menolak. "Kalau makan lagi, rasa nak muntah."

Akur dengan kehendaknya, Ghaz kemudiannya memberi dia minum air mineral kosong. Walaupun air itu berada di suhu bilik saja, namun terasa sejuk di tekaknya.

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang