Bab 43

99 9 0
                                        

a/n: It's a three-chapter update. Make sure you don't miss any! Happy reading <3

Faradhiya berbaring di atas sofa di ruang tamu dengan kepala yang masih bertudung dan blazer yang masih tersarung di badan. Stokin kaki juga tidak dibuka. Letih sungguh dia hari ini. Dia terpaksa pulang lewat hari ini kerana isu fail yang tiba-tiba hilang dari laci biliknya. Sakit kepalanya memikirkan misteri kehilangan fail yang terisi dua kontrak dengan syarikat Armada itu. Fail tersebut juga mengandungi proposal yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Deru enjin kenderaan menyebabkan dia bingkas bangun dan berlari kecil naik ke bilik. Tidak mahu suaminya lihat dia dalam keadaan begini. Sebaik saja di atas, pantas sahaja dia menuju ke bilik air, membersihkan diri.

Keluar sahaja dia dari bilik mandi, ruang bilik tidur masih kosong. Selepas mengeringkan rambut, Ghaz Ukasyah masuk ke bilik tidur dengan t-shirt dan kain pelekat serta rambut yang masih lembap. Suaminya mandi di bilik tetamu. Salah dia juga kerana terlalu lama tadi, namun kepalanya terasa lebih ringan bila dihujani dengan air sejuk.

"Abang kejar Asar tadi, takut tak sempat." ujar Ghaz kepada Faradhiya.

"Ingatkan abang dari office?" soal Faradhiya. Selalunya Ghaz akan solat Asar di pejabat sebelum pulang ke rumah.

"Abang keluar tadi, ada client nak tengok site. Last minute baru bagitahu." Faradhiya mengangguk faham. Patutlah suaminya pulang lewat hari ini.

Ghaz mendekati Faradhiya yang masih duduk menghadap cermin solek, rambut lebat isterinya di belai lembut. Dagu isterinya di tolak lembut supaya dia boleh menatap wajah Faradhiya. "Sayang okey ke? Nampak penat hari ni." ucapnya lembut.

"Nampak teruk sangat ke muka Dhiya?" soal Faradhiya kembali. Matanya memandang wajah suami yang berdiri.

"Tak, cantik."

Jawapan dari Ghaz buat Faradhiya sembamkan mukanya ke perut Ghaz Ukasyah. Sembunyi muka kerana malu. Tawa yang keluar dapat dia dengar melalui perut suami, dapat dirasakan juga tangan suaminya yang menggosok perlahan belakangnya.

"Jom, turun. Tadi Cik Jah cakap dia dah hidang." Ajak Ghaz Ukasyah.

Selesai solat sunat tarawih di masjid, Faradhiya yang dari tadi asyik memeriksa emel mula sedar Ghaz tidak memandu terus ke arah rumah mereka. Pelik dengan suami sendiri terus Faradhiya buka mulut untuk bertanya. "Abang nak pergi mana?"

"Lapar aiskrim." Jawab Ghaz sambil lempar senyuman. Lupa sebentar Faradhiya tentang masalah pejabat bila matanya dijamu dengan senyuman Ghaz.

Pantas dia matikan skrin telefon dan menikmati pemandangan ini. Ghaz yang sedang memandu berlatarkan pemandangan malam bandaraya. Tambah pula malam ini suaminya mengenakan jubah putih dan kopiah. Susah nak larikan mata dari perhatikan suami sendiri.

Sampai sahaja di kedai aiskrim, kelihatan orang ramai yang sedang beratur. "Sayang tunggu dalam kereta pun tak apa, biar abang je turun. Nak flavour apa?"

Faradhiya senyap. Mata lari dari suasana dalam kedai dan suaminya. Ghaz Ukasyah yang masih sabar menunggu jawapan itu dipandang lama. Atas, bawah. "Dhiya nak ikut." Jawabnya sambil memeriksa keadaan khimar yang tersarung di kepala di cermin bahagian penumpang. Malam ini dia mengenakan set khimar dan jubah berwarna coklat cair.

"Ramai, Dhiya okey ke?" soal Ghaz meminta kepastian.

"Tak apa, Dhiya nak ikut abang," jawab Faradhiya. Suaminya tak boleh dibiarkan seorang, risau jika ada yang berkenan.

***

Hari ini mereka akan berbuka puasa dengan walid dan umi. Pada minggu pertama puasa, mereka telah berbuka dengan papa dan mama, maka minggu ini dengan walid dan umi pula. Ghaz yang menjemput Faradhiya dari pejabat perasan riak serabut di muka isterinya. Namun, dia masih diam dan memilih untuk tidak menyoal. Mahu memberi Faradhiya ruang.

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang