Sudah seminggu berlalu dan hubungan mereka semakin erat. Deringan telefon bimbit menggantung perbualan Faradhiya dan suaminya. Ghaz sedang cerita tentang pengalamannya bag packing di Eropah sewaktu zaman belajar dulu.
Panggilan dari Aida di angkat, "Assalamualaikum."
"Bos, check emel. Esok ada news nak keluar." Nada cemas Aida buat dia pelik, fungsi pembesar suara di tekan. Dia bangun dari sofa dan menuju ke meja kerjanya, monitor di hidupkan.
Sebaik sahaja dia membuka emel dari Aida, mukanya terasa sejuk. Jantungnya rasa berhenti. Berombak dadanya cuba mengejar nafas yang semakin lama terasa makin pendek.
'Anak Lelaki Hartawan Negara Songsang.'
Lebih dari 5 keping gambar disertakan. Uzair berpelukan dengan lelaki, Uzair bersama selebriti songsang luar negara, Uzair dalam yang di dalam posisi pengantin perempuan diangkat pengantin lelaki, dan yang paling teruk, Uzair di perhimpunan LGBTQ.
Ghaz yang lihat tona kulit isterinya seperti manusia hilang darah itu pantas bangun mendekati. "Sayang?"
Namun Ghaz Ukasyah juga terkedu bila melihat paparan skrin monitor. Setelah hilang rasa terkejut, Ghaz pastikan panggilan dengan Aida masih lagi bersambung sebelum dia buka mulut, "Press nak release bila?"
"Pukul 10 pagi, esok." Faradhiya terus picit kepala sendiri selepas dengar jawapan pembantunya.
Tangan sejuk isterinya terus digenggam, cuba menyalurkan kekuatan sambil otaknya juga likat mencari jalan penyelesaian. "Boleh embargo?"
Embargo adalah sekatan. Larangan untuk menyiarkan satu berita dalam sesuatu tempoh. Jika berjaya kenakan embargo ke atas artikel ini, mereka akan ada tempoh bernafas untuk sediakan bukti yang artikel ini tidak benar.
"Kalau ikut source, semua sahih jadi kita tak ada usul kukuh untuk kenakan embargo."
Setelah lama diam, Faradhiya akhirnya bersuara. "Siapa sumber?"
"Adam, kawan Uzair sendiri." Keluhan Faradhiya dapat di dengari oleh Aida di hujung talian.
"Umi dan walid dah tahu?" soal Ghaz.
"Belum, tuan. Setakat ini hanya puan, tuan, Encik Talib dan saya saja." penjelasan Aida buat Faradhiya sedikit lega.
"Emel ni dari Encik Talib?"
"Ya, bos. Encik Talib terus contact saya lepas dia dapat emel ni."
"Thank you, Aida. I'll see what I can do. Bagitahu Encik Talib to be on standby."
"Baik, bos."
Sebaik sahaja panggilan di matikan, dia terus mendail nombor Uzair dengan tangan yang kini ada getaran kecil. Jantungnya berdenyut laju seperti mahu pecah, seluruh badannya rasa sejuk.
"Assalamualaikum, kakak." Sapaan dari adiknya seperti angin lalu. Matanya tidak lari dari skrin monitornya.
Sedar yang isterinya hanya diam walaupun dia dapat mendengar suara Uzair di hujung talian, Ghaz Ukasyah dengan lembut mengambil telefon bimbit isterinya. Mod loudspeaker ditekan.
"Uzair, datang rumah abang dengan kakak sekarang."
"Esok tak boleh ke? Uzair baru balik dari luar ni."
Mendengar balasan adiknya, terus Faradhiya menyampuk. "Sekarang. Uzair." keras nada suara Faradhiya. Uzair juga terus senyap mendengar intonasi suara kakaknya.
"Okey. Kejap lagi Uzair sampai."
***
Uzair melangkah masuk ke ruang rumah kakak dan abang iparnya. Membuntuti Ghaz Ukasyah yang melangkah laju naik ke atas, menuju ke satu bilik. Bilik yang dua dinding dipenuhi dengan buku dan terdapat dua meja kerja bertentangan. Pastu bilik kerja mereka.
Matanya dapat melihat Faradhiya yang senyap di mejanya, mata memandang tajam ke arahnya.
"Tengok skrin." arah Ghaz Ukasyah kepada Uzair dengan nada perlahan. Perlahan-lahan lelaki itu mendekati kakaknya, sebelum memandang skrin.
Muka Uzair pucat sebaik sahaja dia lihat kandungan emel itu. Pandangan tajam dari kakaknya buat dia lihat skrin sekali lagi. Jelas mukanya.
"Tak betul, kakak. Uzair tak buat semua ni."
"Kalau tak betul macam mana boleh ada gambar ni?"
"Tapi Uzair bukan gay." Bersungguh-sungguh dia mempertahankan diri, memandang muka kakaknya yang sekarang penuh dengan amarah.
"Uzair buat apa kat perhimpunan macam tu?" tajam soalan Faradhiya.
"Uzair pergi sebab kawan ajak."
"Jadi betul lah memang Uzair pergi perhimpunan tu?" soalan dari kakaknya hanya mampu dibalas dengan anggukan lemah.
"Umi walid hantar Uzair pergi mengaji, bagi izin Uzair melancong, perhimpunan macam tu jugak yang Uzair join!" lantang suara Faradhiya. Ini kali pertama Ghaz Ukasyah tengok amarah seorang Faradhiya.
"Uzair pergi sekali je kak. Sumpah!"
"Sekali pun dah cukup Uzair! Allah laknat kaum macam tu dan kamu boleh pergi perhimpunan diorang! Kamu reda ke dengan apa yang diorang buat?! Kamu sokong?!"
"Tak! Sumpah kak Uzair tak tipu, Uzair pergi tengok je." Muka adik iparnya sudah berkerut dengan tangan yang digenggam kuat. Mungkin ini juga kali pertama Uzair dimarahi isterinya.
"Tangkap gambar buat apa? Simpan buat kenangan?"
"Adam yang ajak tangkap gambar."
"Jadi sebelah kamu tu Adam lah?" soal Faradhiya tentang seorang gambar lelaki yang berada di sebelah Uzair, memeluk bahu adiknya. Mukanya dikaburkan namun muka Uzair jelas terpampang. Lelaki bernama Adam itu siap berbaju bendera LGBTQ.
Anggukan Uzair buat Faradhiya lebih geram. "Kamu ni tak boleh kata tak ke dekat kawan kamu? Kawan ajak semua kamu buat? Benda-benda bodoh macam ni pun kamu buat!"
Sunyi bilik kerja itu selepas nada Faradhiya naik seoktaf. Suaminya menggosok perlahan belakang badannya, memujuk mungkin. Dia bersandar lemah ke kerusi.
"Artikel ni keluar pagi esok." Pucat muka adiknya selepas mendengar perkhabaran itu.
"Kakak tak boleh tahan ke?"
"No ground to enforce embargo. Sumber tu dari Adam sendiri." Sekali lagi bilik itu sunyi. Riak terkejut jelas di muka adiknya itu, dikhianati kawan sendiri.
"Abang dah call umi dengan walid ke?" soal Faradhiya kepada suaminya.
"U-umi dengan walid?" soalan Uzair tidak mendapat jawapan dari kedua-dua mereka.
"Dah. Kita gerak sekarang, takut lewat pulak nanti. Kesian dekat umi, walid." Jawab Ghaz Ukasyah.
"Umi dengan walid?" soal Uzair sekali lagi.
"Ya, Uzair. Kita kena bagitahu umi dan walid." Jawapan dari kakaknya buat Uzair mahu lari sekarang juga. Dan saat itu, yang bermain di kepalanya hanyalah satu persoalan.
Apa yang dia sudah buat?
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomansaCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
