Bab 38

113 10 0
                                        

Pada lewat petang hujung minggu itu, sepasang suami isteri duduk di beranda bilik menikmati cahaya matahari. Kedua mereka duduk dalam senyap, masing-masing memegang cawan teh lemon panas. Faradhiya bersandar lemah di kerusi balkoni, tubuh dibalut kardigan, wajahnya sedikit pucat akibat suhu badan yang kembali tinggi pagi tadi.

Dia ingat pagi ini demamnya akan kebah, namun lain pula yang berlaku, tubuhnya lemah, badan panas tenaga habis, dan fikirannya kabur kerana demam itu. Ghaz perlu menghubungi doktor mereka semula, Faradhiya perlu menerima rawatan titisan IV untuk tambah air dalam badan. Menurut doktor, keputusan ujian darahnya semua normal. Tiada jangkitan kuman.

Suaminya yang langsung tidak lekang darinya. Buat kerja pejabat pun di dalam bilik tidur dengan Faradhiya walaupun kerusi dan meja kerja di bilik tidur itu kurang selesa. Ghaz Ukasyah telah mengambil masa sejak dua malam lepas untuk menjaga dan merawatnya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang yang hanya seorang pasangan yang setia dapat berikan. Dia tahu betapa berdikari dan kuatnya Faradhiya, betapa isterinya itu selalu menjadi orang yang yang kelihatan ampuh di mata orang lain, dan melihatnya seakan-akan rapuh dan lemah membuat hati Ghaz terasa berat dengan risau.

Namun, walaupun Faradhiya sedang sakit, dia tetap berusaha untuk tidak terlalu menyusahkan orang lain. Walid yang perlu menggantikan Faradhiya sehingga esok juga dipujuk dan diyakinkan yang dia masih menjaga Faradhiya. Jadi walid dan umi tidak perlu terlalu risau dengan keadaan anak perempuan mereka walaupun ini kali pertama Ghaz jaga orang sakit. Baginya, biarlah dia yang jaga isterinya ketika ini. Dia mahu dan dia masih mampu.

Bunyi ketukan di pintu memecah aman mereka. Ghaz bingkas bangun dari duduk menuju ke pintu bilik mereka. Cik Jah dengan troli makanan. "Dhiya," suara Ghaz memecah keheningan fikiran Faradhiya yang ketika ini hanya rasa lelah. Ghaz berjalan mendekati, membawa semangkuk sup ayam di satu tangan dan segelas air di tangan yang lain. "Abang suruh Cik Jah buatkan sup ayam untuk awak. Awak makan bubur sesuap dua je pagi tadi."

Faradhiya tersenyum lemah, matanya masih berat akibat demam. Dia menghargai perbuatan suaminya itu, tetapi untuk dia makan sekarang ini terasa terlalu berat. Mulutnya terasa pahit. "Saya tak lapar, Ghaz," katanya dengan suara yang perlahan.

"Saya rasa saya cuma nak tidur." Kelopak matanya terasa berat. Ini kali pertama sepanjang hari ini dia turun dari katil selain untuk membersihkan diri dan solat.

Ghaz duduk di sebelahnya, meletakkan mangkuk dan gelas di atas meja kopi. Dia meraih tangan Faradhiya yang ditutupi kardigan. Wajah pucat, mata berair dan hidung yang sedikit merah itu dipandang kasih. "Abang tahu, sayang, tapi awak kena makan. Badan awak perlukan tenaga. Kalau tak macam mana nak cepat sihat. Sedikit je, okey?"

Dia dengan lembut menyapu helai rambut Faradhiya yang jatuh di dahinya, sentuhannya begitu penuh kasih, seolah-olah dia takut demam isterinya akan bertambah teruk jika disentuh dengan kasar. Faradhiya memejamkan mata dan menundukkan kepala sedikit, menikmati belaian lembut itu. Sedikit sebak dengan layanan suami.

Tiga tahun dia menanggung sakit sendiri. Tidak pernah rasa sebegini. Rasa ini tidak sama dengan apabila umi yang melayaninya ketika sakit. Tidak sama langsung. Nyaman. Tenang. Rasa ditatang. Dia selalu menjadi orang yang kuat, yang menjaga orang lain, dan terasa janggal untuk menjadi orang yang bergantung kepada orang lain. Tetapi kehadiran Ghaz Ukasyah dengan cara penyayang dan sabarnya, membuat semua merasa lebih mudah. Dia tidak lagi rasa bersalah jika dia sakit. Tidak rasa segan untuk bergantung dengan orang lain.

"Okeylah," bisiknya kepada Ghaz, "sikit."

Ghaz tersenyum, hatinya penuh dengan perasaan kasih sayang melihat kelembutan Faradhiya terhadapnya. Dengan berhati-hati, dia menyuap Faradhiya satu sudu sup. Matanya tidak pernah meninggalkan wajah cantik isterinya. Ketika Faradhiya meneguk sup yang hangat itu, matanya terpejam sebentar, menikmati kehangatan yang menyebar ke seluruh tubuhnya, memberikan sedikit kelegaan. Kepalanya rasa sedikit ringan berbanding tadi. Ghaz dengan sabar menunggu, tidak terburu-buru untuk menyuap. Mahu Faradhiya selesa dan tidak terasa dipaksa.

Apabila Faradhiya telah makan beberapa suapan, Ghaz meletakkan mangkuk itu di tepi dan memberi Faradhiya segelas air. "You're doing good, sayang. Sikit je lagi," dia memujuk dengan lembut.

Faradhiya meneguk sedikit air dan kemudian bersandar kembali ke kerusi, tubuhnya masih terasa berat akibat demam. Matanya memandang ke luar, di mana matahari hampir terbenam membiaskan cahaya oren lembut ke dalam ruang. Perasaan bersyukur datang mengalir dalam dirinya—bersyukur atas lelaki yang berada di sisinya, yang telah menjaga dia dengan begitu penuh kasih. Semakin lama dia dengan Ghaz, semakin dia sedar yang dia tidak salah memilih suami. Allah telah temukan dia dengan seorang lelaki yang sangat baik terhadap dirinya.

Suara Ghaz menariknya kembali dari lamunan. "Sayang, nampak lebih baik dari pagi tadi," katanya dengan senyuman yang buat hati Faradhiya hangat. "Demam dah kurang sikit. Awak cuma perlu banyak rehat."

Faradhiya menoleh ke arah suaminya, matanya terasa hangat. Tekak terasa ketat dengan emosi. "Saya pun rasa lebih baik, sebenarnya. Better dari pagi tadi." Dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang lembut. "Terima kasih. Awak... baik sangat. Saya tak pernah sangka saya akan rasa semua ni."

Ghaz menggelengkan kepalanya dan dengan lembut mencium dahi isterinya, lama. "Sayang, abang nak ada dengan awak masa awak susah dan sakit. I want to be there. Awak layak untuk terima semua ni. You deserve everything and more."

Air mata Faradhiya bergenang, tetapi dia cepat-cepat mengesatnya. Sudah lama dia tidak pernah merasa seperti ini, begitu rapuh, tetapi kehadiran Ghaz yang kukuh dan teguh membuatkan dia merasa selamat, dan dia tahu dia disayangi oleh lelaki ini.

***

Malam itu Faradhiya terjaga dari tidurnya, jam menunjukkan jam 1 pagi. Mata dikelipkan beberapa kali untuk membiasakan diri dengan cahaya malap bilik tidur. Dia mengalihkan tidur, menghadap suaminya yang nyenyak. Lama dia perhatikan wajah suaminya sebelum jarinya perlahan-lahan menyentuh kening lelaki itu, kemudian hidung sebelum meniti di bibir Ghaz Ukasyah. Pergerakan kecil dari suaminya buat tangannya kaku di udara.

Ghaz Ukasyah menggengam tangannya lembut, membawa tangannya ke pipi lelaki itu. Suaminya melepas keluhan sebelum senyum dengan mata yang masih tertutup. Faradhiya masih diam, sedang mengatasi rasa terkejut apabila dia tertangkap raba muka suami sendiri waktu tidur.

"Hai, sayang," bisiknya dengan penuh kasih sayang. "How do you feel?"

Suara serak tidur suaminya buat detak jantung Faradhiya berubah lebih laju. "Better. Much better." Jawabnya jujur. Kepalanya terasa lebih ringan dan badannya tidak lesu seperti siang tadi. Tangannya yang masih di pipi Ghaz Ukasyah kini mengusap permukaan itu perlahan. Makin lebar senyum suaminya bila dibelai isteri.

"Thank you, abang." bisik Faradhiya lembut.

"Tak perlu terima kasih, Dhiya. Abang bahagia dapat jaga Faradhiya. Bahagia Faradhiya mahu bergantung dengan abang."

Mereka berdua selesa dalam keheningan malam. Faradhiya masih mengusap lembut pipi suaminya. "Apa yang Dhiya buat untuk layak dapatkan abang?" Faradhiya bertanya dengan perlahan, suaranya dipenuhi dengan emosi.

Matanya Ghaz terus celik, memandang isterinya dengan lembut, dan dia menggerakkan badan untuk mencium dahi Faradhiya dengan penuh kasih. "Sayang layak untuk rasa segala cinta di dunia ini. Dan abang akan habiskan hidup abang pastikan sayang rasa itu setiap hari." ujar Ghaz Ukasyah sebelum memeluk erat Faradhiya. 

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang