Faradhiya duduk termenung di balkoni. Mata tidak lepas memandang matahari yang sedang terbenam. Warna jingga yang merebak ke langit luas itu dinikmati dengan kedua matanya yang sedikit merah dan bengkak kerana menangis. Dia tidak perlu buka puasa hari ini kerana sedang uzur.
Sebelum balik penthouse, dia sedar yang dia sedang uzur. Mungkin sebab itu agak beremosi kebelakangan ini. Tadi selepas berbual dengan umi di telefon juga dia menangis.
Umi cuma tanya Ghaz tahu atau tidak yang dia berada di penthouse sekarang, umi pesan yang kalau pergi mana-mana tanpa izin suami boleh jatuh nusyuz. Bila teringat yang hari ini dia tidak memaklumkan keberadaannya kepada suaminya, dia menangis lagi.
Jadi dia buat keputusan untuk menikmati pemandangan ini. Mindanya masih serabut memikirkan masalahnya dengan suami.
Mengapa suaminya tidak menghubunginya langsung selepas perjumpaan pagi tadi? Tidak mahukan lelaki itu berbincang dengannya? Dia segan mahu jadi memulakan komunikasi kerana dia sedar dia yang membuat salah.
Namun, dia juga turut terluka bila suaminya lebih percayakan orang lain daripada dirinya sendiri. Sampai hati suaminya marah dia di pejabat. Ghaz ingat dia jahat sangat ke? Kenapa sampai waktu ini Ghaz masih tidak menghubunginya? Ghaz dah tak cakap dengan dia ke? Sedihnya...
"Waktu Maghrib, tak elok duduk luar." suara yang sangat dikenali itu tarik Faradhiya yang sedang tenggelam dalam fikiran sendiri, kembali ke dunia nyata. Suara Ghaz.
Terkejut, Faradhiya kekal diam. Nak pandang untuk pastikan yang suara tersebut pun dia rasa segan.
"Awak ingat sampai bila boleh lari dengan suami sendiri?" soal Ghaz Ukasyah tajam selepas sapaannya tadi tidak dihiraukan. Diperhatikan sahaja isterinya yang kosong memandang luar balkoni bilik. Mengelak dari melihat muka suaminya sendiri. Kerusi yang kosong disebelah isterinya diambil. Melabuhkan duduk.
"Nur Faradhiya." Nama penuh bidadarinya di panggil selepas isterinya hanya terus membuang pandang. Soalannya tadi dibiar sepi. Wajah bersih isteri dipandang. Mata sembab, hidung kemerahan menandakan isterinya itu baru habis menangis. Serba salah merundung hati Ghaz Ukasyah.
"Dhiya..." pecah sunyi dengan suara berat penuh emosi Faradhiya. Berbeza dengan riak wajahnya yang kosong.
"Dhiya sedih. Kali ini sahaja Dhiya minta untuk difahami. Dhiya cuma nak selesaikan semua ni tanpa abang tahu. Kalau abang tak tahu, abang tak akan risau. Kalau abang tahu, mesti abang ingat Dhiya senang kena tipu. Dhiya cuma kalau boleh nak settle sendiri. Orang cakap harini Dhiya berdosa kerana lari dari suami. Setiap langkah Dhiya katanya diheret dosa. Lalu apa pula hukum seorang suami yang menyakiti hati isteri dengan kata-kata dan perilaku?" panjang hujah Faradhiya. Nada sebak dipengaruhi emosi. Kata-kata yang selama ini disimpan dan ditelan kerana takut mengguris hati suami, keluar bagaikan cecair gunung berapi yang tak dapat di tahan.
Terdiam Ghaz Ukasyah mendengar luahan isterinya. Tidak pernah selama dia menjadi seorang suami, mendengar keluhan dari Faradhiya. Sejuk rasa hati bila melihat wajah isterinya. Bawah matanya sembap, mata berkaca, hidung kemerahan. Tangan di tahan dari mengelap air mata yang mula jatuh ke pipi bersih itu.
Alahai, tengah sedih pun comel.
"Sampai hati abang percaya orang lain dari isteri sendiri." kali ini Faradhiya bercakap dengan memandang wajahnya. Sekali ayat itu keluar, makin kuat tangisnya. Kecil hatinya dengan Ghaz Ukasyah yang serasanya memihak ke orang lain dan bukan dirinya. Kepala tertunduk untuk menyembunyi tangis.
"Nur Faradhiya, tengok abang." Mendengar suara tajam suaminya, makin kuat pula dia menangis.
Suami dia nak marah dia lagi ke?
Sedihnya.
Kedengaran Ghaz menghela nafas berat sebelum bangun dari duduk. Melutut di hadapan isteri yang tertunduk sebab asyik menangis. Nasib baik lah kepala tu tak boleh masuk semula dalam badan sendiri, bawah betul dia tunduk.
"Abang tak percaya orang luar, orang lain, atau orang utan. Abang percaya Dhiya. Abang bukan marah awak sebab abang percaya cakap orang. Abang marah awak sebab awak simpan masalah dari abang. Saya ni patut jadi pelindung. Saya suami. Bila isteri saya simpan masalah dia dari saya, cuba selesaikan dengan sendiri, saya rasa dibelakangi. Kalau Dhiya jujur dengan abang dari awal, mesti abang orang pertama yang akan bela Dhiya. Abang tak pernah akan anggap Dhiya sebagai seorang yang lemah, mudah ditipu. Isteri abang ni wanita hebat, tapi isteri abang juga manusia biasa. Mesti akan ada kelemahan dan kesilapan. Abang cuma nak Dhiya pilih untuk percaya abang dalam apa jenis keadaan pun." Jelas Ghaz sambil menyeka pipi isterinya. Dua mata bertentang. Tersenyum Ghaz bila merasa haba dari pipi isterinya bila pandangan mereka bertembung. Indahnya malu bidadari miliknya ini.
Fahamlah dia yang isterinya ini merajuk dengannya sebab ingat dia tidak percaya isteri sendiri. Jadi sekarang dia perlu pastikan isterinya faham sebab sebenar dia marah. Itulah lain kali patutnya dia terangkan kesalahan isteri selepas dia marah. Siapa suruh senyap lepas marah? Ingat isterinya faham dan pujuk. Tengok-tengok bini lari. Padan muka.
Jenuh dia tunggu dia isterinya di pejabat tadi, tahu-tahu isterinya telah pulang ke penthouse. Mujurlah ada Aida yang tidak ada masalah untuk berkongsi keberadaan isterinya. Jika tidak, jenuh juga dia mencari.
"Abang marah sebab Dhiya tak bagi abang pilihan lain. Abang cuma ada bukti yang disampaikan. Bila abang tanya Dhiya, Dhiya pilih untuk diam. Marah abang lebih kepada sebab Dhiya belakangkan abang. Abang jadi orang yang tak tahu apa-apa walaupun sepatutnya abang jadi orang yang pertama tahu. Dhiya kena faham satu benda, I will always choose you sayang. Abang akan pilih untuk lindung awak, untuk bela awak, to be your shield. Tapi macam mana abang nak buat semua tu kalau Dhiya pilih untuk sembunyikan apa yang sedang berlaku dekat Dhiya?"
"Isteri abang ni terasa hati dengan abang ya? Abang minta maaf." Lama ciuman dia dahi isterinya. Seraya dia melepaskan ciuman, terus rasa dirinya dipeluk kuat. Makin kuat esakan Faradhiya. Muka disembunyikan di balik leher suami, menghamburkan tangis lagi. Ghaz hanya tersenyum menggosok belakang badan Faradhiya. Memujuk isterinya. Manja Faradhiya ini, hanya dia yang tahu. Nasiblah lutut dia kuat lagi, boleh melutut lama-lama. Menunggu sahaja Faradhiya habiskan tangisannya.
"Dhiya minta maaf juga sebab belakangkan abang lepastu lari. Mesti abang malu bila abang paling lambat tahu. Dhiya minta maaf. Dhiya isteri berdosa." Pemohonan maaf Faradhiya diulang berkali-kali sambil diselangi esakan. Bersungguh-sungguh meminta maaf dengan Ghaz.
"Dhiya minta maaf." Ulang Faradhiya dengan sedu sedan tangisnya.
Selepas isterinya tenang dari esakan dan tangisan. Ghaz terus bangun berdiri, sekali gus menarik isterinya juga. "Jom makan, abang ada bungkus makanan tadi."
"Abang belum buka puasa ke?" soal Faradhiya terkejut.
"Abang berbuka dengan air tadi. Nak makan dulu tak ada selera, isteri lari." Jawab Ghaz selamba, mengusik. Namun, dia berpaling kepada isterinya yang tiba-tiba mati langkah. Mata isteri kesayangan yang kembali bergenang dengan air mata itu buat tawanya pecah.
"Dhiya minta maaf." Ucap Faradhiya lagi. Kasihan suaminya masih belum makan makanan berat. Rasa bersalah lagi.
Ghaz yang masih ketawa menarik isterinya kedalam pelukan. Erat. Tangan menggosok belakang badan wanita itu, memujuk lagi.
Alahai, isteri. Manjanya hanya dengan suami.
a/n: Jumpa hujung minggu ni!!!
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomansaCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
