a/n: Ampuuuun! Saya letih bercuti, harini baru sempat upload. Enjoy the updates!!!
Ghaz Ukasyah hela nafas berat sebaik sahaja perkataan terakhir keluar dari mulut Faradhiya. Skrin besar juga kembali kosong selepas pembentangan bukti wanita itu tamat. Kila yang juga turut terlibat dengan perjumpaan ini kerana dia yang bertanggungjawab untuk memastikan keaslian bukti-bukti yang dihantar ke Ghaz Ukasyah sebelum ini. Pekerjanya itu hanya tunduk diam selepas dibuktikan salah.
Selepas penerangan panjang lebar Faradhiya dan Tuan Wari, Ghaz Ukasyah diselubungi rasa bersalah. Nyata tindakan terburu-burunya dua hari lepas adalah tindakan yang sangat salah. Wajah suram isteri yang sedang mengemas barang-barang untuk pulang ke pejabat diperhatikan. Namun dia tahu yang salah faham besar ini tidak akan berlaku jika isterinya memilih untuk jujur.
Jadi sekarang perasaannya terbahagi dua. Serba salah dan terkilan.
"Safe to say it's all settled, yes?" Soal Tuan Rahmat, ketua peguam Armada.
"Between us, fortunately, yes. However, Equil still has some things to take care of regarding this issue. This is big for us." Balas Tuan Wari, ketua peguam Equil.
"Alhamdulillah, jadi kita boleh set date untuk perjumpaan seterusnya. Just to smooth things out." Ujar Tuan Rahmat. Perjumpaan ini akan tamat kerana objektif telah pun tercapai. Equil tidak pernah mengkhianati Armada.
Perlu ada perjumpaan susulan supaya usahasama yang retak ini kembali baik. Ketegangan antara Faradhiya dan Ghaz Ukasyah jelas dirasai oleh semua orang yang berada di dalam bilik itu.
"Saya tak akan lagi terlibat secara langsung dalam usahasama ini," umum Faradhiya, buat semua orang di dalam bilik mesyuarat itu terus kaku.
"Tuan Danial Faiz from Desa Resorts and Hotels will take over. Sepatutnya memang dia yang in charge memandangkan projek ni melibatkan pusat percutian, tapi saya yang minta sebab ini projek pertama saya sebagai CEO Equil. Tapi memandangkan benda macam ni berlaku, dan pihak tuan jelas tidak yakin dengan cara kerja saya dan kejujuran saya. Saya rasa lebih baik Tuan Danial yang ambil alih." sambung Faradhiya lagi. Sindiran yang terselit dalam penerangannya juga buat kening Ghaz Ukasyah sedikit berkerut.
Suasana di dalam bilik sunyi sepi, menanti respons Ghaz. Mata Ferhad sudah ke kiri dan ke kanan. Memandang wajah Faradhiya dan majikannya sendiri. Air liur ditelan paksa, tidak selesa dengan keadaan tegang ini.
"This could all have been avoided if you had been honest with me." Balas Ghaz Ukasyah. Memulangkan paku buah keras. Keruh terus riak muka Faradhiya sebaik sahaja mendengar responnya.
Tanpa membuang masa, Faradhiya bangun dari duduknya dan terus pergi tanpa sepatah kata lagi. Meninggalkan Aida yang tunduk dan senyum sambil berpamitan dengan pihak Armada.
Ghaz hanya memerhatikan sahaja Faradhiya beransur pergi dengan 3 orang pekerjanya, diiringi oleh Ferhad.
Sebaik sahaja bilik itu hanya diisi oleh pekerja-pekerjanya, Ghaz bangun dan menuju ke kepala meja. Fail-fail yang ditinggalkan oleh pihak Equil disentuh dan diselak sebelum tangannya mengetuk perlahan meja kaca itu.
Tuk.
Tuk.
Tuk.
Tuk.
Fail-fail dokumen asli yang di simpan di arkib rasmi Equil, yang dicuri hanyalah salinan Faradhiya. Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pengawal keselamatan yang menceroboh masuk ke bilik pejabatnya yang dibiarkan terbuka oleh cleaner pejabat.
Tuk.
Tuk.
Tuk.
Rakaman video pengakuan oleh cleaner tentang salah laku jenayah yang dilakukan juga turut disertai dengan pengakuan bertulis. Manakala pengawal keselamatan palsu masih diburu polis, wajahnya tidak jelas kerana bijak menyembunyikan muka dari sudut kamera.
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
