Bab 42

176 12 1
                                        

Pantas dia membuka telekungnya sebaik sahaja dia selesai berdoa. Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi, masa hingga Imsak dalam 40 minit lagi. Faradhiya membiarkan sahaja suaminya yang masih di atas sejadah dan keluar dari bilik tidur untuk menuju ke dapur, menghidangkan sahur. Dia tidak perlu menyediakan hidangan berat kerana dia dan suaminya hanya akan bersahur dengan overnight oat dan susu kurma sahaja.

Hari ini mereka suami isteri cuti untuk menyambut hari pertama Ramadan. Puasa pertama mereka sebagai suami isteri.

'Pagi ini sahur pertama, Maghrib nanti iftar pertama hehehe...' bisik Faradhiya dalam hati, teruja.

Peti sejuk dibuka dan buah mangga, kiwi dan strawberry dicapai. Dengan cermat dia memotong dadu kesemua buah-buahan tersebut kemudian di masukkan ke dalam dua mangkuk sederhana kecil yang terisi dengan kepingan oat yang telah direndam di dalam susu oat. Tekstur oat tersebut kini sedikit pekat seperti bubur. Menggunakan sudu kayu dia menuang sedikit madu ke dalam kedua-mangkuk tersebut. Selesai menghidangkan oat, dia mengeluarkan botol kaca yang terisi susu kurma yang telah disediakan oleh Cik Jah, tukang masak peribadi mereka.

Sebaik sahaja di selesai mengisi satu cawan air kosong sejuk, Ghaz turun dengan t-shirt dan berkain pelekat. "Thank you sayang, siapkan sahur." Ucap suaminya sebelum satu ciuman mendarat di ubun-ubun kepalanya. Usai sahaja membaca doa makan, mereka menikmati sahur dalam keadaan diam.

Tidak sampai 15 minit, mereka sudah selesai bersahur. Faradhiya membersihkan permukaan island table manakala suaminya mencuci mangkuk dan gelas yang digunakan mereka. "Nak ikut abang Subuh kat masjid tak?" soal suaminya semasa dia sedang meggantung tuala dapur.

"Nak." Jawabnya pantas. Maka bersiaplah kedua semua isteri itu untuk ke masjid. Faradhiya senyum teruja, Subuh dengan suami di masjid. Ramadan pertama mereka. Selalunya dia hanya Subuh di rumah, manakala Ghaz Ukasyah akan ke masjid. Ini kali pertama dia diajak sekali.

Tudung telekung disarung siap manakala kain pula dilipat dan dimasukkan ke dalam beg telekung. Dia juga membawa sebotol mineral sejuk untuk diminum sebelum masuk waktu. Dengan lafaz bismillah, Ghaz Ukasyah memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke masjid yang terletak lebih kurang 20 minit dari rumah mereka. Namun, jalan yang sunyi membolehkan mereka sampai lebih awal.

Subuh berjemaah di masjid buat hati Faradhiya rasa lebih terisi. Puas. Cukup. Tenang. Sambil menunggu suaminya keluar dari masjid, kuliah Subuh baru sahaja tamat. Sambil menunggu, dia bersandar di pintu kereta. Tangan dan mata fokus ke telefon pintar. Dia sedang memilih barang mentah yang dia perlu untuk hidangan berbuka. Satu demi satu ditilik.

"Lama ke tunggu? Sorry, bahagian lelaki ramai." Suara milik suaminya membuatkan dia terus panggung kepala. Ghaz Ukasyah dengan baju Melayu berwarna coklat gelap, berkain pelekat, dan bersongkok.

Handsome.

"Sayang?" panggil Ghaz selepas hairan melihat Faradhiya yang seperti mengelamun.

"Oh, sorry." Ucapnya selepas sedar yang dia terlalu asyik tengok muka suami sendiri. Menahan malu, Faradhiya cuba melarikan topik. "Abang nak makan apa untuk berbuka?"

Memilih untuk tidak mengusik, Ghaz buka pintu kereta untuk isterinya. Sebaik isterinya sudah selamat masuk ke dalam kereta baru dia menjawab soalan. "Tak kisah. Sayang nak masak ke? Nak berbuka kat luar pun boleh."

"Abang makan kambing kan?" soal Faradhiya lagi. Matanya masih tidak lepas dari memandang suaminya yang kini sedang memandu. Handsomenya, pujinya lagi di dalam hati.

Sebaik sahaja mendapat jawapan dari suaminya, jarinya pantas menyentuh skrin telefon pintarnya. Semua bahan yang di perlukan, dia pesan. Termasuklah bahan untuk dia buat manisan, untuk moreh. Pukul 3 nanti bahan-bahan tersebut akan sampai.

Telefon pintar dimasukkan semula ke dalam beg telekung, kini matanya kembali memerhati suaminya. Tidak habis dia memuji suaminya di dalam hati. Tidak tahu keberanian mana yang dia dapat untuk tenung suaminya lama sebegini.

Sedar yang dari tadi dia ditenung, Ghaz akhirnya bersuara. "Kenapa sayang?"

Lama sebelum soalannya dijawab. Mereka sudah masuk ke perkarangan rumah. "Abang janji dengan Dhiya boleh?"

Berkerut sedikit keningnya mendengar permintaan si isteri, "Janji apa?"

"Janji dengan Dhiya. Abang jangan pernah drive perempuan lain." Ujar Faradhiya dengan nada serius. Mata masih tidak lepas memandang suaminya yang telah siap menarik brek tangan. Kini pandangan mata mereka bertemu.

Lama mereka berbalas pandang, Ghaz Ukasyah sedang mencari sebab sebelum akhirnya dia faham maksud di sebalik permintaan isterinya. Lebar senyumannya sebelum dia melepaskan tawa. Terhibur dengan keletah isteri.

Comel.

***

Usai solat Asar, Faradhiya turun ke dapur. Daging kambing yang telah direndam di dalam air bersama dengan garam kasar dan lemon dibilas. Dia menghidu daging tersebut untuk memastikan tiada bau hamis sebelum memasukkan daging kambing itu ke dalam pressure cooker. Beras juga direndam ke dalam sebuah bekas. Kini, perhatiannya dengan pisau dan papan pemotong. Bahan-bahan yang diperlukan dikupas, dibersihkan dan dipotong kemas.

Selesai menyiapkan bahan, dia memasukkan bahan bancuhan coklat yang dia siap bancuh sebelum solat Asar tadi ke dalam pembakar. Sebaik sahaja pressure cooker berbunyi, dia mula menumis.

Bahan-bahan ditumis dengan minyak sapi sehingga naik bau. Kemudia dia memasukkan rempah nasi briyani, tomato puree, kiub pati daging dan sedikit air. Dikacau sehingga menjadi bentuk pes dan dibiarkan sehingga pecah minyak. Selepas rempahnya pecah minyak, dia memasukkan susu cair dan kemudiannya daging kambing yang sudah siap direbus.tadi. Separuh akan dimasukkan di dalam nasi dan separuh lagi akan masuk ke dalam kuah. Air dimasukkan begitu juga garam dan serbuk perasa. Sebaik sahaja air mendidih, dia memasukkan beras yang telah direndam dari tadi.

Dengan berhati-hati dia kacau sehingga semuanya rata sebelum memasukkan tiga biji telur rebus sebelum menutup periuk itu dan membiarkan nasi masak. Tanpa membuang masa dia terus menumis untuk kuah nasi briyani pula. Sambil menunggu kuahnya betul-betul masak, dia menyambung tugas memotongnya untuk menyediakan acar. Timun, lobak merah, bawang dan nenas dipotong sama saiz.

Semua bahan tersebut disatukan di dalam satu mangkuk kaca jernih. Cuka makan dan gula dimasukkan sebelum dia gaulkan semua bahan sehingga sebati. Cili merah yang dipotong kecil ditaburkan sebelum menutup mangkuk tersebut dengan plastik pembalut makanan dan menyimpan mangkuk tersebut ke dalam peti sejuk.

Puas hati dengan rupa kuahnya, dia mematikan api dapur. Brownies yang telah siap dibakar dan disejukkan dipotong dalam bentuk petak kecil dan dimasukkan ke dalam bekas. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 petang. Bunyi mesin vakum juga tidak lagi kedengaran. Suaminya dari tadi mengemas rumah. Mahu ikut ke dapur, Faradhiya larang. Dia masih sedikit malu selepas Ghaz tahu yang dia akan cemburu jika suaminya itu memandu wanita lain.

Selepas siap membasuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi, dia keluarkan set pinggan mangkuk lain untuk dilap. Set baru yang dia minta Ghaz belikan, dia mahu gunakan untuk buka puasa mereka yang pertama. Selepas berbuka puasa nanti, mereka akan ke masjid lagi untuk solat tarawih. Faradhiya tersenyum sendiri. Tidak sangka dia akan rasa seronok begini menyambut Ramadan bersama suami.

a/n: Filler chapter, see you next week!

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang