Ghaz Ukasyah hembus nafas dalam sebaik sahaja dia di dalam lif, membiarkan Ferhad menekan butang lif. Penat, tidak cukup tidur. Malam ini akan jadi malam ketiga dia tidur tanpa isteri. Tidur nyenyak bersama isteri dalam dakapan juga satu nikmat rupanya.
Dia baru sahaja selesai perjumpaan dengan client terbaru di restoran hotel, ditemani oleh Ferhad. Lunch appointment, namun client yang bukan muslim sahaja yang makan. Dia puasa. Mujurlah client ini tidak terlalu peduli tentang apa yang sedang dilalui syarikatnya sekarang.
Sesetengah rakan niaganya ada yang memandang buruk kepada Armada selepas isu dengan Equil heboh. Ada yang kata bahawa Armada tidak cukup bagus untuk Equil sehingga syarikat yang lebih muda berjaya merampas projek. Ada yang kaitkan dengan hubungan peribadinya dengan Faradhiya, kata mereka dia sejenis takut isteri. Pak turut.
Kepala yang serabut disandarkan ke dinding lif, membiarkan fikirannya melayang. Esok pagi dia akan menghadiri mesyuarat dengan Equil untuk perbincangan bersama. Masa yang diberi kepada Faradhiya akan tamat esok.
Ghaz sebenarnya dihimpit pelbagai rasa. Sampul yang diberi oleh Faradhiya kepadanya semalam telah dia buka. Di dalam sampul itu terkandung gambarnya berdua-duaan di lobi hotel dengan pekerjanya, Kila. Ketika itu mereka baru selesai tandatangan kontrak perjanjian, dan Ferhad pula ke tandas. Di dalam gambar-gambar itu, terpapar jelas Kila sedang menyentuh bahu, lengan dan dadanya. Ada juga gambar ketika Kila cuba membetulkan tali lahir.
Cubaan yang lemah untuk buat isterinya cemburu. Isterinya lebih tahu tentang hubungannya dengan Kila hanyalah sekadar majikan dan pekerja sahaja. Tidak pernah lebih dari itu, meskipun Kila terlalu selesa untuk menyentuhnya. Sekarang dia yakin, ada yang cuba merosakkan hubungannya dengan Faradhiya, secara profesional dan peribadi.
Namun dia telah terlanjur beremosi. Dia telah mendahului perasaannya sehingga dia terlanjur berkata-kata dengan isterinya di pejabat kelmarin. Ghaz mengeluh lagi bila teringat pergaduhannya dengan Faradhiya di pejabat.
"Kalau bukan Dhiya yang bagi siapa?! Kalau pekerja awak yang khianat kenapa ada tandatangan Dhiya?!"
Teringatkan tuduhannya pada Faradhiya buat dia mengeluh lagi.
Lif yang terhenti buat Ghaz betulkan cara dia berdiri. Ferhad juga berundur setapak, memberi ruang untuk orang masuk. Riak muka Ghaz berubah terus selepas melihat orang yang masuk ke dalam lif. Orang yang sama yang pura-pura prihatin dengannya di perkarangan masjid. Pemilik syarikat Alam Indah. Shauki.
Firasatnya kuat mengatakan yang lelaki ini bukan lelaki yang baik dan bersih. Shauki mendekatinya waktu di masjid bukan dengan niat yang baik. Latar belakang Shauki dan syarikatnya juga tidak jelas. Cara bagaimana syarikat semuda itu boleh dapat projek besar dari kerajaan juga boleh dipersoalkan. Dan sekarang, syarikat lelaki ini tiba-tiba sahaja dapat projek yang asalnya milik Armada. Dia tiada sebab untuk menyukai lelaki ini.
"Eh, tuan! Tak sangka jumpa kat sini? Lunch sini jugak ke?" Kepura-puraan jelas terdengar di sebalik nada teruja yang dilontarkan. Ghaz hanya rasa jengkel. Lelaki ini buat macam dia tidak puasa pula.
Tidak peduli dengan Ghaz yang hanya diam dan langsung tidak beri sebarang reaksi. Shauki buka mulut lagi, "Sorry lah tak bagitau kau masa kita jumpa haritu, bini kau sendiri larang." Ferhad angkat kening bila dia sedar kata nama panggilan kepada majikannya sudah bertukar dari tuan menjadi kau.
Ghaz terus ubah postur badan, kini menghadap Shauki apabila dengar isterinya disebut dalam perbualan ini. Shauki senyum menang, akhirnya Ghaz tidak boleh lagi buat dia seperti makhluk yang tidak wujud.
"Jujur, amanah, fathonah. Tiga sikap yang isteri aku ada dan kau tak ada." Balas Ghaz senada. Mata merenung tajam ke arah Shauki. Muka lelaki itu sahaja sudah cukup buat dia jengkel.
"Jujur? Macam mana bini hot kau jujur pasal projek yang dia buang kau dan pilih aku? Ke jujur pasal dia keluar dengan jantan lain?"
"Diam."
"Kau rasa bini kau tu jujur macam mana? Kalau benda besar ni pun dia boleh tipu kau, apa lagi? Kesian aku kat kau, bro. Bini kau tak peduli pun dekat kau. Itulah bro, nak pilih perempuan kau kena pilih yang bawah dari kau, bukan ikut muka je. Baru senang nak kawal, senang kau nak uli."
"Aku rasa lebih baik kau diam. Ke kau nak aku ajar kau macam mana nak diam?" Kata-kata yang berbaur amaran itu sekali lagi. Tangan dikepal kuat, menggelegak dadanya bila dengar isterinya dibualkan dengan biadab sekali oleh Shauki.
"Ajar? Kau nak ajar aku? Macam kau ajar bini kau jujur dengan kau ke? Tapi tak dapat dinafikan lah bini kau memang lawa. Luar dah tip top, dalam macam mana?" ejekan Shauki kali ini diselangi dengan tawa jahat.
Namun tawa itu mati begitu sahaja bila penumbuk Ghaz Ukasyah singgah ke pipi Shauki. Sekali tumbuk sahaja lelaki itu sudah rebah, terjelepuk di dalam lif. Tidak puas dengan itu, Ghaz mencekak kolar lelaki itu dan satu lagi tumbukan singgah ke pipi yang sama. Dengan mata yang mencerlung dipengaruhi amarah, tubuh lelaki yang sudah terduduk itu ditarik untuk berdiri semula dan dihenyakkan lelaki itu ke dinding lif dengan kuat.
Ferhad hanya memerhatikan dalam diam amarah majikannya, sedikit pun tidak cuba untuk menahan. Dia sebagai pekerja dan orang asing pun rasa marah apabila mendengar Faradhiya dibualkan secara biadab, apatah lagi Ghaz Ukasyah.
"Kau jangan berani sentuh pasal isteri aku, celaka. Nama dia pun kau jangan sebut." Rendah nada Ghaz, berbaur amaran. Kedua-dua tangannya kini kuat mencekak kolar Shauki, separuh mencekik. Muka Shauki yang sudah merah padam dan timbul urat di dahi itu langsung tidak dipedulikan.
"Tuan, kita dah nak sampai." Ghaz hanya diam, mata masih mencerlung melihat wajah Shauki yang masih tersenyum sinis. Biarpun ada darah yang keluar dari bibir lelaki itu. Mahu saja dia pijak muka lelaki itu sehingga padam senyuman sinis yang menyakitkan hati.
Merasai sentuhan di bahunya, akhirnya dia henyak badan itu sekali lagi sebelum dia lepas genggaman. Membiarkan lelaki itu melorot jatuh. Sebelum pintu lif terbuka, dan dia melangkah keluar seperti tiada apa-apa yang berlaku.
a/n: Jumpa minggu depan! Mwah mwah!!! ( ˘ ³˘)♥︎
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
