"Ya Allah, saya dengan sesungguhnya meminta perlindungan dari ketidakpastian masa depan, dari keputusan yang salah, dari sakitnya kenyataan, dari pahitnya kekecewaan, dari hati yang berbolak balik, dan dari pengkhianatan dan hasad dengki manusia. Ya Allah yang Maha Hidup yang Maha berdiri, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perelokkan urusanku kesemuanya, dan jangan kau biarkan nasibku pada diriku sendiri walau sekelip mata. Ya Mujib, saya memohon dengan sepenuh pergantungan supaya urusan saya dipermudahkan, ditunjukkan jalan yang benar, dan kebenaran dibuka. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganMu ya Allah."
Aida yang asyik membaca dokumen di atas lantai itu dalam diam turut mengaminkan doa majikan yang kusyuk di atas sejadah. Faradhiya lupa menutup pintu bilik solat jadi dia dapat mendengar bait-bait doa yang diselang dengan esakkan kecil.
Masih ada 5 kotak dokumen yang perlu dibaca oleh dia dan Faradhiya. Tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dalam bilik Faradhiya kecuali Aida. Hanya mereka berdua sahaja yang akan mengumpul bukti. Faradhiya tidak tahu pekerja mana yang mengkhianati syarikat dan berjaya menyebabkan rumah tangganya terganggu sekarang. Siapa dan berapa? Jadi sekarang lebih baik jika hanya dia dan Aida.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan keduanyanya masih tekun membaca dokumen di atas lantai. Dokumen yang sudah siap dibaca dan di semak diletakkan di satu penjuru bilik. Dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Equil tidak pecah amanah diletakkan di atas meja Faradhiya mengikut jenis projek.
"Aida."
"Ya, puan."
"Lagi 2 jam kita balik penthouse ya." ujar Faradhiya tanpa memandang pembantunya.
"Baik puan."
"Security dah hantar record CCTV?" soal Faradhiya lagi.
"First thing in the morning."
"Aida."
"Ya, puan."
"Terima kasih." terhenti mata Aida yang sedang laju membaca dokumen. Kepala diangkat untuk memandang Faradhiya. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.
"Glad to be of service, boss." balas Aida dengan senyuman. Tertawa kecil Faradhiya mendengar jawapan pembantunya.
35 jam kemudian...
Jam menunjukkan 11 malam. Faradhiya masih senyap membaca dokumen dan Aida diam memandang skrin komputer sedang menyunting rakaman video CCTV. Fail draf notis pemecatan dibuka di tetingkap sebelah skrin. Printer besar juga tiba-tiba berada di dalam bilik Faradhiya. Pagi tadi dia masuk pukul 7.30 pagi, printer itu sudah terpasang elok di bilik pejabat itu. Faradhiya pula sudah di atas lantai bersila membaca dokumen. Tidak tahu pukul berapa majikannya masuk pejabat. Dia bangun pukul 7 pagi tadi, penthouse sudah kosong. Mereka balik penthouse pukul 4 pagi, dia terus tidur tapi Faradhiya masih menilik komputer riba.
Kalau ada yang bertanya sekuat mana majikannya bekerja, mahu saja dia rakam dan tayang cara kerja Faradhiya. Bila ada projek besar atau masalah besar di syarikat, beginilah Faradhiya. Pejabat dan penthouse. Cuma ini kali pertama Faradhiya tidur di penthouse selepas berkahwin.
"CCTV records dah siap puan." lapor Aida sejurus dia lihat fail video tersimpan.
"Notice?" soal Dhiya tentang notis pemecatan.
"Printed and faxed to HR." hanya anggukan dari Faradhiya tanda dia mendengar laporan Aida. Tanpa berlengah Aida terus mengambil separuh dokumen yang berada di dalam kotak terakhir dan duduk bersila di atas lantai.
"I need to call the legal team." ujar Faradhiya kelam kabut apabila dia teringat yang dia perlu menghubungi bahagian perundangan.
"Assalamualaikum Wari. Have you compiled all the contracts that I need? Good, I need it on my desk first thing tomorrow. I also want to hear all the actions that we can take against them." Senyap sebentar suasana bilik Faradhiya mendengar jawapan dari Wari. Aida juga mengangkat pandang menunggu respon Faradhiya.
"I want them down, Wari. This is fraud, breach of contract, everything that we can file, file it. Wari, make sure to sue them for Malicious Falsehood. Make sure they don't have any cents left after we are done with them." keras arahan Faradhiya terhadap ketua jabatan perundangannya. Aida juga terdiam mendengar arahan Faradhiya.
Penat memegang telefon Faradhiya membuka pembesar suara. Muka berkerut mendengar jawapan Wari.
"You want to shut them down, ma'am?" soal Wari meminta kepastian. Fikiran Aida terus ke pekerja-pekerja yang bakal hilang kerja. Namun keputusan Faradhiya tidak akan berubah.
"Arahan saya tak cukup jelas ke?"
"Baik puan. We will shut them down."
"First thing tomorrow morning Wari. I want the files, and present your case." ujar Faradhiya sebelum panggilan ditutup.
"Puan..." panggil Aida perlahan.
"What they did is personal, Aida. It jeopardises my company, family name, reputation, and marriage. This is a planned attack with malicious intent towards me. Sebelum dia buat, dia patut tahu akibat." tajam pandangan Faradhiya. Melarang Aida dari bersimpati.
Suasana sepi. Kedua-dua wanita itu kembali bekerja dalam diam.
***
Tepat jam 8.30 pagi pintu bilik pejabat Faradhiya diketuk.
"Masuk, Wari." ujar Faradhiya dari mejanya. Mata yang tadi melekat di skrin komputer kini tertumpu ke wari yang masuk dengan bagasi kecil.
"We'll go over it at the table. Have a seat. Aida, switch." Arah Faradhiya. Aida bingkas bangun menuju ke meja Faradhiya dan menyambung kerjanya di komputer Faradhiya. Menyusun dokumen-dokumen mengikut projek untuk di emel kepada Armada dan kepada Wari untuk dijadikan rujukkan. Lebih kurang 3 jam sebelum tempoh masa tamat.
"You may begin." ujar Faradhiya sambil menghirup air mineral seraya dia melabuhkan punggung.
"These are the contracts. Saya dah baca dan semak, the term was clear between us and Armada. We did not breach any contract right, ma'am?" Soal Wari meminta kepastian. Anggukan dari Faradhiya memberi kelegaan.
"Then, we will have no problem disputing their accusations. These are the file cases. Documents fraud, breach of contract, malicious falsehood, and breaking and entering. We are going after them, ma'am." Terang Wari dengan tenang. Mahu majikannya ini yakin yang dia sudah akan mengambil tindakan yang keras terhadap dalang di sebalik semua ini. Alam Indah.
"You sure you can take them down right, Wari?" soal Faradhiya sambil membaca fail kes yang disediakan oleh Wari.
"I am confident, maam. We are going after them for all they have. As you requested, they will have nothing left after we are done with them."
"Aida will sent you all the documents you need before 9. You don't have to worry about the first meeting with Armada. We got that already. Just prepare your team for what you have shown me." ujar Faradhiya sambil menutup fail. Pantas tangan Wari menyusun semula fail-fail dan dimasukkan ke dalam bagasi kecilnya.
Satu fail diluncurkan kepada Wari. "In case they want to settle."
Pantas Wari melihat isi kandungan fail. Gambar, resit, report polis, draf artikel berita. Ini semua dokumen yang boleh digunakan terhadap pihak Alam Indah. Anggukkan diberi kepada majikannya.
"Wari." terhenti sebentar pergerakkan ketua jabatan perundangan itu.
"I want to win this." ujar Faradhiya senada. Mata pekerjanya ditenung tajam. Dia mahu Wari faham dan tahu.
"You will." balas Wari yakin.
"Good, see you there."
a/n: Banyak speaking sikit hehe
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
