a/n: Make sure baca ikut turutan tau. Takut notifications bab lain yang naik dekat awak dulu. Happy reading! (๑>ᴗ<๑)
"Kalau satu hari, tak ada orang yang berpihak dengan Dhiya, tak percaya dengan Dhiya, tak suka dengan Dhiya, abang ada?"
"Abang ada. Abang akan sentiasa ada. You will always have my utmost trust. I will always be on your side Dhiya. Always."
Suasana hening di dalam pejabat Fardhiya. Fail di hadapannya masih terletak elok, tidak diendahkan. Faradhiya hanya senyap memandang Ghaz yang tajam merenung. Cuba membaca riak suaminya.
Marah. Ghaz Ukasyah dikandung amarah.
Rasa ditipu. Dikhianati.
"Buka fail tu Faradhiya." arah Ghaz senada.
"Tak perlu. Dhiya dah tahu apa yang ada dalam fail tu."
"Semua?"
"Semua." Semakin berombak dada Ghaz mendengar jawapan selamba isterinya.
"Resit, screenshot emel-emel awak dengan Alam Indah, gambar-gambar awak dengan Adrian, proposal projek yang dicop dengan tandatangan awak, pelan bangunan, pelan lantai, pelan 3D yang awak sendiri luluskan. Semua proposal projek yang sepatutnya sulit. Semua?"
"Ya." jawab Faradhiya. Riak wajah suaminya berubah terus.
"Faradhiya!" tengkingan Ghaz Ukasyah itu merentap hati Faradhiya. Suaminya tidak percaya. Tidak yakin yang Faradhiya amanah. Hidungnya mula panas, riak muka cuba dikawal.
Melihat Faradhiya yang hanya diam, Ghaz Ukasyah meneruskan bicaranya, "Semua tu dah double checked. Authentic. Memang asli. Jadi memang betul lah Dhiya-"
"Tuan Ukasyah tuduh saya tak amanah ke?" keras intonasi Faradhiya memancung kata-kata suaminya. Kini giliran suaminya pula untuk terdiam.
"Siapa yang check authenticity dokumen-dokumen ni? Kila?" soal Faradhiya lagi. Dada kini berombak menahan emosi. Tangan yang berada di bawah meja dikepal kuat.
Keluhan kedengaran keluar dari mulut lelaki itu, "Dhiya sekarang bukan masa Dhiya nak cemburu."
"Cemburu? Siapa cemburu? Kita sedang bincang tentang salah laku saya sekarang kan? Pengkhianatan saya kepada syarikat tuan. Jadi saya tak ada hak ke nak soal keaslian dokumen yang ada di pihak tuan sekarang ni? Tak ada hak nak soal kredibiliti pekerja tuan yang bertanggungjawab untuk periksa semua dokumen yang kononnya bukti kukuh? Pekerja tuan yang terang-terang ada perasaan dekat tuan?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Faradhiya. Mujurlah bilik pejabatnya ini kedap bunyi, jika tidak satu aras ini akan dapat mendengar perbalahan mereka.
"Projek di Turki dan Vietnam tu sepatutnya projek Equil dan Armada. Kenapa hari ini abang dapat tahu yang ada pertindihan dengan Alam Indah? Siap ada resit, ada pelan, ada emel, ada proposal dengan tandatangan Dhiya. Semua proposal dalam tu proposal sulit Dhiya. Yang tahu pasal projek-projek tu hanya Equil dan Armada. Macam mana Alam Indah boleh dapat? Kalau bukan Dhiya yang bagi siapa?! Kalau pekerja awak yang khianat kenapa ada tandatangan Dhiya?!" makin tinggi nada Ghaz Ukasyah. Semakin ketat dadanya apabila isteri masih tidak menidakkan pertanyaannya.
"Jadi Tuan Ukasyah yakin? Saya yang pecah amanah? Saya yang tipu syarikat tuan? Saya langgar kontrak?" tajam matanya melawan pandangan Ghaz Ukasyah
"Abang tanya awak ni Faradhiya!"
"Abang tanya ke abang tuduh Dhiya?" naik seoktaf suara Faradhiya. Ghaz hanya diam tidak menjawab persoalannya. Hanya merenung penuh marah. Tubir mata Faradhiya terus terisi. Tekak terasa penuh dengan batu kerikil.
Ghaz Ukasyah sudah tidak percaya kepadanya.
"Abang tanya ke abang tuduh?!" makin keras suara Faradhiya menyoal suaminya.
"Fail ini bukti..."
"Bukti apa? Bukti yang Dhiya tipu abang? Bukti yang Dhiya penipu? Pengkhianat? Dhiya jahat?" bertubi-tubi soalan Faradhiya. Ghaz Ukasyah kini diam melihat riak muka isterinya. Jelas menunjukkan riak kecewa. Muka merah menahan perasaan.
Namun bagaimana dia harus yakin dengan isteri sendiri dalam situasi begini? Kalau betul ini satu kesilapan, isterinya pasti memberitahu pihaknya lebih awal. Jika syarikat Equil yang mahu batalkan usaha sama pasti syarikatnya akan dihubungi secara rasmi.
Jadi siapa yang harus dia percaya jika semuanya terbongkar dengan cara begini? Reputasi Armada dan dia sendiri sedang terpalit kotor. Dan semua jawapan ada dengan Faradhiya yang memilih untuk senyap dan berdalih.
"Dhiya..." Faradhiya mengalih pandang. Air mata yang gugur cepat diseka. Sakitnya bila suaminya sendiri tidak percaya. Semua orang boleh hilang percaya kepadanya, semua orang boleh bertukar pihak, semua orang boleh bersangka buruk kepadanya tapi bukan Ghaz. Bukan suaminya yang sudah berjanji.
Faradhiya sebenarnya betul-betul penat. Dari awal pagi tadi dia dihentam dari kiri dan kanan. Walid dan abang Dani sendiri datang untuk memarahinya. Sekarang, suami sendiri pula. Faradhiya sendiri tahu ini memang salahnya, tapi penat juga jika dia dihentam dari segala sudut.
Semua orang sedang marah dengan keputusannya untuk menyembunyikan perkara ini. Namun, mereka tidak tahu dia sedang berusaha untuk selesaikan semua ini tanpa perlu jadi sebesar ini. Dia betul-betul sedang berusaha untuk betulkan keadaan. Semua sudah hampir selesai tapi tiba-tiba perkara ini boleh bocor ke media.
"Tuan Ukasyah boleh balik." arah Faradhiya keras. Interkom ditekan.
"Puan?"
"Aida, Mr Ukasyah is leaving. I need you to come in as soon as he leaves." umum Faradhiya, secara tidak langsung mengusir Ghaz keluar. Tahu yang Ferhad juga boleh mendengar. Termasuk suaminya yang diam memerhati.
"Dhiya." sekali lagi nama isterinya disebut.
Padam amarahnya apabila sedar isterinya itu diam bukan kerana takut atau rasa bersalah. Isterinya diam kerana ingin melihat sejauh mana kepercayaannya. Cukuplah riak kecewa menjadi jawapan.
"Tuan Ukasyah boleh balik. Dalam masa 48 jam syarikat saya akan hantar wakil, emel dan fax segala dokumen dan bukti penafian. Kalau dalam masa 48 jam, syarikat saya masih diam. Tuan boleh fail report. Tuan boleh buka kes." habis sahaja ayatnya Faradhiya bangun menuju ke pintu pejabat. Tombol pintu bilik digenggam kuat, tanda yang dia mahu Ghaz cepat keluar.
"Dhiya dengar dulu, abang..."
"Tak perlu tuan. Cukuplah dengan apa yang saya dah dengar setakat ini. Saya sudah faham. Tak perlu tuan tarik balik. Saya sudah dituduh jadi sekarang saya hanya perlu bela diri. Jangan risau saya tak lari." Tajam bicaranya. Laci meja di buka dan satu sampul besar dikeluarkan. Dia bangun menuju ke pintu bilik pejabat yang terlindung di sebalik badan suaminya.
Ghaz Ukasyah hanya mampu mengeluh. Langkah diatur menuju ke Faradhiya. Namun belum sempat tangannya menyentuh Faradhiya, pintu ditarik buka dengan kasar. Tidak memberi peluang untuk Ghaz mendekati dan menyentuh dirinya. Sampul yang dipegang, ditekap kuat ke dada Ghaz Ukasyah.
"Saguhati." Sinis. Ghaz Ukasyah mengangguk diam, faham yang isterinya tidak mahu dia berada di sini lagi. Dia sendiri sudah terlanjur bicara kerana terlalu mengikut amarah. Mungkin selepas mereka berdua berjaya tenangkan diri, semua ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
"Saya minta izin kerja lewat dan tidur penthouse." ujar Faradhiya perlahan. Cukuplah dengan tuduhan hari ini, dia tidak mahu jadi isteri nusyuz pula. Terhenti langkah Ghaz yang sudah satu kaki di luar bilik pejabat Faradhiya. Anggukan diberi tanda kebenaran.
Sebaik sahaja suami dan pembantu suaminya keluar, Faradhiya terjelepuk ke atas kerusi pejabatnya sendiri. Air matanya tidak lagi ditahan. Seketika jika dia begitu sebelum dia mengelap kasar pipi yang basah. Nafas di ambil dalam, menngumpul kekuatan.
"Come in, Aida." Arahnya melalu interkom.
Dia harus buktikan yang dia tidak bersalah.
a/n: Leave some votes and comments (˶˃ᆺ˂˶)
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomansaCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
