Bab 44

94 8 0
                                        

Hari Ghaz Ukasyah berjalan seperti biasa sehingga muncul ketukan di pintu bilik pejabatnya. Berkerut sedikit dahinya, hairan. Sepatutnya tiada apa-apa temujanji lagi untuk hari ini, dia juga sudah berjanji untuk berbuka di luar dengan isterinya.

"Bos," Ferhad, pembantu peribadinya muncul di muka pintu dengan air muka yang keruh. Kila, peguam yang bekerja di bawahnya juga turut berada di belakang Ferhad. Makin bertambah tanda-tanda amaran di dalam fikiran Ghaz bila Ferhad menutup rapat pintu bilik pejabatnya. Dia pasti, hanya berita buruk yang akan dia dengar.

"Ada tip off, Equil pilih untuk kerja dengan Alam Indah untuk projek kita." Tegak posisi badan Ghaz Ukasyah sebaik sahaja dia mendengar berita yang disampaikan oleh pembantunya. Sampul bersaiz A4 berwarna coklat yang berada di dalam tangan Ferhad dipandang tajam.

"Projek yang mana satu?" soal Ghaz, meminta kepastian.

"Turki dan Vietnam."

"Dua-dua?"

"Ya, bos." Pengesahan dari Ferhad buat Ghaz hulur tangan, meminta sampul yang Ghaz pasti mempunyai bukti atas semua dakwaan ini.

Bila dia lihat dan baca isi kandungan sampul itu, tangannya laju sahaja mahu mencapai telefon pintarnya. Mahu menghubungi Faradhiya, meminta kepastian. Meminta penjelasan. Bagaimana projek yang telah ditandangani kontrak, tiba-tiba sahaja boleh jatuh ke tangan orang lain?

"Alam Indah ni siapa?" soal Ghaz. Dia tidak kenal dengan nama syarikat yang dikatakan telah menggantikan Armada ini.

"Development company. Established more than 5 years ago." Jawab Ferhad yang memerhatikan majikannya dengan perasaan risau. Apa yang berlaku sekarang ini bukan perkara kecil. Ini boleh mengganggu hubungan profesional dan peribadi majikannya. Ghaz Ukasyah memang dikenali sebagai bos yang tenang dan chill. Sangat jarang untuk lihat COO Armada itu marah.

Namun selepas lebih 4 tahun dia bekerja dengan Ghaz Ukasyah, dia tahu. Majikannya tidak akan sesekali bertolak ansur jika ada hal yang melibatkan keluarga. Pernah ada satu kejadian di mana Ghaz batalkan usahasama dengan satu syarikat kerana wakil syarikat itu berseloroh yang Ku Ghazali mungkin akan berkahwin satu lagi terlebih dahulu sebelum Ghaz Ukasyah menamatkan zaman bujangnya. Perjumpaan itu dihentikan serta merta dan wakil syarikat itu dihalau keluar. Walaupun orang itu adalah kawan lama Ku Ghazali.

Jadi dia sendiri tidak pasti apa respon majikannya terhadap perkara ini.

"Alam Indah pernah ada projek dengan Equil ke sebelum ni? Any history with Equil?" soalnya kepada Ferhad lagi.

"Tak pernah ada, bos." Jawapan dari Ferhad makin mengelirukan Ghaz Ukasyah. Jadi jika ini dibuktikan betul, atas alasan apa Equil mahu bekerjasama dengan Alam Indah? Mengapa jika mahu kontrak dibatalkan, tiada siapa dari pihak Equil yang menghubungi pihaknya?

"Kila, I want you to verify these documents. Find any signs of forgery. I want to ensure authenticity before I do anything," Arah Ghaz sambil menghulurkan sampul itu kepada Kila. "Make sure nobody knows." Tambah Ghaz lagi.

Tiada siapa boleh tahu tentang perkara ini. Dia perlu pastikan semua dokumen yang diterimanya itu asli. Sebaik sahaja Kila keluar dari bilik pejabatnya, dia melepaskan nafas dalam.

"Siapa yang tip off?" soalnya kepada Ferhad.

"Anonymous. Dia tulis alamat penerima saja." jawab pembantunya. Tidak senang duduk, Ghaz bangun namun dia masih terpaku di belakang mejanya. Tangan mengenggam tubir meja kuat. Mata tidak lepas dari memandang telefon pintarnya.

Mahu sahaja dia hubungi isterinya sekarang ini. Namun, dia risau jika apa yang dia dapat ini satu bentuk penipuan yang cuba untuk merosakkan hubungan Armada dengan Equil. Hubungan Ghaz dan Faradhiya.

Nafas di ambil dalam, cuba menenangkan diri sendiri dari bertindak terburu-buru. Dia perlu percaya dengan Faradhiya, isterinya. Tidak mungkin isterinya akan mengkhianati dia begini. Dia yakin yang isterinya akan jujur dengan dirinya.

"Ferhad."

"Ya, bos."

"Saya sendiri akan tanya Faradhiya. She will tell me the truth. So, make sure no one knows about this. No one can know until we have confirmed the authenticity of the documents. Faham?" Arahnya kepada Ferhad, wajah pembantu dipandang lama. Dia yakin yang Ferhad akan melaksanakan arahannya dengan baik. Pembantunya tidak pernah gagal dalam menjalankan tugas.

"Baik, bos."

"Saya ada appointment apa-apa lagi ke lepas ni?" soal Ghaz Ukasyah. Dia perlu mencari ketenangan untuk hadapi ujian yang tiba-tiba ini.

"Tak ada."

"Saya keluar office dulu, Asar di masjid. Saya tak balik office dah hari ni." Pesan Ghaz kepada pembantunya. Blazer yang tersangkut di dalam almari sebelah mejanya, di ambil dan disarung. Gugusan kunci, dompet dan telefon pintarnya dicapai sebelum dia melangkah keluar.

***

Suasana di ruang makan privasi itu sunyi. Ghaz dan Faradhiya masing-masing diam. Fikiran Ghaz teringat dengan kejadian petang tadi di luar masjid. Dia di tegur oleh seorang lelaki di kawasan parkir masjid.

"Tuan Ghaz Ukasyah?" teguran itu buat Ghaz Ukasyah toleh kepala, mencari tuan suara. Kelihatan seorang lelaki yang berdiri di pintu kereta yang terparkir di sebelah keretanya. "Saya Shauki." Lelaki itu memperkenalkan diri.

Tangan lelaki itu dijabat kemas, dia menganggukan kepala dan beri satu senyuman formal. Dia tidak kenal lelaki ini.

"Kita pernah jumpa ke?" soal Ghaz kepada lelaki yang bernama Shauki itu.

"Ada jumpa dua tiga kali di konferens, tapi tuan tak perasan kut," jawab lelaki itu dengan senyuman lebar. Belum sempat dia mahu beralih pergi, lelaki itu sambung lagi. "Tuan, okey ke? Nampak macam ada masalah sikit."

Ghaz hanya senyum nipis sebelum menjawab. "Biasalah, kerja. Saya pergi dulu. Ada appointment. Assalamualaikum." Ujar Ghaz Ukasyah sebelum dia melangkah pergi tanpa menunggu balasan dari lelaki itu. Namun, dia belum sempat dia menukar gear, satu bunyi notifikasi dari telefon pintar mengalih perhatiannya. Bunyi notifikasi emel.

Pantas dia memeriksa jika emel itu berkaitan dengan kerja atau emel mustahak. Namun, emel yang dihantar oleh pengirim yang tidak dikenali itu hanya terisi dengan fail gambar beserta satu tarikh.

Isi kepalanya penuh dengan soalan terhadap isteri yang saat ini juga kelihatan tenggelam dengan fikiran sendiri. Fail yang diterima di emel peribadinya berisi dengan gambar. Gambar-gambar isterinya dengan Tengku Adrian di sebuah restoran. Namun selepas diperhatikan, dia kenal itu adalah kafeteria Equil. Gambar tersebut bertarikh beberapa bulan yang lalu, sebelum Faradhiya demam lagi.

Wajah isterinya ditenung lama, wanita itu masih belum habis makan. Apa lagi yang isterinya dia sembunyikan?

Bunyi garfu dan sudu diletak memaksa berhenti Ghaz dari terus menatap wajah isterinya. Makanan yang berada di dalam pinggan isterinya masih lagi tersisa separuh.

"Sayang betul ke tak ada apa-apa nak bagitahu abang?" soalan yang di tanya di dalam kereta tadi diulang lagi. Dan apa bila dia mendapat jawapan yang sama dari isterinya, Ghaz Ukasyah hanya mampu simpan rasa kecewanya.

Kedua, Faradhiya dah biasa sendiri, jadi kamu perlu sabar tunggu dia buka ruang untuk kamu. Ada masa dia mungkin lupa yang dia sekarang dah bersuami, jadi ada keputusan yang dia perlu bincang dengan kamu.

Nasihat dari walid timbul di fikirannya, namun seberapa lama lagi dia harus tunggu. Tidak layakkah dia untuk menerima kepercayaan isteri sendiri?

a/n: Leave some votes and comments loviessss

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang