44- TK

97 1 0
                                        

KIRA-KIRA sudah 8 hari Ivan tidak sedarkan diri. Jannah masih tidak dapat kebenaran untuk bercuti walaupun telah bermati-matian membuat pemohonan. Pihak hospital memberikan alasan bahawa mereka kekurangan kaki tangan hospital sehingga mereka tak dapat meluluskan cuti gadis itu. Hari ini Amila sudah kembali bekerja , dia juga dipanggil kembali bekerja walaupun sedang bercuti.

"Kau rasa Ivan boleh survive ke ?" Ujar Jannah.

"Dari pandangan mata kasar aku rasanya tak, tapi dengan kuasa Allah ada kemungkinan Ivan akan sedar. Sabar sikit lagi ye Anna, aku tahu Ivan kuat. ""Balas Amila sebersalah.  Walau pada lazimnya dia sendiri sudah tidak meletakkan harapan kepada kesembuhan Ivan.

"Dia mesti nampak sakit sangat kan Amila? Kita paksa dia hidup ke? "Tanya Jannah.

"Kita tak paksa tapi dia yang kuat. "Ucap Amila , cuba memujuk hati gadis itu.

Jannah melepaskan nafas berat. Dia menghirup sedikit kopi panas nya sebelum mereka sambung bekerja.

Kata Amila, ahli sepasukan Ivan pun sudah mula kembali bekerja. Ada kemungkinan besar mereka akan berlayar kali ini tanpa Ivan disisi jika Ivan masih tidak sedarkan diri.

Zaryan juga semakin membesar, semakin laju kakinya melangkah sewaktu Jannah baru mengajarkan nya bertatih. Semangat nya kuat seperti baba dia..

Rindu, rindu yang teramat sakit apabila kita tidak dapat bertemu dengan orang yang kita sayang.

••••

"Anak umi dah sedar? "
" Alhamdulilah , ya Allah terima kasih ya Allah. " Ucap wanita itu serta merta memeluk tubuh anak lelaki nya yang masih terbaring.

Tidak sampai beberapa minit, datangnya beberapa orang dokter dan jururawat untuk memeriksa keadaan Ivan. Waris pesakit diarah keluar sebentar bagi memudahkan urusan pihak perubatan.

Tidak menunggu lama , Puan Adibah langsung menghubungi Jannah yang jauh di utara bagi memaklumkan hal ini namun tiada balasan yang mereka terima. Jannah tidak menjawab panggilan kerana sibuk dengan tugas hakiki.

"Alhamdulillah , anak tuan dan puan berada dalam keadaan yang stabil. Sukar untuk saya tafsirkan keajaiban yang sedang berlaku, tapi apa pun alhamdulillah syukur terhadap rezeki yang tuhan berikan. Kita akan pantau beberapa hari , kalau tiada apa-apa insha Allah anak tuan puan boleh discharge. "Ucap Dokter Zanita sebaik sahaja dia keluar menghadap ibu bapa Ivan.

Syukur yang tidak terhingga di hadapkan ke ilahi. Segala kejaiban yang berlaku semuanya kebaikan dari dia yang satu.

Mereka berdua masuk semula ke bilik anak lelaki mereka , tanpa sebarang kata sekali lagi Puan Adibah memeluk erat tubuh anak lelaki nya.

"Syukur nak, syukur alhamdulillah. " Ucap Puan Adibah sambil memeluk tubuh anak lelakinya erat. Suami di samping nya sudah menitiskan air mata dalam diam.

"Syukur , Allah tak ambil kamu macam mana Allah ambil Qiesya dari umi.. "Ucap wanita itu lagi.

"Alhamdulillah.. "Hanya itu yang termampu di ucapkan oleh Ivan dari bibirnya. Tersedar dari koma yang lama seolah-olah terbangun semula dari kematian , seolah-olah mendapat peluang kedua untuk hidup kembali di muka bumi ini.

Momen bahagia itu dihabiskan dengan air mata, air mata penungguan yang tidak sia-sia. Bahagia nya mereka, tiada ucapan yang dapat digambarkan betapa syukur nya dengan keajaiban yang berlaku.

Takdir Kita ( OG ) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang