KEADAAN di ruangan kecemasan hospital di Kedah pula berbeza.
Dari pukul 7 pagi tak henti-henti kes baharu masuk, memandangkan hari ini hari sabtu jadinya semua kes akan dihantar ke hospital kerana klinik kerajaan bercuti.
"Dokter , patient ni datang dengan penuh darah. "Ucap salah seorang jururawat kepada Jannah.
Jannah sedikit terkejut apabila melihatkan keadaan kanak-kanak yang berada di atas kerusi roda itu sudah dipenuhi darah di seluruh tubuhnya.
"Accident ke kak ?" Tanya Jannah kepadanya sambil memeriksa setiap inci tubuh kanak-kanak itu.
"Tak dokter, saya rasa dia kena dera la. Sebab yang bawak dia datang sini orang awam, bukan mak ayah dia.. "Balas jururawat tersebut.
"Orang awam? "Tanya Jannah semula, hairan.
"Ye dokter, ada orang awam jumpa dia dah penuh darah berjalan seorang diri dekat lorong rumah. Tak tahu anak siapa, diorang pun masih mencari waris dia. "Balas nya tidak pasti.
"Tak apa lah kak, kita settle dulu nanti kalau waris dia datang kita terangkan keadaan dia. "Ucap Jannah sambil mendukung kanak-kanak lelaki itu untuk diletakkan ke atas katil.
Jururawat itu tidak menunggu , dia terus bergegas mengambil rak cecair untuk cucian segala luka dan darah pesakit.
Jannah memeriksa keadaan pesakit sementara itu dia meminta agar staf lain menghubungi dokter dari bahagian pediatric ( kanak-kanak) untuk datang memeriksa keadaan pesakit.
Tak sampai beberapa minit dokter Haidan tiba di ruangan kecemasan, setelah mendapat panggilan dari mereka.
"Dokter, ni patient nya. "Ucap Jannah sebaik sahaja dia melihat lelaki itu tiba.
"Keadaan dia macam mana? "Tanya dokter itu sambil melihat tubuh kanak-kanak itu.
"Blood preasure normal, pulse litte bit high , ocxygen 93%. "Ucap Jannah.
"Give him oxygen first and after that we will take him for x-ray. Call the radiology unit now and inform to them. "Ucap dokter Haidan tegas.
"Tapi dokter, kita tak perlu tunggu waris dia ke? "Tanya Jannah sambil memasangkan tiub pernafasan pada kanak-kanak itu.
"Kita tak perlukan kebenaran sesiapa untuk menyelamatkan nyawa. One more thing, get him drip normal saline 100ml. Dah habis , tell me. "Arahnya sebelum meninggalkan Jannah dan jururawat itu melaksana tugas mereka.
Jannah dan jururawat bernama Dhia itu hanya memandang sesama sendiri dan mereka hanya berbalas senyuman sebelum meneruskan tugas mereka dalam merawat pesakit itu.
Manakala keadaan di Sabah pula menjadi semakin tegang apabila dokter memberi tahu kadar oksigen Ivan makin menurun.
Setelah beberapa minit dokter Zanita menjelaskan keadaan Ivan kepada Amila , kini giliran Amila pula untuk menerangkan hal itu kepada keluarga Ivan dengan lebih teliti dengan bahasa yang mudah di fahami mereka.
Sebelum gadis itu mula berbicara, dia mengambil sedikit waktu dan menghela nafas berat.
"Dokter Zanita bagitahu yang Ivan mungkin akan mengalami hipoksia otak akibat menurunan oksigen yang drastik pada tubuh badan dia. Tetapi buat masa sekarang mereka akan masukkan ubat sejenis cecair untuk membantu saluran penafasan Ivan agar lebih luas dan mudah untuk oksigen keluar masuk. Kita banyakkan berdoa yaa.. "Ucap Amila panjang lebar.
Kini mereka semua terdiam, Aryan , Danny , ummi dan abah Ivan hanya mempu terdiam.
"Apa effect nya kalau terjadi hipoksia otak tu Amila ? "Tanya Danny.
"Hilang ingatan untuk sementara waktu , mengurangkan daya pemerhatian , kesukaran menggerakkan tubuh badan dan.. Kematian.." Balas Amila lemah.
Sekali lagi , jawapan itu telah membuatkan Puan Adibah jatuh terduduk ke muka bumi, nasib sahaja suaminya sempat menyambut tubuhnya sebelum dia tertuduk ke lantai.
Amila mula rasa sebersalah, iya benar dia dokter dan dia juga selalu menghadapi hal sebegini tetapi kali ini lain. Apabila ianya melibatkan orang yang kita kenali, perasaan itu akan lain.
Danny mendekati Amila dan dia mencuit sedikit hujung baju gadis itu, memberi isyarat mahu bercakap berduaan dengannya.
Amila hanya menuruti dan mengikuti langkah lelaki itu sehingga mereka tiba di koridor hospital.
"Jannah dah tahu ke pasal ni? "Tanya Danny.
Amila hanya menggelengkan kepala, tanda belum.
"Bila Sya nak bagitahu dia? "Tanya nya lagi.
"Entah la, berat hati nak bagitahu. "Balas gadis itu lemah.
"Kebiasaan nya kalau pesakit macam Ivan ni, boleh survive ke? "Tanya nya lagi.
Kini Amila mengambil sedikit masa untuk memberikan jawapan.
Dan pada akhirnya, gadis itu menggelengkan kepalanya perlahan.
"Ivan sebenarnya dah mengalami hipoksia otak.. Sejak awal dia koma, saya tahu ni mesti hipoksia otak. "Ucap Amila sebersalah.
"Tapi tadi awak cakap kemungkinan kan? Why sekarang awak cakap dia dah pun mengalami nya? "Tanya Danny , dia semakin hairan.
"Saya sebersalah dengan umi dan abah Ivan. "Ucap gadis itu sambil pandanganya sudah turun ke lantai.
Danny menghembuskan nafas berat, sukar untuk dia terima sekiranya Ivan tidak dapat diselamatkan. Pekara ini semuanya berpunca daripada dirinya sendiri.
"Tapi kebiasaannya pesakit yang koma akan ada peratus untuk kembali sedar kan? "Tanya nya.
"Ada , tapi terlalu sedikit. Kalau keadaan Ivan tidak membaik mungkin hal ini boleh menyebabkan kematian otak pada Ivan kerana oksigen tak sampai ke otak dan organ-organ lain. Kematian otak akan buatkan dia bergantung hidup pada mesin hayat sahaja. "Balas Amila jujur.
"Kalau Ivan sampai ketahap mati otak, itu bermakna dia tak akan dapat diselamatkan ? "Ujar lelaki itu lagi.
Amila sekali lagi mengangguk lemah dengan pertanyaan itu.
Danny meraup wajahnya, rambut diserabaikan tanda fikirannya kusut.
"Tak kan la tak ada ubat langsung ? Habis tu korang jadi dokter belajar 6 tahun buat apa je? End up patient mati jugak, sia-sia je belajar. "Ucap Danny dingin , jujur fikirannya terlalu kusut saat ini.
Amila tersentak, dia juga terdiam mendengarkan ucapan lelaki itu.
"Kami ni hanyalah perantaraan diantara Allah dengan manusia. Allah hantar kami untuk membantu manusia dari segi perubatan , kami ni hanyalah bantuan yang dihantar oleh Allah untuk manusia dari segi nyata. Kesembuhan tu tetaplah dari dia yang maha esa. Kami dokter, tiada kuasa magic untuk sembuhkan semua orang. Saya mewakili seluruh staf perubatan nak meminta maaf sekiranya perkhidmatan yang kami beri tidak melepasi ekspetasi awak sebagai manusia.. "Ucap Amila panjang lebar sebelum dia meninggalkan Danny berseorangan.
Jujur hatinya terkesan dengan ucapan lelaki itu, tetapi dia cuba memahami keadaan yang melanda lelaki gagah itu.
Buat kali pertamanya , dia melihat lelaki gagah itu hilang kepercayaan diri dan mempersoalkan takdir dan ujian yang terjadi kepadanya.
Dengan berat hati, Danny membiarkan gadis itu pergi meninggalkannya. Dia tahu dia telah melakukan kesilapan, tetapi dia juga sedang kusut saat ini.
Pelbagai persoalan terbit dalam fikirannya saat ini , bagaimana jika Ivan tak dapat bertahan? Mampu kah dia terima segala ujian ini? Mampu kah ya Allah?
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...
