Melaka.
"AULIYA pergi dulu ya umi.. Kalau ada apa-apa umi beritahu Auliya cepat-cepat tau. "Ucap Jannah mesra sambil memeluk tubuh wanita itu erat.
"Auliya jaga diri ya dekat sana, kalau ada apa-apa terus beritahu umi juga ya.. Jaga diri kamu baik-baik ya. "Balas wanita itu sambil tersenyum manis.
"Baik umi.. Auliya gerak dulu ya, umi dan abah jaga diri tau. Kalau Auliya dapat cuti lagi , nanti Auliya balik sini lagi ya. "Ucap Jannah sambil mengambil Zaryan dari dukungan Encik Zaidi.
"Iya Auliya, kamu tu jaga diri baik-baik. Terima kasih ya sudi jaga cucu abah.. "Ucap Encik Zaidi mesra.
"Abah jangan cakap macam tu, Zaryan kan anak Auliya.. "Balas Jannah sambil tersenyum manis.
"Iya la Auliya.. Pergi balik cepat, nanti jem pula jalan. "Ujar Puan Adibah.
"Iya umi.. Auliya nak singgah jumpa papa kejap lepastu baru gerak balik Kedah. "Ucap Jannah sambil meletakkan Zaryan di carseat baby di kerusi bahagian belakang tempat duduk penumpang.
"Iya lah, hati-hati dijalan. "Pesan Encik Zaidi.
"Erm..Umi abah kalau Ivan ada call nanti bagithu Auliya ye. Risau pulak rasanya.. "Ucap Jannah tiba-tiba.
"Iya la nak, jangan difikirkan sangat. Nanti kalau ada apa-apa , umi beritahu ya. "Balas wanita itu lemah lembut.
Mereka berpelukan buat kali terakhir sebelum Jannah masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.
Sebelum tayar kereta bergolek, mereka sempat berbalas lambaian buat kali terakhir.
Tidak sampai beberapa minit dari rumah keluarga Ivan, terletaknya lokasi tanah perkuburan islam, tempat bersemadinya arwah papa Jannah.
Dia memakir kereta di depan pintu masuk perkuburan, dia bergerak keluar dari kereta dan mengambil Zaryan di tempat duduk belakang dan didukung di di lengan kirinya.
Dia mengunci pintu kereta sebelum kakinya melangkah masuk ke tanah perkuburan islam itu.
Hanya mengambil beberapa minit untuk Jannah tiba di kubur arwah ayahnya. Setibanya dia, dia terus memberi salam kepada ayahandanya.
"Assalamualaikum, papa.. Anak papa datang ni, dengan cucu papa.. "Ucapnya mesra sambil mengusap perlahan batu nisan arwah ayahnya.
"Kakak rindu dekat papa.. Ni Zaryan pa, anak kakak.. Zaryan Ridwan namanya. "Ucap gadis itu lagi sambil mengemaskan kubur arwah ayahnya.
"Kakak tak boleh lama, kakak nak balik Kedah kena teruskan kerja. Papa dah jumpa ibu ke? Mesti korang dah sweet-sweet berdua dekat sana kan? "Ucapnya lagi , kini bertemankan tawa kecil.
Selepas beberapa minit dia meluang masa dengan 'papa' nya, kini dia berpamit pulang.
"Kakak pergi dulu pa.. Assalamualaikum."Ucap Jannah sebelum kakinya melangkah keluar dari tanah perkuburan itu.
Setibanya dia di kereta, dia terlebih dahulu meletakkan Zaryan di baby carseat nya. Seterusnya, dia menempatkan diri sendiri di tempat pemandu kereta sebelum tayar kereta mula bergolek meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.
••••
Hospital Queen Elizabeth , Sabah.
Akibat kecederaan yang serius pada tubuh Ezrishah dan Ivan, mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan penuh.
Setibanya helikopter itu di bumbung hospital, pihak perubatan memberikan rawatan segera kepada Ezrishah yang tercedera di kaki akibat terkena tembakan dari pihak musuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...
