JANNAH memegang kakinya yang sudah mula merasa kesemutan akibat bekerja terlalu kuat tanpa rehat. Berlari kesana kesini mengejar waktu untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit.
"Rest dulu Anna, kau pun muka dah pucat ni. "Tegur dokter Qistina , salah seorang dokter yang bertugas pada shift malam.
" Kaki aku kebas. "Balas Jannah ringkas sambil menahan kesakitan kakinya.
"Rehat dulu , aku take over patient kau. Kau take five dulu. "Ujar gadis itu sebelum meninggalkan Jannah seorang diri di bilik rehat mereka.
Jannah hanya sempat mengangguk sebelum gadis itu keluar dari bilik tersebut.
Jannah bersandar pada dinding bilik, menarik nafas dalam mahu melepaskan rasa penat yang terbuku di hati. Dia bekerja selama 32 jam tanpa henti , jangan kan berjumpa Zaryan , makan dan minum pun dia tak sempat nak jamah.
Tiba-tiba air matanya mengalir sendiri, meluah kan rasa penat dan rimas dengan keadaan saat ini. Otak risaukan anak di rumah pengasuh , hati pula runsing dengan memikirkan keadaan Ivan yang masih tiada khabar.
Jannah mengesat air matanya lalu dia bangkit dan menuju ke singki untuk membasuh muka. Selesai menyegarkan diri , dia keluar dari ruangan rehat dan kembali bekerja memeriksa pesakit yang baru tiba.
Wajahnya pucat tanpa solekan , hanya tudung sarung pink belacan yang disarung dan dipadankan dengan scrub bewarna maroon dan kasut sarung bertutup bewarna khaki dipasangkan.
"Dokter !! Code Blue !! "Teriak seorang jururawat dari pintu masuk ruangan kecemasan hospital.
Jannah menarik nafas berat sebelum kakinya melangkah , berlari mendekati pesakit yang dibawa masuk.
Roh nya seakan-akan terkeluar 3 saat dari jasad, terkejut apabila dia melihat keadaan pesakit yang sudah berlumuran darah, tempurung kepala sudah retak dan kulit kepala terkoyak , wajahnya sudah dipenuhi darah pekat sehingga jatuh menitik titisan darah itu pada lantai hospital.
"Code Blue !! "Kali ini giliran Jannah pula menjerit memberikan laporan kepada petugas perubatan yang lain.
Segera mereka tolak pesakit itu masuk ke zon merah , diringi beberapa orang dokter dan jururawat.
"Inform neurosurgeon unit now ! " Arah Jannah pada mereka.
Mereka mengangguk kepala tanda faham dengan arahan yang diberikan.
Pantas dan cekap tangan semua jururawat dan pembantu perubatan membersihkan darah yang mengalir pada pesakit.
"Jannah, how ?" Tanya dokter Anita sebaik sahaja dia tiba di ruangan zon merah.
"Blood preasure unnormal , pulse drop , oxcygen drop , can't survive . But we have to do MRI first , doctor Anita. "Ujar Jannah sambil tangannya sudah menggeletar.
"Okay thank you doctor Jannah, good job. Inform to the radiology unit now , we go there. "Jawab doctor Anita tenang.
"Calm down yourself Jannah , i will take this. "Ucap doctor Anita lagi sebelum beredar membawa pesakit ke jabatan radiologi.
Jannah cuba mengawal pernafasannya agar kekal stabil , dadanya naik turun mengawal nafas. Dia mula berpeluh , lengan bajunya yang sudah dipenuhi darah dia lihat dan terdiam seketika. Sudah lama dia tak jadi begini, terakhir kali adalah sewaktu kematian ibunya.
Dia membawa diri keluar dari ruangan kecemasan , dia membawa diri ke lobi hospital. Melihatkan lobi hospital yang dipenuhi orang membuatkan dia semakin serabut , pelbagai persoalan terbit dalam akal fikirannya saat ini. Lebih banyak negatif dari positif.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...
