46- TK

125 2 0
                                        

"SAYA pilih.. " Ucapan Jannah terhenti apabila Endrin tiba-tiba menyampuk.

"Pilih saya kan dokter cantik? "Ujar Endrin bergurau.

Jannah hanya tersenyum dan tertawa kecil akan lucuan yang dibuat oleh lelaki itu.

Manakala Aryan dan Ivan sudah memberikan pandangan maut kepada Endrin.

"Kau memang meminta kan Endrin Hakimi ?" Ujar Ivan sambil nada suaranya ditegaskan.

"Memang sial la kau ni. "Ucap Aryan pula sambil memberikan pandangan tajam pada lelaki itu.

"Hah? Sorry tuan-tuan berdua , mak saya panggil dekat luar. Assalamualaikum tuan dan bye dokter cantik. "Ucap Endrin gelabah sambil tersenyum janggal sebelum dia keluar dari bilik wad tersebut.

Star yang telah ditinggal seorang diri di sofa bilik wad itu terasa janggal. Akhirnya dia juga memilih untuk keluar terlebih dahulu mengikuti langkah Endrin.

Kini pandangan mata Ivan dan Aryan tertumpu kepada Nurjannah Auliya yang masih tenang memandang kearah mereka berdua.

"Kenapa awak berdua pandang saya macam tu ?" Tanya Jannah janggal.

"Soalan tadi , awak masih belum berikan jawapan. "Ucap Aryan.

"Awak pilih saya atau Aryan? "Tanya Ivan tegas.

"Saya akan sentiasa pilih awak Qhalish Ivan. "Ucap Jannah tanpa berdalih.

Serta merta air muka Aryan berubah setelah mendengar jawapan itu. Dia cuba mengawal reaksi mukanya agar tidak terlalu terkesan.

"I know it. "Ucap Ivan sambil menayangkan senyuman bangga pada Aryan.

Aryan hanya tersenyum melihat Jannah yang sedang memandang kearah Ivan penuh makna.

"Eh Qhal kau kata nak bincang pasal tu dengan Jannah kan? Ha bincang la , aku kasi korang ruang. Saya pergi dulu ye Jannah, jaga diri awak semoga cepat sembuh ya. "Ucap Aryan memecahkan suasana.

"Terima kasih Aryan. Nanti saya berlanja makan tau. "Balas Jannah bergurau.

Mereka saling membalas senyuman sebelum Aryan meminta diri dan keluar dari bilik itu.

Kini pandangan Jannah beralih pada Ivan yang masih setia memandangnya penuh cinta.

"Okay Ivan, so apa yang awak nak bagitahu saya ?" Ujar Jannah ringkas.

"Bagi saya cakap dulu sampai habis baru awak bagi pendapat awak boleh? Janji ?" Tanya Ivan lemah lembut.

"Okay , saya janji. "Balas Jannah sambil tersenyum manis.

"Saya dah buat pemohonan perkahwinan , saya datang sini sebab nak ajak awak nikah. Saya nak jadi suami dan ayah pada anak awak , saya tak janji tapi saya akan usaha untuk terus menjaga tingkah laku dan tidak akan melakukan sesuatu yang buruk pada awak. Saya tak janji bukan sebab saya nak buat hal di masa depan tapi saya tak  janji sebab saya tak nak awak berharap pada janji dan ucapan manusia. "Ucap Ivan panjang lebar.

"Saya faham, nanti saya akan bagi sijil kursus kahwin saya dengan ic semua untuk awak buat pemohonan tu. "Balas Jannah sambil mengangguk tanda faham.

"Dan saya faham dengan maksud ucapan yang awak sampaikan. Siapa lah kita sebagai manusia nak berjanji hingga ke langit ketujuh , kita tiada kuasa. Yang kita ada hanyalah percaya dan redha mengikuti apa saja jalan yang Allah dah aturkan. "Tambah gadis itu lagi.

"Terima kasih , terima kasih Nurjannah Auliya. "Balas Ivan penuh makna.

"Sama - sama kasih Leftenan Komander. "Ucap Jannah sambil tersenyum mengusik.

"Sekarang awak masih benci ke dengan tentera ?" Tanya Ivan tiba-tiba.

"Tak, malah saya dah jatuh cinta dan sayang sangat - sangat dengan salah seorang anggotanya. Terima kasih sebab dah ubah persepsi saya pada anggota barisan hadapan negara. "Jawab Jannah dengan yakin.

Sedang mereka berbual , tiba-tiba pintu dikuak perlahan. Mereka mengalihkan pandangan pada pintu bilik itu.

"Maa.. "Ujar anak kecil yang hadir disebalik pintu itu.

"Alaa anak baba dah besar dah boleh jalan. "Ucap Ivan teruja sambil kakinya terus melangkah ke pintu bilik itu.

Melihatkan Amila dan Danny yang hadir bersama dengan Zaryan membuatkan hati Jannah semakin tenang.

"Thank you Amila and hai Danny. "Ujar Jannah mesra.

"Tengok tu mama sakit. "Ucap Ivan sambil mendukung anak jantanya.

"No hal la Anna, kau macam mana okay ke? Tiba-tiba pitam terkejut aku tau. "Ucap Amila spontan.

"Dia terkejut sebab Ivan datang-datang ajak nikah kut. "Ujar Danny sambil tertawa mengusik.

Serta merta mereka semua tertawa , penuh bilik itu dengan gelak tawa mereka.

"Nanti awak pilih tarikh , catering dan lain-lain. Pasal duit saya uruskan. "Ucap Ivan spontan sambil bermain-main dengn anak lelaki nya.

Jannah hanya mengangguk dan tersenyum.

"What? Tarikh apa ni, why aku tak tahu apa-apa ?" Tanya Amila hairan.

"Tarikh nikah diorang la sayang oi, kan Ivan datang sini nak ajak kawan awak tu kawin. "Ujar Danny tanpa berlapik.

"Weh beb kau serius lah ?" Ujar Amila teruja.

"Diam-diam ubi berisi , biar diam kerja jalan , isi ubi pun tidak buruk. "Jawab Jannah ringkas.

"Ek eleh kau nak berpuisi berperibahasa pulak dengan aku , tak apa aku balas. Aku pun reti tau. "Balas Amila tidak puas hati.

"Sila-sila. " Jawab Jannah ringkas sambil tertawa, malas mahu bergaduh mulut dengan gadis itu.

"Jari di tangan ada sepuluh , biar tidak petah berbicara asalkan jari manis sudah di tanda. "Ucapnya spontan sambil menunjukkan jari manis di tangan kirinya sudah terisi sebentuk cincin rotan.

"Weh ! Yang ni lagi surprise , diam-diam tahu-tahu bercincin. "Balas Jannah teruja sambil tersenyum.

"Dia nak potong line , eh kau jangan langkah bendul kalau tak kau kena kasi aku kereta baru sebiji. "Ujar Ivan mengusik.

"Aik bukan langkah bendul kena bagi cincin ke? "Tanya Danny hairan.

"Tu dulu, sekarang kalau langkah bendul orang bagi kereta atau geran rumah sebiji. "Jawab Ivan dengan nada suara yang serius.

"Memandai je awak, dasar mata duitan. "Ucap Jannah sambil tertawa.

Dan mereka hanya berbalas cerita sambil tertawa. Zaryan pula dapat jumpa baba dia terus diam, tidak sampai beberapa minit sudah elok tido terlentok di atas bahu baba nya.

Manakala Aryan , Endrin dan Shah mereka pergi melepak di kafe hospital sambil mencuci mata mengurat jururawat dan dokter-dokter pelatih. Ada-ada saja akal mereka bertiga.

•••
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya , mahupun ia buruk atau ia baik pada kamu. Jika ianya baik bermakna ia adalah anugerah buat kamu jika sebaliknya maka anggaplah ia ujian yang telah menguatkan kamu sehingga kamu berjaya berada di titik paling bermakna di hidupmu.  Sesungguhnya sesuatu yang berlaku tidak akan datang dan pergi dengan sia-sia. " - Takdir Kita.

_________________________________________

^ Setinggi-tinggi kesyukuran saya hadapkan kepada ilahi, terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah ini. Pemohonan maaf saya anjurkan untuk segala salah silap dan kekurangan yang ada pada kisah ini, sila berikan pendapat anda maka akan saya perbaiki di masa akan datang. Sekali lagi pemohonan maaf saya ucapan kerana mengambil masa yang lama untuk menulis bab baru, saya masih bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun , serendah-rendah hati saya meminta maaf dan memohon doa kalian agar semuanya dipermudahkan . Terima kasih sekali lagi pada semua. Yang baik-baik semuanya datang dari dia dan segala yang buruk-buruk datang dari saya yang masih berlajar mengenal dunia. Selamat malam dan assalamualaikum.^

Takdir Kita ( OG ) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang