47- TK

95 3 0
                                        

"SAYA balik dulu ya.. Nanti kalau ada masa saya balik sini lagi. "Ujar Danny mesra.

"Jaga diri awak baik-baik ya, saya sayang awak.. "Ucap Amila jujur tanpa segan. Malah Danny yang tersipu malu dengan ucapan gadis itu.

"Oi udoh-udoh ler tu, cemuih aku. "Ujar Aryan memecahkan suasana.

Jannah dan Ivan hanya tertawa melihatkan gelagat mereka. Masing-masing menyimpan perasaan sedih di sudut hati, sekejap sahaja masa berlalu.

"Awak tak pernah cakap pun awak sayang saya. "Ujar Ivan tiba-tiba sambil menunjuk kan reaksi muka sedihnya.

"Eh mengada pulak dia ni, hempuk kang. Dah pergi balik sana. "Balas Jannah, menghalau lelaki itu sambil tertawa mengusik.

Ivan hanya tersenyum mesra tanpa membalas.

"Saya akan jaga diri saya , jangan risau. Awak tu jaga diri dekat sana, jangan lupa makan. "Pesan Jannah pada lelaki itu.

"Baik sayangku , saya akan jaga diri saya kalau itu yang awak nak.. Saya akan jaga diri saya supaya saya boleh jadi suami awak nanti. "Ucap nya , bermulut manis.

"Amboi bukan main manis ucapan awak ye Qhalish Ivan.. Bagai nak mencapai bintang di langit, amboi-amboi. "Balas Jannah sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya pergi dulu, kalau ada apa-apa bagitahu saya ye. Baba pergi dulu , Ayan jaga mama untuk baba okay ? "Ucap nya sambil mencium lembut pipi anak lelaki nya.

"Mama nak baba yang jaga mama, bukan Ayan.. "Ujar Jannah perlahan, menjawab pesanan lelaki itu.

Malah Ivan tidak menjawab, dia hanya memandang Jannah penuh makna.

Mereka masing-masing hanya berbekalkan lambaian dan senyuman buat kali terakhir sebelum tayar kereta mereka bergolek menuju ke Pulau Pinang.

Pandangan Ivan tadi masih segar di fikiran Jannah, pandangan nya seperti sesuatu.yang tak mampu dia ucapkan.

"Anna , aku saja la nak tanya. Kau ada tak terdengar Ivan cakap call dengan siapa-siapa ? Pasal kerja. "Tanya Amila tiba-tiba.

"Pasal kerja? Ada haritu tapi aku tak tahu la diorang cakap pasal apa, aku tak dengar pun. Kenapa ?" Ujar Jannah semula.

"Tak de la aku ada terdengar Danny cakap call haritu pasal bahan api , tapi aku tak pasti la dia cakap dengan siapa. "Jujur gadis itu.

"Tak da apa kut, maybe pasal kerja diorang la tu. Kerja diorang kan penuh rahsia. "Ucap Jannah pasrah.

Amila tidak menjawab malah dia hanya menganggukkan kepala nya tanda setuju.

...

"Kita tunggu masa yang sesuai, aku tak akan lupa tujuan asal aku ke sini. "Ucapnya serius.

"Danny ? Kau buat apa, jom kita nak gerak dah ni. "Panggil Aryan.

"On the way bro, kejap. "Ucap Danny tanpa bantahan, dia terus mematikan panggilan telefonnya.

Danny hanya mengikuti langkah Aryan tanpa berkutik.

Mereka menaiki pesawat dan pulang ke Sabah meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Sewaktu di dalam pesawat , dapat dilihat bahawa Danny kelihatan gelisah tak seperti selalu. Namun mereka biarkan, tak mahu mengganggu.

Ivan juga kelihatan sangat penat, mungkin terlalu penat bekerja sebelum ini. Mereka semua menikmati masa rehat mereka dengan tidur sepanjang hari, menggantikan masa rehat mereka yang telah terkorban.

Terlihat kan pandangan Danny yang jauh dibawa entah kemana , menarik perhatian Aryan. Namun lelaki itu akur , dia tidak bertanyakan apa-apa malah hanya memilih untuk melihat dan mengawasi kawasan dalam diam.

...
SABAH

Setibanya mereka dia bilik bujang masing-masing , semuanya merebahkan diri tanpa bersuara. Muka penat mereka tayangkan pada orang atasan mereka.

"Korang punya penat macam korang yang drive kapal terbang tadi eh. "Tegur Aryan sebaik sahaja dia meletakkan barang-barangnya di dalam loker.

"Aku yang bawak kapal terbang tadi , kau apa tahu. Kau tahu tido je sepanjang jalan. "Balas Kimi tanpa segan.

Ivan hanya tersenyum mendengarkan gurauan mereka , dia tak mahu mengganggu suasana jadi dia memilih untuk diam.

"Bro , aku nak cakap sikit dengan kau. Jom. "Ucap Danny kepada Ivan.

Ivan hanya mengangguk dan mengikutinya tanpa bantahan , sementara Aryan hanya memerhati gerakan mereka tanpa bersuara.

"Asal bro ?" Ujar Ivan.

"Aku bukan la nak buruk kan atau apa , tapi aku nampak macam Aryan ada something dengan tunang kau." Ucap Danny tanpa berdalih.

Serta merta riak wajah Ivan berubah.

"Apa maksud kau ada something tu? Aku tak faham." Balas Ivan.

"Aku rasa Aryan dengan Jannah dah kenal lama, dan aku rasa dia letak perasaan dekat tunang kau. "Ucap Danny jujur.

"Apa kau cakap ni , kalau benda ni tak betul boleh jatuh fitnah kau tau tak. "Ucapnya , kini nada suara nya mula meninggi.

"Tak ada masa aku nak tuduh diorang bukan-bukan. Cuma kalau kau perasan , pandanngan Aryan pada Jannah lain. Aku cuma nak bagitahu , kau percaya atau tidak itu pilihan kau." Ucap lelaki itu tanpa reaksi.

Ivan tidak menjawab , malah dia pergi meninggalkan Danny berseorangan.

Jiwanya mula kacau , fikirannya mula bercampur emosi yang makin mengawal diri. Lebih baik dia pergi sebelum emosi mengawal dirinya.

Melihatkan lelaki itu pergi dengan emosi yang terganggu , dia tersenyum puas. Plan nya berjaya.

...
KEDAH

Keadaan di hospital kucar kacir, ruangan kecemasan hospital dipenuhi dengan pesakit akibat kemalangan berantai yang melibatkan 2 biji bas dan 3 biji kereta.

"Inform pada Orthopedic suruh mereka periksa patient ni sekarang juga! " Arah Jannah pada misi bertugas.

"Baik dokter." Ucapnya tegas.

Mendengarkan balasan itu , Jannah terus berlari mendapatkan pesakit yang baru tiba di pintu kecemasan.

"Puan Salimah , 46 Tahun , patah tulang bahu kanan dan rahang kanan. Pesakit ada sakit jantung dan darah tinggi. " Ucap petugas kesihatan yang bertugas , sambil mereka menolak katil pesakit masuk ke dalam ruangan kecemasan.

"Bp ? " Ujar Jannah.

"156/130 ." Balasnya .

"Red Zone . "Ucap Jannah , dan mereka terus menolak katil pesakit itu ke pintu zon merah di ruangan kecemasan laju.

Penuh darah mengalir dari mulut wanita itu akibat rahangnya patah. Jannah menepuk perlahan beberapa kali tubuh wanita itu agar dia kekal sedar.

"Puan , puan ! Jangan tido puan . "Ucap nya sambil menepuk perlahan tubuh wanita itu.

Para misi menjalankan tugas mereka membersihkan darah-darah dan luka yang ada pada wanita itu. Sementara Jannah melakukan Electrocardiogram (EKG/ECG) pada pesakit untuk mengenal pasti bacaan jantung pesakit itu.

Belum selesai dengan pesakit yang sedia ada , ditambah pula dengan pesakit yang baru tiba. Ruangan kecemasan sudah dipenuhi dengan suara sirens ambulans dan jeritan kanak-kanak yang menahan sakit, ada kalanya bunyi tangisan mangsa-mangsa yang terlibat. ada juga bunyi tangisan waris mangsa yang tak dapat diselamatkan. Belum sempat mengambil nafas, ruangan kecemasan dipenuhi dengan sirens dan pengunguman penting dan sekali lagi para dokter dan petugas kesihatan berlari tak cukup tanah.

"ATTENTION , ATTENTION ! CODE BLUE , BED 13 , RED ZONE. CODE BLUE , BED 13 , RED ZONE."

Mendengarkan ucapan itu , tanpa menunggu Jannah terus berlari ke arah katil 13 untuk memeriksa keadaan pesakit.

"Run as fast as you can ? Run like a doctor. "

Takdir Kita ( OG ) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang