"AKU pergi dulu Anna. Kalau ada apa-apa aku bagitahu kau terus. "Ucap Amila sambil meletakkan beg galasnya di dalam bonet kereta teksi tersebut.
"Kau jaga diri, nanti aku try buat rayuan untuk cuti. Sementara tu, aku minta kau jagakan Ivan untuk aku ye. "Balas Jannah sambil mendukung Zaryan di bahu kirinya.
Oleh kerana Jannah tak boleh meminta cuti, Amila bergerak sendirian ke Sabah terlebih dahulu. On the spot, tiket penerbangan dari Pulau Pinang ke Sabah di beli dan Amila bergerak di pagi hari.
"Ni Zaryan macam mana?" Ujar Amila sebelum dia memasuki ke dalam perut teksi itu.
"Tak pa , aku hantar dekat tadika tu macam biasa. Aku kerja petang hari ni. "Balas Jannah.
Amila menarik nafas lega, mereka bersalaman buat kali terakhir sebelum Amila bergerak dan hilang dari pandangan nya.
Jannah melangkah masuk ke dalam rumah dan menidurkan Zaryan terlebih dahulu. Memandangkan jam baru menunjukkan angka 7 pagi, selepas Jannah menidurkan Zaryan dia juga mahu kembali tidur kerana dia akan bekerja di shift petang hari ini.
"Tidur ye anak mama.. Nanti mama dapat cuti, kita pergi tengok baba ye.. "Ucap Jannah sebak, sambil menahan air matanya dari keluar.
Sebaik sahaja Jannah mengetahui hal itu dari Danny, dia bergegas menelefon umi dan abi Ivan untuk memberitahu mereka tentang keadaan Ivan. Alangkah terkejut nya mereka yang berada di Melaka selepas mendengar pekara itu.
"Kenapa la baba awak sanggup nak gadaikan nyawa sendiri sampai macam ni Ayan.. Baba awak tak sayang kan kita ke? "Ucap Jannah bersendirian sambil menepuk perlahan peha Zaryan, mendodoi anak kecil itu agar tidur.
Zaryan yang matanya masih membulat hanya memandang kearah mama nya tanpa berkutik. Matanya seakan-akan memberi semangat agar bondanya sentiasa kuat menghadapi segala ujian.
"Ayan tak nak tidur ke sayang? "Ujar Jannah apabila melihat usaha nya mahu mendodoikan anak kecil itu gagal.
Zaryan hanya tertawa dan tersenyum membalas pertanyaan dari mama nya. Serta merta Jannah juga tersenyum apabila melihat gelagat Zaryan.
"Eee gatalnya dia, macam baba dia.. "Balas Jannah apabila melihat reaksi anak kecilnya.
Dalam rasa gundah, dia masih menguatkan hati untuk menerima segala ujian yang diberikan. Allah maha esa, atas segala takdir yang dia berikan.
••••
Setibanya Amila di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah, disambut Danny dan Aryan.
Sebaik sahaja Amila melabuhkan punggung di atas kerusi kereta, dia terus menanyakan tentang keadaan Ivan.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Teruk ke keadaan Ivan? "Ujar Amila tidak sabar.
"Dia masih belum sedarkan diri. "Balas Aryan sambil memandu kereta.
"Jangan risau, Ivan kuat. "Ucap Danny yang berada di kerusi penumpang sebelah, menyokong ucapan Aryan.
"Dokter cakap apa? Tembakan ada terkena dekat mana-mana saraf utama dia ke? Kenapa dia tak sedar kan diri? Dia kena brain freeze ke? Ada peluru kena kepala dia ke? "Tanya Amila tanpa henti.
"Sabar Sya.. Dokter cakap dia koma sebab hilang banyak darah. "Balas Danny.
Manakala Aryan disebelah sudah kehilangan kata-kata, ingatkan Jannah tu dah cerewet rupanya Amila ni lagi 10 kali ganda cerewet dari gadis kelahiran Selangor itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...
