Bila lah nak habess kan ? Hihi .
Okay okay sebab saya update lambat , saya bg uolls double update !-------
DR. FAIQAH POV
Aku bersetuju untuk menolong isteri Dr. Aqil .
Keesokan harinya ..
Aku pun pergilah melawat isterinya .
Wuishh VIP room . Takpelah mereka kaya kan ? Sesungguhnya manusia memang berlainan latar belakang , tetapi hanya sama di hadapan Allah .Terhadap seorang lelaki yang mukanya hampir serupa dengan isteri Dr. Aqil sedang tidur di sisi katil di dalam bilik itu .
"Assalamualaikum .." aku memberi salam dan mengejutkan lelaki yang muka hampir serupanya dengan isteri Dr. Aqil itu .
"Huh ? Erhh.." aku membiarkan dia terjaga sepenuhnya .
"Ehh ? Waalaikummussalam Dr.." berdiri serta merta lelaki itu .
"Siapa nama awak ?" Aku bertanya pada lelaki itu .
"Rafiq . Saya kembar pesakit ini . Maaf lah saya tertidur tadi .." kata Rafiq . Patutlah muka serupa . Kembarr ..
"It's okay . pesakit ni isteri Dr. Aqil kan?" Aku bertanya .
"Ha ah ..." belum sempat Rafiq menghabiskan katanya , Ayuni tersedar .
"Rafiq .. Rafiq ... Rafiq ...." 3 kali Ayuni menyebut nama Rafiq sambil masih memejamkan mata .
"Yaa Rafiq kat sini .. Ayuni , Ayuni .. wake up sayang .." Rafiq mengejutkan Ayuni .
"Kalau awak tak kisah , saya nak cakap sebentar dengan Ayuni , boleh ?" Kata aku .
"Sure .. Ayuni , Rafiq pergi makan sarapan dulu dekat bawah ye . Nanti Rafiq belikan makanan .." Kata Rafiq dan meninggalkan kami .
Muka isteri Aqil .. hampir sama dengan arwah kakak aku .
Tetapi muka Ayuni sangat pucat lesi .
I think dia memang trauma sangat ."Ayuni kan ?" Kata aku .
Dia hanya mengangguk lemah ..
"Kenapa masuk hospital ni ?" Aku .
Muka Ayuni berkerut-kerut .
Tiba-tiba , dia memegang kepalanya . Aku tahu dia sedang melawan memori buruknya .
"Ayuni , awak boleh . Lawan memori tu . Awak kuat . Awak boleh!" Aku memberikan kata-kata semangat kepadanya .
Dia masih memejamkan mata dan mengerang kesakitan .
Aku mengusap belakangnya .
"You can do it .. lawannya Ayuni!" Aku memberikan lagi kata-kata semangat .
Akhirnya Ayuni melepaskan kepalanya dan beransur tenang tetapi mukanya tetap pucat .
"Sorry doctor ...." kata Ayuni dengan mendatar .
"It's okay , Ayuni .. boleh saya tahu apa yang membuatkan awak sakit kepala?" Kata aku prihatin .
Aku lihat dia mengeluh .
"It's okay awak tak cerita dekat saya . Mulai harini , saya akan jadi doctor awak . Awak boleh cerita semuanya kat saya . Awak isteri Dr. Aqil kan ?" Aku .
"Dr. Faiqah .." dia menyebut namaku .
"Tolong jangan sebut nama dia . saya benci .." Kata Ayuni .
"Dan saya tak suka .. tak suka digelar isteri dia ! Dia kejam ..!! Dia jahat ..!" Luah Ayuni .
Aku hanya diam .
Dr. Aqil dah cerita semuanya dekat aku . Perkahwinan mereka masih baru dan muda . Macam-macam dugaan ."Ayuni .. saya cakap jangan marah ye ?" Kata aku .
Dia hanya memandangku kosong .
"Saya faham perasaan awak sebagai sebagai seorang perempuan . Awak takut kan ? Awak takut akan kekerasan dia kan ?" Kata aku .
Ayuni seperti blank . Dia mesti rasa pelik macam mana aku tahu .
"Saya boleh baca minda orang dengan memandang matanya , Ayuni . Awak takut . Dan awak benci dia sebab buat awak takut kan ? Saya ada cerita untuk awak .." kata aku .
"Tapi sebelum tu , nah makan ni . Saya tahu awak taknak makan , tapi awak kena jugak . Biskut ni sedap tau . Walaupun sikit , dia mengenyangkan dan mengandungi kolestrol yang rendah . Elok untuk awak" aku memberinya biskut Oat Krunch yang memang selalu aku membawa didalam beg aku .
Dia menyambut dan membuka plastiknya .
"Ada seorang patient saya , macam awak jugak . Trauma dengan kekerasan . Dia benci orang yang buat dia takut . Nama dia Qaseh . Dia jugak masuk hospital sebab terlampau trauma . Dia lagi teruk . Dia setiap hari akan menjerit dan menangis kerana takut akan bayang-bayang orang yang membuat dia macam tu . One day , orang yang membuat dia trauma datang menjenguk dia .
Qaseh sangat takut . Dia menyorok pisau di belakang dia .
Orang tu cuba meminta maaf dari Qaseh tapi Qaseh still menjerit dan menangis . Orang tu sangat menyesal akan apa dia dah buat pada Qaseh . Qaseh menjatuhkan pisau tu .
Orang itu melihat pisau itu tidak terkejut .
Orang tu terus peluk Qaseh .
Qaseh still menangis . Qaseh trauma .
Qaseh menolak lelaki tu dan pergi .
Nak tahu dia pergi mana ? Disebabkan dia sangat fikirkan trauma dia , dia jadi tak betul . Dia naik ke rooftop and mengugut untuk bunuh diri .
Tetapi , orang yang buat Qaseh trauma tadi sempat tarik Qaseh dan Qaseh menolak orang tu .
Lelaki tu jatuh . Orang tu meninggal kat tempat kejadian .
Qaseh tergamam . Lepas je kejadian tu , dia asyik memanggil nama orang tu . Asyik cakap sorang-sorang . One day family Qaseh datang and bawak Qaseh pergi berubat . Disebabkan dia asyik terfikirkan pasal Takut dan Benci , dia trauma hingga orang tu meninggal .
Itu semua jadi masa saya kerja dekat Pusat Perubatan Islam di New Jersey ." Aku menceritakan segalanya .Ayuni hanya terdiam sambil deep thinking .
"Saya tahu awak takkan jadi macam Qaseh kan ? Awak sayangkan Aqil kan sebenarnya ? Saya nak awak atasi ketakutan yang awak rasa . Awak tak benci Aqil , awak takut pada dia .
Awak sayang dia kan , Ayuni ?" Kata Aku .Ayuni hanya mengeluh .
"Allah dah sebut dalam Al-Quran , tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya . Tak kira lah samada kahwin paksa atau koboi ke apa , dia tetap suami awak . Awak taknak jadi Nusyuz kan ? Walaupun awak kpoppers , awak tahu kan hukum Islam ? Saya tahu awak ada buat salah . Solat taubat pada-Nya , Ayuni . Awak akan dapat ketenangan ." Aku bercakap dengan tenang .
"Saya tak suka cara dia menengking saya . saya takut ." Kata Ayuni .
"Awak kena atasi ketakutan awak! Syaitan tu , asyik ketawakan kita je bila tengok kita ni takut pada benda lain selain Allah . Syaitan ni penyesat manusia . Kita tak boleh kalah dengan Syaitan . Awak kena atasi ketakutan tu dan fikirkan Allah . Ingat Allah . Ingat dosa pahala . Saya yakin awak boleh lawannya . Awak kuat .
Awak tak serapuh yang disangka dan awak jugak seorang yang pemaaf kan ? Apa kata awak beri suami awak , second chance ?" Aku mencadangkan ."I'll think about it . Thanks doctor Faiqah for telling me the truth ." Ayuni mengucapkan thanks .
"Its okay dear . Saya nak patient saya semua sihat . Dr. Aqil seorang yang baik . dia disenangi semua doctor dan kakitangan hospital . Saya percaya dia bokeh jaga awak" Aku .
"Okay lah saya ada meeting lain . Nanti kita jumpa lagi . Ingat pesan saya .
Jangan lupakan Allah . Jangan biarkan Syaitaa menguasai diri kita . Banyakkan beribadat dan berselawat . Sesungguhnya Allah adalah penyelamat semua makhlukknya yang dah sesat . Assalamualaikum" aku keluar dari bilik Ayuni .Hurmm . Aku senyum sendiri .
Aku nak merubah dia .
Aku rasa nak rapat dengan dia .Aku lihat Rafiq otw ke sini . Okay aku terus berjalan pergi .
-------
Hahaha sorry chap ni pasal Dr. Faiqah je semua . Bosan kann ?
Hmmm hambar . Tapi saya akan buat mereka cepat2 sweet .
Takpaa . Teruskan swipe or scroll :)See yaa on chap 32 ~
YOU ARE READING
My Hubby Is Non Kpoppers ✔
RomanceDisatukan hanya kerana ke-addicted-nya kepada Kpop? apa salah Kpop? Saat Ayuni leka di dalam dunia koreanya, datanglah Aqil sebagai penghalang keminatannya terhadap Korea atau Kpop. Disatukan dengan sepupu sendiri, Aqil yang juga seorang anti-fans...