°•°•°•°•°
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Umi menyahut dari dalam. "Ha baru balik? Dari tadi lagi Umi tunggu baru sekarang nak timbul. Mana pergi petang macam ni baru balik?" tangan dikucup lembut oleh anaknya.
Aish Fahri bersandar lemah sambil memejamkan matanya hingga terlupa untuk menjawab persoalan umi. Umi yang geram dek soalannya dibiar sepi lantas menampar peha Aish Fahri dengan tamparan berapi. Aish Fahri terus terduduk tegak dan menggusap pehanya.
"Sakit Umi.." Aish Fahri terseringai.
"Tahu pula rasa sakit tu kan?" Umi menjeling sebelum mengalihkan pandangan ke arah televisyen.
Aish Fahri kembali diam.
Kebas terus rasanya."Dah tak reti-reti nak jawab soalan umi? Pergi mana balik lambat macam ni?" Umi memandang anak lelakinya sekali lagi. Tinggal satu yang inilah paling susah nak bukak mulut. Tanya berpatah-patah jawabnya sepatah kalau tanya sepatah belum tentu dia nak menjawab. Sabar sahajalah mampu!
"Adanya dengan Shaz kat café dia."
"Tak cakap pun kat Umi pergi sana ingat baru nak jumpa makcik kamu tu. Lama rasanya Umi tak jumpa dia padahal dekat sangat ni ha." Umi menjeling manja. Geram sungguh dia.
"Aunty Nul ada kat rumah." Aish Fahri membaringkan badannya serta kepala yang beralaskan peha umi. Umi mengangguk sahaja, dia sudah masak dengan perangai anaknya yang satu ini lain dari yang lain. Manja tak keras. Bahasa yang tak beriak. Wajah yang tegang.
"Pergilah naik bilik sana mandi solat dulu. Asar pun dah lepas satu jam yang lalu ni mesti tak solat lagi kan? Ingat lambat-lambatkan waktu solat tu tak bagus. Kalau dijadikan amalan solat akhir waktu takut makin lama makin tertinggal dan tak solat langsung sebab tu kita diharuskan sangat-sangat menyegerakan mendirikan waktu solat latih diri berdisiplin bukannya peraturan manusia tetapi peraturan Allah." Umi menarik telinga Aish.
"Baik Umi.."
Aish Fahri bangun dan berdiri setempat untuk beberapa saat. Kepala menunduk menekur lantai bersama mata yang terpejam. Inilah akibat jika dia benar-benar ingin tidur. Ah! Solat dulu, walau apa sekalipun apa yang terjadi solat adalah yang utama. Umi menggeleng kepala melihat cara anak terunanya berjalan. Lemah gemalai sungguh jangan ada yang tertidur dalam bilik air sudahlah. Haru jadinya nanti.
Aish Fahri meletakkan sejadah disisi katil.
Turus vertebra terasa diluruskan saat badannya baring di atas katil yang empuk. Nafas lelah tanpa sengaja dilepaskan. Apa yang membuatkannya penat sehingga sebegini? Kerana mencari syarikat yang ingin mengambilnya melaksanakan praktikal!
"Belum kerja ni pun dah payah." Aish Fahri menutup sebahagian wajahnya dengan menggunakan lengannya. Pasangan otot yang berantagonis iaitu biseps dan triseps, pengecutan pasangan otot mengecut dan mengendur secara beritma.
Tidak lama kemudian, dia melesap.
Dalam suatu bayangan yang tiada pemiliknya."Kakak!"
Afran menjerit dari arah dapur. Belum apa-apa Afrin sudah berlari terlebih dahulu menjengah apa yang terjadi sehingga menyebabkan adik kembarnya menjerit seteruk itu? Hilang kelakian!
"Ada apa Afan jerit ni? Macam perempuan." Afrin mengerutkan kening.
"Kakak mana kakak?" Afran menelan air liur pahit. Biasanya air liur suatu bendalir yang tidak mempunyai rasa kerana sifatnya yang neutral tetapi ketika ini terasa sungguh pahit.
"Tak ambil tahu."
Naura Safiyah yang sibuk melihat gambar di telefonnya tadi segera berlari kea rah dapur juga. Dia sengaja ingin menjadi orang terakhir yang menyaksikan adegan itu. Naura menolak sedikit Afrin yang menghalang penglihatannya. Mentang-mentang tinggi takkan tak bagi orang lain tengok?
"Afan kenapa?" Naura menghampiri adiknya.
"Ni...." Afran menelan air liur lagi.
Afrin pula bertindak sebagai pemerhatian kawasan. Dia yang dari tadi berada di situ sejujurnya tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Melihat wajah Afran sebegitu rupa membuatkan dia ingin ketawa namun ditahan terlebih dahulu.
"Apa dia Afan?" Naura mengangkat kening dengan muka yang penuh tanda tanya.
"Sebenarnya Afan nak tolong tapi benda ni pula yang jadi..."
"Apa dia?" Afrin mencelah.
Kuali dan spatula diangkat tinggi. Kembung pipi Naura dan Afrin sebaik sahaja melihat keadaan dua perkakas itu yang benar berada di tangan Afran. Afran tersengih malu dan tersirat perasaan takut. Bukan dia inginkan benda ini terjadi namun sudah terjadi!
"Macam mana ni?" Afran membuat muka risaunya.
Afrin dan Naura menghamburkan ketawa yang dari tadi mereka tahan. Sakit perut bukan kepalang lagi. Naura mengesat air mata di tubir mata dan cuba semaksimum mungkin untuk memberhentikan diri dari terus ketawa.
"How can this happened?" Naura menilik kuali dan sudip itu yang masing-masing sudah tercabut. Afran mengangkat bahu. Dia hanya mahu menyusun semula alatan itu dikabinet dapur malangnya ini pula yang terjadi. Jika ibu mengetahui tentang hal ini..
"Jangan risau, ibu tak marah punya." Naura tersenyum menyakinkan adiknya.
"Macam Afan tak kenal ibu.." Afran merenung lantai jubin itu. Afrin menepuk bahu adik kembarnya. Takkan kerana kuali sedih bagai nak rak? Tenang sudahlah. Tetapi dia tahu, kekurangan yang satu ini jika orang tahu tentu tak mampu berkata apa melainkan dia merasai perkara yang sama.
"Percaya akak, jangan risau."
Naura Safiyah meletakkan alatan itu kedalam cabinet. Dia tahu ibu pasti marah tapi dia tahu bagaimana hendak mengatasinya. Dia tidak tergamak melihat adik kembarnya dimarahi lagi oleh ibu yang akan peka terhadap sebarang perubahan meskipun perubahan itu yang terkecil.
Kepekaan seorang wanita bernama ibu?
Afrin dan Afran disuruh naik ke bilik memandangkan sudah malam. Naura duduk diruang tamu seorang diri seperti hari-hari biasa yang langsung tiada perubahan. Kaki disimpul naik ke atas sambil menghirup segelas air susu panas. Matanya terkalih semula pada telefon bimbit yang berada di atas meja kopi.
Secara tidak langsung dia teringat kepada lelaki di café itu tadi.
"Kalau betul, dialah senior tu." Naura memicit hidungnya.
Telefon bimbit diambil dan galeri dibuka. Gambar lelaki itu tidur di café yang diambilnya tadi diteliti. Senang sahaja ingin mengenali lelaki itu hanya melalui rambutnya. Rambut yang tidak dijumpai oleh mana-mana lelaki kerana rambut itu suai padan dengan bentuk wajahnya.
"Angau jadinya..." Naura tersengih sendiri melihat gambar lelaki itu.
Dia malu sendiri.
Hakikatnya, dia masih tidak mengetahui nama lelaki itu. Lelaki itu adalah senior terakhir semester lepas yang hanya tinggal hari graduasi. Naura mengeluh perlahan. Semasa sem berlalu bersama kehadiran lelaki itu dia langsung tidak berkesempatan untuk merasai kehadiran lelaki itu.
Naura mengangkat bahu.
"Macam mana nak jumpa lagi eh?" sambil berkata dia melihat lagi gambar lelaki itu.
Pertemuan seterusnya?

YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...