°•°•°•°•°
Shaz memegang bahu Aish Fahri. Dari jauh dia melihat lelaki itu hanya memusing-musingkan pensilnya di antara celah jari. Apa ada masalah yang ditangung yang tidak diketahuinya? Muka lelaki itu juga turut jelas mendungnya.
"Kenapa Fah? Kau tak sihat ke?" Shaz bertanya sebaik sahaja Aish Fahri melihatnya. Seperti tersedar dari lamunan panjang.
Aish Fahri meraup perlahan wajahnya.
Nafas berat keluar dari rahangnya."Kau okay tak Fah?" Shaz bertanya lagi.
Aish Fahri mengangguk kepalanya perlahan dan memandang Shaz dengan pandangan redup. Selalunya, meskipun dia diam matanya menggambarkan situasi hati yang tenang sahaja. Tetapi kini, sinar matanya berubah berbeza.
"Ada apa? Ceritalah. Aku dengar." Shaz memberi ruang.
Aish Fahri menggundurkan kerusi rodanya kebelakang. Shaz duduk bertindan di bucu meja memandang wajah Aish Fahri yang berada dalam kekusutan.
"Naura."
"Kenapa dengan dia? Sihat kan?" Shaz turun dari meja akibat terkejut.
"Sihat tapi adik kembar dia tu." Aish Fahri bersandar lemah. Dia terkenang wajah Naura yang sedih dengan kejadian semalam. Tangisan gadis itu, air muka tangisan itu. Tidak sanggup dia melihatnya lagi.
"Adik kembar dia kenapa pula?"
"Accident."
"Allahu.." Shaz mengangguk kepala dengan berita yang diterimanya. Dia juga turut menzahirkan rasa sedih dan simpati.
Aish Fahri juga begitu. Diam memanjang meskipun hari-hari sebelum ini lelaki itu sememangnya berdiam diri dan berdiam hati. Dia tidak sabar untuk datang menemani gadis itu hari ini.
"Kau jangan sedih-sedih Fah." Shaz menepuk bahu Aish Fahri perlahan.
"Tak adalah."
"Sudahlah kau. Muka kau sendiri sedih ada lagi tipu aku. Cmon ni Shaz lah." Shaz mengangkat kening.
Aish Fahri mengecilkan matanya memandang Shaz.
Shaz tersengih dan mengangkat kedua tangannya selaras dengan bahu. Seram juga melihat Aish Fahri begitu. Cuba sekali sekala tu senyum, senyumkan sedekah!
"By the way, aku nak lawat dia. Boleh Fah?"
Aish Fahri mengangguk kepala. Jam tangan ditilik.
"Sekarang."Mata sembab jelas kelihatan betapa kurangnya masa tidur gadis itu. Wajahnya pucat lesi dan tidak bermaya. Dia memandang katil Afrin dan Afran. Bila adiknya mahu bangun? Tidak penatkah mahu tidur sahaja sepanjang masa? Dia pula yang tidak dapat tidur.
Naura memegang kedua-dua tangan adik kembar.
Hari ini masuk hari kedua. Tetapi cukup lama baginya."Bangunlah Afin Afan. Kan dah janji nak keluar sama-sama." Naura tidak habis memujuk adiknya.
Sebulan yang lalu, dia dibiarkan sepi. Ditinggal tanpa sebarang teguran. Rumah yang sunyi seperti kubur. Naura masih tidak percaya hal ini pula yang dialami oleh adiknya. Tidak pernah Afrin dan Afran masuk ke hospital dan akhirnya adiknya kini, terlantar lemah.
![](https://img.wattpad.com/cover/73282842-288-k115086.jpg)
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Fiksi RemajaAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...