°•°•°•°•°
Puan Adila berada di dalam bilik seperti orang yang berada di bawah tekanan. Selama ini dia tidak seberapa peduli namun setelah apa yang terjadi didepan mata bagaikan sukar untuk dia cerna. Tidak dijangka hal ini akan menjadi begitu rumit.
Dia duduk di hujung katil.
Tidak mahu datang ke hospital lagi untuk melawat.Perasaan kasihan semahu-mahunya dibuang jauh dari hatinya. Tidak akan ada belas kasihan lagi. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi, semakin dia cuba untuk membenci perasaan kasih itu semakin melimpah pula.
"Dah terlambat untuk aku buat semua ni. Fahamlah." ujarnya seorang diri.
"Dah lama dia orang merana. Tiba masa, dia orang akan pergi juga." Puan Adila cuba menenangkan dirinya.
Menyayangi orang memang mudah, tidak untuk Puan Adila. Bukan dia ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ketakutan dunia lamanya masih menghantui sehingga dunianya kini. Betapa serik untuk melalui zaman muda yang begitu payau untuk diterima dirinya. Sudahlah, meskipun tahun berganti tahun.
Sakit yang tinggal masih tidak terubat.
Masih kekal meninggalkan bekasnya.Puan Adila bangun menuju almari bajunya. Dia menyelak helaian demi helaian yang tergantung elok. Setahunya dia meletakkan ia di sini dan kerana itu dia harus menjumpainya. Hanya sekali sahaja pernah di pakai. Kali ini, dia ingin memakai jubah itu lagi.
Jubah yang tidak diketahui pemiliknya.
Jari-jemarinya gian menyelak baju yang sesak di dalam almari. Penelitian demi penelitian akhirnya membuahkan hasil. Dia menjumpai jubah itu dan diletakkan di atas katil. Minatnya terhadap hasil buatan jubah ini sungguh kuat.
Semuanya kelihatan sempurna.
Hari ini, aura serinya berubah. Tidur yang cukup membuatkan dia lebih segar dari sebelumnya. Wajah diteliti dicermin bulat tandas hospital. Tiada lagi permukaan gelap di bawah mata. Naura tersenyum di hadapan cermin.
"Kuat! Teruskan senyum." ujarnya sambil membetulkan tudung.
Pintu tandas dibuka dan kelihatan Aish Fahri sedang bersandar di tepi sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Naura Safiyah memicit hidungnya bersama mata yang masih membulat besar. Masih dalam keadaan terkejut kerana terlalu awal untuk datang melawat.
"Awak?" Naura cuba untuk menegur jasad itu.
Aish Fahri menoleh ke tepi sejurus itu telefon bimbit tadi ditutup dan dimasukkan ke dalam poket. Senyuman manis diberikan oleh Naura kepada lelaki itu. Aish Fahri turut tersenyum tipis. Setidaknya gadis itu nampak lebih ceria dari kelmarin.
"Okay?" ujar Aish Fahri.
Naura Safiyah mengangguk.
"Dah lama awak sampai? Tak pagi sangat ke ni? Awak dah breakfast?"Aish Fahri membetulkan baju kemejanya. Tidak menjawab soalan Naura tetapi terus sahaja menjenguk keadaan adik kembar iparnya. Ohoi! Nampaknya sudah makin membaik. Keadaan Afran jauh lebih baik dari Afrin. Tetapi gusar dengan keadaan kaki mereka.
Dia memandang Naura yang berada di belakang.
Kemudian memandang Afrin dan Afran."Saya tak tahulah bila Afin Afan nak bangun. Doktor kata dia orang dah stabil tapi nak tunggu bila je dia orang nak sedar. Dah berapa hari dah ni, saya tak tahulah." air muka ceria tadi kian luntur semula. Wajahnya mulai mendung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...