°•°•°•°•°
Naura menyiram pokok bunga orkid yang semakin indah setiap kali ditatap. Sinaran mentari pagi menambahkan lagi aura kecantikkan bunga-bunga di sini.
Tangkai bunga matahari kemudiannya di sentuh. Tiada yang lebih indah dari bunga ini kerana merupakan kegemaran ibu.
Aish Fahri bersandar di tepi pintu sambil melihat Naura yang gemar meluangkan masa di taman mini Umi. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
"Naura."
Naura menoleh dan terkejut.
"Awak dah siap? Nak pergi dah?"Senyuman kecil terukir sebaik sahaja menghampiri Aish Fahri yang memakai baju yang digosoknya tadi. Aish Fahri masih lagi membutangkan bajunya dan menyuruh Naura untuk membutangkan pergelangan tangan.
"Jadi?"
"Jadi apa?" Naura memandang wajah suaminya.
"Afin Afan?"
"Mestilah! Saya rindu sangat dengan mereka. Ya Allah, tak sangka akhirnya balik juga mereka. Saya ingat mereka tinggal sana tak akan balik Malaysia lagi."
Aish Fahri menarik tangan Naura. Mata dikecilkan memandang bibir Naura yang tidak tahu diam.
"Apa? Saya rindu adik-adik saya. Lama sangat tak jumpa."
"Ya, sayang."
Naura tersenyum malu. Masih tidak biasa dan malu-malu apabila Aish Fahri memanggilnya begitu. Masih dalam situasi untuk cuba menerima.
"Nanti saya jemput."
Naura mengangguk.
"Tali leher?""Pakaikan."
Naura melihat tali leher yang berada ditangannya. Bibirnya mencebik sedikit. Paling-paling ini kerja yang harus dibuat sudahlah paling susah! Memanglah tengok youtube tapi masih tidak faham.
"Boleh?" pinta Aish Fahri.
"Tunduk sikit." Naura tersenyum.
Aish Fahri menundukkan kepalanya.
"Dah?""Bawah lagi!" Naura hampir tergelak namun ketawanya mati apabila bibir Aish Fahri singgah dipipinya.
Naura masih lagi terkedu. Matanya terkebil-kebil seorang diri manakala Aish Fahri menyimpul senyuman. Ini adalah yang pertama kalinya.
"Aa.." Naura pantas melilit tali leher dileher suaminya. Wajah merah milik Naura tidak dapat disembunyikan.
Shaz yang menghidu aura bahagia Aish Fahri pantas merangkul bahu sahabatnya itu. Wajah ceria itu meskipun dingin namun matanya tidak mampu menipu.
"Aku nampak sinar kebahagiaan itu." Shaz menepuk bahu Aish Fahri.
"Alhamdulillah."
"Kau doakan aku please dapat isteri tak kesian ke aku bujang terlajak handsome tak ada siapa nak. Cis." Shaz menggusap rambutnya perlahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Ficção AdolescenteAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...