[ chapter 6 ]

2.5K 142 35
                                        

°•°•°•°•°

Langit yang kurang birunya itu ditatap lama, syukur juga dia tidak kelihatan tanda-tanda sengatan sinar mentari. Terkadang, dia lebih suka dengan mendung dan langit yang menangis menurunkan hujan ke bumi. Tapi ada kalanya, matahari itu penting. Dia sedar dan dia harus terima.

Jam ditangan kiri dikerling.
Berbaki dua puluh minit sebelum tepat waktu temuduga.

"Ada yang saya boleh bantu?"

Aish Fahri menunduk memandang failnya kemudian memandang gadis dihadapannya itu. Gadis itu tersenyum manis ke arahnya namun tidak akan dia balas.

"Temuduga tu?"

"Oh!" Gadis itu mengangguk dan menyelak helaian kertas yang ada di atas mejanya.
"Isi borang ni dulu nanti beri pada saya semula. Nanti saya akan panggil untuk masuk ke dalam."

Aish Fahri mengangguk tanda faham. Kertas diambil dan di segera duduk diruang menunggu yang telah ditetapkan. Inilah dunia sebenar, kalau tidak usaha mana nak dapatkan hasil? Kena bersusah-susah dahulu senang nanti , umi pun bangga.

Syarikat yang ingin dia lapor diri ini sudah memadai. Besar dan kondusif serta eksklusif. Lengan kemeja dilipat bagi kemas setelah selesai melengkapkan borang peribadi diri. Harapnya dia diterima membuat praktikal disini, jika tidak. Sampai bila?

Gadis itu menerima semula helaian kertas yang diberikan tadi.
Nama lelaki itu diperiksa dan sedia ada di dalam catatan untuk temuduga harini.

"Tuan, pelajar praktikal dah ada disini untuk lapor diri."

"Suruh dia masuk."

"Baiklah." ganggang telefon diletakan semula ke tempat asal. Dia berjalan keluar menemui lelaki yang sedang duduk mendongak dagu. Belum ada kerjaya sudah kacak begitu. Dia berdehem kecil dan tersenyum saat lelaki itu melihat ke arahnya.

"Mari." Gadis itu tersenyum.

Aish Fahri berdiri dan terus berjalan ke hadapan. Bosan pula dia. Belum apa-apa perasaan menyampah itu sudah lahir. Tapi bagaimana pun, dia harus mendapatkan tempat praktikal. Jika tidak? Sia-sia sahaja selama ini dia berlajar. Shaz juga sedang senasib dengannya. Susah hidup jika tidak menjadi pelajar cemerlang.

"Tu biliknya." Gadis itu menunjukkan bilik yang tertera nama pemilik syarikat.

Aish Fahri menarik nafas dalam.
bismillah...

Pintu bilik kayu itu diketuk beberapa kali.
"Assalamualaikum.."

Naura memandang luar rumah. Laptop yang terbuka dibiarkan sahaja. Disebalik pintu dia memerhati. Ada sebuah kereta yang amat dia kenali berhenti dihadapan pintu. Naura yang sedia bertudung itu terus sahaja melompat gembira dan berlari ke arah pagar besi rumahnya.

"Along!" tangan dilambai dengan senyuman gembira.

Izz Affan, abang sulungnya keluar dengan senyuman lebar. Isteri disampingnya dirangkul pinggang. Cahaya mata pertamanya juga yang baru berusia tujuh bulan memandang Naura bersama air liur. Izz Affan mendepakan tangannya kea rah Naura.

"Lamanya baru nak balik sini." Naura memicit hidung dan menolak abangnya.
"Siapa nak hug along? Kita nak peluk kak long je."

"Bertuah punya Cupiyah."

"Ibu mana?" tanya Safina, isteri Izz Affan.

"Ada kat rumah. Patutlah ibu tak kerja rupanya kaklong dan along nak datang. Jomlah masuk." Naura menarik tangan kakak iparnya. Anak saudara? Oh, nanti dulu ya.

Di Setiap PertemuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang