°•°•°•°•°
Naura mencuit-cuit Afrin. Afrin menolak Naura geram. Sudah tiga hari berturut-turut dia dibahan oleh kakak sendiri. Hanya kerana bersikap ehsan sedikit dipergunakan kebaikan. Hah! Taubat nak buat baik lagi.
"Ceh ceh orang tu." Naura mencucuk biseps milik Afrin lagi. Kemudian gadis itu ketawa sambil memeluk bantal kusyen.
"Diamlah." Afrin menjeling Naura tajam. Alat kawalan jauh diambil dan dipicit-picit geram. Siaran apa tidak pula ditontonnya. Afran tergelak lucu.
"Orang tu.." Afran cuba mengusik abangnya.
"Kan Afan kan? Ada buah hati." Naura tergelak lucu sambil membaling bantal ke arah Afrin dan berlari duduk di sebelah Afran.
Afrin diamkan diri sahaja.
Jika dilawan makin dikata ya. Geram sungguh. Buah hatikan Yasyirah? Memang tidak akan sama sekali. Sudahlah amat menjengkelkan. Bajet! Pengawas paling bajet!
"Dia malulah Afan." Naura masih lagi mahu menyakat.
"Kakak dahlah tu." Afrin membaling bantal namun terkena Afran. Tidak kiralah. Afrin berlari terus naik masuk ke dalam bilik. Terbantut mahu melihat Konsert Komedi.
Bukan best pun.
Menyanyi sahaja merosakkan lagu.
Ingat adalah lawaknya. Haih!Naura menghabiskan sisa ketawa. Kemudian dia memandang Afran yang berada di sebelah. Afran mengangkat keningnya.
"Afan tak ada buah hati. Hati dan jantung ada." Afran pula mengambil alih tempat Afrin. Main picit-picit remote tv!
"Tipu lah tu." Naura mencuit-cuit Afran pula.
"Kakak ni kenapalah." bantal mahu dibaling namun kakaknya lebih cekap membaling tepat ke arahnya. Tak aci sungguh!
Afran memasamkan mukanya.
"Tapikan Yasyirah tu cantik. Kakak suka. Lembut je."
"Tak tahu kalau dia dekat sekolah macam mana." Afran mencebik bibir. Punya garang macam mak singa. Lagi-lagi kalau ada orang buat hal.
Cantik tapi garang.
Abang pun tak nak."Kenapa kalau kat sekolah?" Naura mendongak dagu.
"Garang sebab pengawas."
"Baguslah!" Naura menepuk tangan.
"Biar Afin kena marah sentiasa."Afran hanya mengangguk sahaja.
Kafeteria dituju namun sesak. Setiap hari cafe akan sentiasa penuh. Tiada tempat lain agaknya yang menjadi tempat paling strategik melainkan disini. Bob mengacau air teh ais limau yang agak bosan untuk diterima dek tekak. Terasa payau , tawar dan kelat.
"Hi Bob!" Naura terus duduk tersenyum di hadapan Bob.
"Eh Adinda."
"Kenapa nampak muram?" Naura meletakkan beg di atas meja. Dia melihat kaunter makanan yang sesak dengan harapan hancur. Sudahlah lapar!
"Tak ada apa-apa pun." Bob berkata.
Naura memandang Bob aneh.
"Ya ke tak ada apa-apa? Macam ada apa-apa je. Cakaplah." Naura memicit hidung. Dia memandang meja belakang dan tepi. Penuhnya manusia!

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...