[ chapter 21 ]

2K 149 58
                                        

°•°•°•°•°

Aish Fahri terbaring di atas katil. Jawline digaru perlahan. Tangan kanan diletakkan di atas dahi manakala tangan kiri diletakkan diperut. Banyak yang difikirkannya.

Ah!

Dia duduk daripada pembaringannya tadi. Buat apa perlu fikirkan tentang gadis itu? Tidak ada yang pentingnya. Tiada kaitan yang melibatkan gadis itu.

Keluhan dari rahang kedengaran berat.

Gadis itu nampak berbeza dari yang sebelumnya. Dia sudah tidak seperti minah yang dia kenali. Sifat gadis itu sudah berubah menjadi beku. Terbukti ketika mereka terserempak di kubur minggu lalu.

Aish Fahri merapatkan kedua belah tangan dan didekatkan di hidungnya.

"Salah aku?" dia bertanya seorang diri.

Dia punca gadis itu bertukar sikap? Aish Fahri rebahkan diri semula. Siling kosong itu ditatap lama. Tetapi salah apa yang dilakukan? Aish Fahri terus mencapai telefon bimbitnya.

Shaz!

Air kopi berasap itu diteguk beberapa kali. Tidak ditiup kerana karbon dioksida boleh melarut di dalam air panas yang terbentuk. Kesan negatif berkemungkinan besar boleh diterima.

"Ada apa jumpa? Tak penat ke kat tempat kerja jumpa kat sini jumpa." Shaz bermain dengan penyedut minuman beraisnya.

"Aku nak tanya."

Aish Fahri memandang sisi kanannya seketika. Lama. Kemudian barulah dia memandang Shaz. Dengan harapan agar Shaz dapat membantunya.

"Kau kenapa? Ada masalah ke?" Shaz bertanya sambil melihat ke arah kanan Aish Fahri. Tidak ada apa yang mencurigakan pun?

"Naura Safiyah.."

Shaz tersenyum sinis.
"Ha kenapa?"

Aish Fahri menunduk kepala. Kemudian dia menggeleng. Tidak lama kemudian, nafas berat dilepaskan.

"Kau tahu kan kau boleh percayakan aku? Cerita apa dah jadi." Shaz cuba memujuk. Dia kawan yang setia disamping mempunyai ikatan darah yang kukuh.

"Tak ada apalah Shaz." Aish Fahri beralah. Dia meminta diri untuk pulang. Shaz setuju sahaja. Dia juga tidak berhak untuk memaksa.

Dia akan selalu ada.

Aish Fahri masuk ke dalam kereta dengan harapan yang hancur. Kedua belah tangan diraup ke wajah. Kenapa rasa ini pula yang hadir? Kenapa perlu peduli tentang gadis yang tak penting itu? Bukan ada kaitan pun!

Enjin kereta dihidupkan namun tidak juga dia menggerakkan kereta. Dia masih lagi terhenti disitu. Aish Fahri menggenggam stereng kereta miliknya.

"Lupakanlah."

Naura Safiyah leka dengan lukisannya di hadapan komputer riba yang terbuka. Sudah beberapa hasil busana yang dapat dilakar hari ini. Semuanya menghasilkan elemen yang memberansangkan namun masih tidak dapat melawan kreativiti Ibu.

Pensil diletakkan tepi. Kerusi roda ditolak ke belakang dan dipusingkan agar badannya turut berpusing sambil dia meneliti baju perkahwinan yang baru sahaja dilakar. Tidak lebih daripada 30minit jika mempunyai idea.

"Cantik!" Naura memasukkan kertas itu ke dalam fail yang telah ditetapkan. Suatu hari nanti baju ini akan dipakai oleh seseorang!

Kemudian dia meneguk air coklat panas yang berada di atas meja. Tenang!

"Mana eh?" Naura memicit hidungnya.

Dia bangun daripada kerusi roda itu dan mencari disebalik celah kabinet putih. Buku-buku yang menghalang diselak ke tepi. Tidak juga diketemuinya! Ugh!

Di Setiap PertemuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang