°•°•°•°•°
"How it is?"
Aish Fahri mengangkat dagu satu kali bersama mata yang agak kecil. Keningnya turut sama naik. Shaz tersengih. Seram pun ya juga melihat kawannya itu dalam muka yang seakan-akan tertekan. Aish Fahri berdehem seketika dan membetulkan posisi duduknya.
"Not bad not good. So-so." bibir dicebik sedikit.
Shaz tersenyum dan memandang kawasan sekitar.
"First day nanti jadilah benda yang normal. Nanti aku apply kat situ hilang sikit bosan kau kat sana. Tunggu aku datang okay untuk ceriakan lagi hari kau yang tak ceria tu."Aish Fahri memejamkan mata.
"Café mak aku ni memang rumah kedua kau kan? Asal datang sini je kau tidur, tidur je kau kat sini. Tak faham betul aku. Punyalah kat sini ramai perempuan cantik satu pun kau tak berkenan. Dia orang je yang hari-hari datang sini dengan harapan nak tengok kau tidur kat sini." Shaz mencebik bibirnya.
"Kau bebel apa ni?" Aish Fahri menompang pipinya.
Mata yang tadinya ditutup kini dibuka dan kornea matanya menangkap sesuatu. Keningnya terus bercantum menjadi satu! Matanya juga terus sahaja mengecil. Minah familier tu! Minah yang tak sayang nyawa tu! Minah yang dengan Bob!
Shaz menelan air liur memandang Aish Fahri yang seperti kerasukkan. Dia hayunkan tapak tangannya ke atas dan ke bawah tepat di hadapan wajah lelaki itu namun tidak beriaksi apa-apa. Shaz menyentuh bahu Aish Fahri untuk membawanya ke dunia nyata bukan fantasi.
"Fah, kau kenapa? Kau nampak apa? Ada hantu ke kat café mak aku ni? Kau jangan dah malam ni mak aku tak pasang pelaris tau. Kau jangan macam-macam aku kacak ni tak takut tapi satu je aku tak nak ada kaitan dengan benda-benda ni." Shaz mengintai apa yang dilihat Aish Fahri.
Lelaki itu menghembus nafas menggunakan rahangnya.
"Kau kalau tak kau memang bukan kau kan?" Aish Fahri bersandar lemah."Dahtu kalau bukan aku siapa nak jadi aku? Tak rasa kau mampu jadi aku tau." Shaz mendabik dada.
"Aku tak terfikir nak jadi orang lain."
Shaz terdiam. Jangan dibalas nanti hati sendiri yang sakit.
"Dah kau tadi tengok apa? Seriau je.""Tu ah." Aish Fahri menunjukkan isyarat mata.
"Mana?" Shaz menjengah. Tiada siapa-siapa hanya ada seorang gadis cantik dan dua orang budak lelaki yang mukanya seiras. Eh? Kembar ke? "Eh! Our junior?" Shaz memandang Aish Fahri bagai tak percaya. Dia menghidu sesuatu yang tidak kena memandangkan ini sudah masuk bab 8 adakah Aish mula mengenali gadis?
"Kau kenapa? Minat dia ke? Kan aku dah kata budak tu cute confirm kau akan suka. Terbuktikan?" Shaz tersenyum lebar.
Aish Fahrin menggusap dahinya yang licin.
"Malas cakap."Shaz mencebik bibir. Kenapa dia yang selalu salah?
"Okay fine, kenapa dengan junior kita tu?""Kita? Kau je."
Shaz menggulingkan bola matanya ke atas.
"So why?""Siapa nama dia?"
Shaz tersedak air liur sendiri. Laju sahaja dia menggagau air yang berada di hadapannya. Tidak kira air itu milik siapa yang penting dia harus minum air dengan segera jika tidak kemungkinan besar maut bakal menjelma! Aish Fahri bersandar lemah siap tangan disilang didada memerhati Shaz yang nyawa-nyawa ikan. Shaz mengedipkan matanya beberapa kali.
"Ni betulkan Aish Fahri bin Haji Kamarul?" Shaz bersoal.
Naura Safiyah terbatuk kecil dan menepuk-nepuk meja beberapa kali. Afrin segera memberikan air kepada kakaknya. Afran yang berada disisi terus menggusap belakang kakaknya. Naura mengesat air matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Ficção AdolescenteAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...