[ chapter 44 ]

1.5K 117 24
                                    

°•°•°•°•°

Pensil yang sudah hampir tumpul diletakkan di atas kertas berwarna putih. Kerusi beroda ditolak laju dengan kaki yang diselunjur beralih ke arah kertas grafik berwarna biru. Aish Fahri berdiri seketika.

Simetri done.

Aish Fahri mengigit pensil dibibir dan mengambil pembaris segi tiga kaki sama. Diletakkan di atas kertas grafik biru dan mula membuat satu garisan mengufuk.

Pensil kemudian diasah dengan pengorek. Tidak tajam dan akan membentuk satu garisan tebal jika tidak diasah. Maka, hasil lakaran tidak akan kemas dan kurang cantik. Kejituan yang rendah.

Aish Fahri telah menghabiskan hampir 3jam di bilik kerja milik arwah babahnya selepas makan malam jam 8. Ini adalah rahsia sulit, lakaran itu hanya dia sahaja yang tahu.

Bila masanya telah tiba pada waktu yang sesuai, semua ini akan terbongkar dengan sendirinya. Tidak perlu penat untuk dia ceritakan dengan lebih lanjut kerana hal ini hanya dengan melihat dapat difahami.

Naura Safiyah mengetuk pintu bilik yang tidak pun tertutup lagikan dikunci. Naura yang siap dengan pakaian tidur hello kitty membuatkan Aish Fahri meletakkan pensilnya.

"Budak-budak." ujarnya sendiri.

Aish Fahri mengangkat kening dan menyambung semula lakarannya. Naura masih tercegat lagi di hadapan pintu bilik tidak berani untuk masuk ke dalam kerana melihat wajah ketat Aish Fahri yang sememangnya jarang bersenyum.

"Nak masuk boleh?"

"Masuk jelah." Aish Fahri meletakkan pensil di belakang telinga kemudian Aish Fahri berdiri beralih semula ke arah kertas lukisan putih.

Naura Safiyah berdiri di hadapan meja Aish Fahri. Rambut lurus Naura mengurai panjang ke pingang.

"Lama lagi ke?" soal Naura.

Aish Fahri memandang Naura yang tercegat dihadapanya dengan kening yang bertaut.

"Nak tidur, tidurlah dulu."

"Saya takut."

Aish Fahri menghembus nafas menggunakan rahangnya.

"Duduk situ dulu." Aish Fahri menunjukkan sofa yang terletak dihadapannya.

Naura akur dan duduk di atas sofa seperti patung. Mata gadis itu juga semakin lama semakin berat. Naura sudah tersengguk-sengguk sendiri.

"Tidur pun susah ke?" Aish Fahri menggeleng kepala sendiri.

Sekarang baru jam 1130, janji tiga puluh minit lagi dia akan berhenti dan menyambung pada hari esok. Aish Fahri tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada lukisan grafik kerana melihat Naura yang akhirnya tertidur disofa.

Aish Fahri menggusap mata kanan dan automatik dia mengguap. Kertas putih digulung begitu juga dengan kertas biru dan diletakkan di atas meja. Segala pensil dan pembaris disusun lalu dimasukkan ke dalam bekas kaca.

"Hey." pipi Naura dicucuk-cucuk dengan jari telunjuknya.

Naura Safiyah tidak berganjak.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now