[ chapter 45 ]

1.5K 116 30
                                    

°•°•°•°•°

"Awak nak beli apa lagi?" Naura Safiyah menolak troli yang hujungnya dipegang oleh Aish Fahri.

Aish Fahri mengangkat bahu sebagai jawapan yang selamat. Sejujurnya, dia juga tidak tahu mahu membeli apa.  Tidak tahu barang apa yang kurang dan barang apa yang perlu dijadikan stok simpanan.

"Ada pula macam tu? Habis datang sini nak beli apa? Kubis?" Naura membebel seorang diri.

Semenjak bergelar isteri orang, rajin dan ringan sahaja bibirnya untuk bergerak. Tidak kalah dengan lidah yang ligat menutur kata-kata meskipun akhirnya tiada isu yang berkaitan menjadi mangsa tambahan.

Aish Fahri mengecilkan matanya.
"Kau? Nak beli apa?"

Naura turut mengangkat bahu.
"Macam tak nak beli apa-apa."

Aish Fahri ikut sahaja laluan yang dilalui dan kini posisinya berada disebelah Naura yang memerhati kiri dan kanan. Sungguh tiada benda yang menarik minatnya untuk dimasukkan ke dalam troli.

"Kita nak pergi langkawi buat apa kita shopping kat sini? Apa kata shopping kat sana je? Lagi best." Naura memberi cadangan membuatkan Aish Fahri memberhentikan troli itu.

Susu high-calsium diambil dan ditunjukkan kepada Naura Safiyah sambil digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

"Minum, biar tinggi." ujarnya sambil memasukkan dua kotak susu besar yang sama ke dalam troli.

"Tak nak, tak sedap. Susu coklat tak boleh ke?" Naura mengambil susu tadi untuk dikeluarkan semula.

"No." Aish Fahri menahan tangan Naura dan diletakkan semula. Matanya yang mula mengecil membuatkan Naura mencebik bibir.

"Awak masukkan kan? Awak minum. Tak kiralah, saya tak suka susu-susu ni. Sudahlah tak sedap diproses pula tu, nutrien pun dah sedikit. Kata nak bunuh mikroorganisma tapi dah hilangkan tekstur asli. Nutrien pun dah kurang buat apa nak minum juga." Naura menggeleng kepala.

"Bising." Aish Fahri mengecilkan matanya yang tajam.

"Tapi.."

Aish Fahri menolak sahaja troli itu ke hadapan biarkan sahaja yang mahu membebel banyak boleh tinggal di sini balik ke rumah jalan kaki. Senang, telinga tidak sakit kesunyian itu adalah sebahagian daripadanya.

"Tunggu." Naura memegang tangan Aish Fahri yang kaku sambil berjalan.

Sentuhan itu dipandang perlahan, apabila Naura menoleh ke arah makanan segera Aish Fahri mengambil peluang untuk merenung wajah isterinya. Nipis sahaja pandangan matanya namun penuh kasih sayang.

"Nak beli apa?"

"Samyang!" ujar Naura sambil tersenyum.

"Sayang?" soal Aish Fahri.

"Sayang? Sayang siapa?" Naura mengerutkan kening memandang Aish Fahri.

"Sayang kau? Sekejap, kau kata apa?" Aish Fahri melihat apa yang dilihat Naura sebelumnya.

"Mii samyang?"

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now