°•°•°•°•°
Hari perjumpaan ibu bapa. Bagi Afrin ini adalah hari yang menunjukkan sama ada kau mempunyai mak ayah yang masih pedulikan kau ataupun macam aku. Tersisih. Wajah gembira pelajar lain jelas terlakar melalui bibir dan senyuman namun ada juga yang diam membisu dalam keadaan ketakutan apabila ibu bapa mereka ada bersama. Afrin kembali merenung guru tingkatannya.
Seperti tahun-tahun sebelum ni.
Orang lain datang bersama ibu dan bapa.
Mereka pula datang hanya dengan pasangan kembar masing-masing.Afran yang berada di kelas bersebelah juga turut termenung. Dihimpit rasa sedih dan dia berharap sangat agar masa sekarang berlalu dengan pantas. Alangkah baiknya jika dia mempunyai alat doraemon dia hanya mahu menghilangkan diri buat seketika. Dia tidak kesah namun perasaan cemburu itu melebihi batasnya.
"Mak ayah kau tak datang lagi?" soal rakanya.
Rakan sekelas tahun lepas.Afran tersenyum dan menggeleng.
"Mereka kerja, susah sikit."Bahu Afran ditepuk.
"Mak ayah orang lain pun bekerja juga tapi masih ada masa untuk datang ke sini. Result kau bagus Afran, abang kau pun rugilah kalau mereka tak tahu pencapaian kau orang. Kalau tak semegah itu tapi at least dia ambil peduli tentang korang.""Tak apa, jangan risau." Afran tersenyum dalam duka hanya untuk menutupi sebahagian cerita yang terkadang tidak perlu orang lain tahu dan fahami. Tak penting. Cukuplah. Tak perlu tanya lagi. Inilah orang Melayu, sudah tahu tanya pula. Orang sedih bakal menjadi sedih jika terus diadukan dengan berdas-das soalan yang mampu membunuh. Kau tak faham apa yang aku lalui jadi berhenti dari terus menyoal.
"Afrin." nama Afrin dipanggil.
"Afran." sejurus itu di bilik yang berlainan nama Afran juga dipanggil.
"Mak ayah kamu tak datang lagi?" soal guru. Kedua-dua mereka menggeleng serentak meskipun di ruang yang berbeza.
"Tak apalah kalau macam itu cuba faham situasi ibu bapa kamu mungkin betul mereka tidak dapat hadir ke sini. Tak bermaksud jika tak datang mereka tak sayang itu amat salah. Mungkin masa menjadi pengehad bagi mereka jadi bersabarlah. Jangan menyalahkan mereka cikgu tahu kamu mampu fikir apa yang mereka lakukan ini semua untuk kamu. Kini hanya kejayaan yang dapat balas jasa mereka."
Jika cikgu tahu apa yang kami alami, saya dapat jamin cikgu tak mampu untuk berkata-kata ataupun menggerakkan lidah kerana pedihnya kami hanya kami sahaja yang rasa. Tidak orang lain terutamanya kepada mereka yang mendapat belai kasih ibu dan ayah.
Afran keluar kelas Afrin juga begitu.
Mereka memandang antara satu sama lain seperti cermin."Dah biasakan?" soal Afrin.
Afran mengangguk sahaja.
Masjid yang ada di institusi itu Naura masuk dengan niat i'tiqaf dipasang agar sepanjang duduk di dalam masjid ini diberikan pahala dan ganjaran daripada yang Esa. Itu kelebihan dia berseorang diri, tidak perlu bercakap hanya mampu diam dan memerhati. Dia bukan tidak mempunyai kawan tetapi dia sengaja menjauhkan diri darinya kerana takut peristiwa hitam itu akan berulang kembali. Ia lebih sakit dari kisah cinta perpisahan.
"Fiyah, cuba tengok beg baru aku ni. Mahal tau." Airina yang berada di saf depan terus sahaja menegur apabila melihat Naura sambil menunjukkan beg yang diisikan dengan telekung. Naura hanya senyum dan mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...