[ chapter 26 ]

2K 157 36
                                    

°•°•°•°•°

Afrin mengemas beg sekolahnya. Cikgu sudah beredar diikuti oleh pelajar lain. Hanya seminggu sahaja tinggal sebelum dia menduduki peperiksaan SPM. Afrin tidak segera pulang sebaliknya dia termenung di tempat duduknya.

Yasyirah yang baru hendak pulang kembali semula ke dalam kelas. Dia memberanikan diri menghampiri Afrin yang semenjak kebelakangan ini berdiam diri.

"Kenapa tak balik lagi?" Yasyirah menegur dengan lembut.

Afrin memandang Yasyirah.
"Kenapa?"

Yasyirah memandang pintu utama kelasnya. Kelihatan Afran sedang menunggu abangnya. Yasyirah kembali memandang  Afrin di hadapannya.

"Tu Afran dah tunggu. Awak tak nak balik ke?"

Afrin memusingkan kepala ke belakang. Betul, ada adiknya di situ. Afrin terus sahaja bangun dengan malas dan beg disandang sebelah menggunakan bahu kanan. Yasyirah mengikuti Afrin dari belakang.

"Kau tuition malam ni?" ujar Afrin.

Yasyirah menggeleng.
"Seminggu je lagi saya tak nak beban."

Afran bersandar di pintu bilik tingkatan abangnya. Afrin mengangguk perlahan. Sebaliknya dia, harus belajar lebih keras lagi. Dia mahu membuktikan kepada Ibu dia mampu memperbaiki keputusan pencubaannya. Yasyirah memandang Afrin dengan idea di kepalanya.

"Awak nak study group? Last minit?" Yasyirah tersenyum.

Afrin diam seketika dan memandang Afran.
"Bolehlah."

"Rumah kita." Afran menyiku Afrin.
"Jangan risau kakak ada." Afran tersenyum menampakkan gigi.

Afrin mengangguk tanda setuju.
"Kau on?"

Yasyirah mengangguk dan mengangkat ibu jarinya sama.
"Saya balik dulu. Bye!" Yasyirah melambaikan tangan kepada mereka berdua dengan senyuman manis. Afran membalas lambaian itu manakala Afrin hanya memandang gadis itu pergi.

Afran menarik abangnya agar mengikutinya berjalan. Mereka harus pulang segera. Ada tugas yang mereka perlu kerjakan. Maklumat di bawah bantal tidak sempat langsung untuk disentuh.

Afrin yang hendak memakai helmet terhenti dah meletakkan semula di peha kirinya. Afran memandang Afrin aneh.

"Kenapa?" Afran bertanya.

"Nak tengok ke kebenaran tu? Spm dah nak dekat tak jejaskan emosi kita ke?" Afrin membetulkan rambutnya.

Afran terdiam seketika.

"Tak apalah, kebenaran tu cepat atau lambat kita tahu juga. Kalau betul atau tidak benda ni tetap menganggu emosi kita. Lebih baik kita tahu kebenarannya sekarang mungkin akan kurangkan sakit ni." Afran tersenyum dan terus memakai helmetnya.

Afrin tidak memberi sebarang reaksi.
Dia turut mengikuti Afran. Memakai helmet dan menghidupkan enjin motorsikalnya.

Encik Azri meneguk secangkir kopi dan diletakkan semula di atas meja. Dia sudah penat untuk bekerja di syarikat menguruskan segala-galanya sendirian. Dia perlukan pewaris untuk syarikat ini. Namun, anaknya adalah perempuan. Tidak pula cenderung untuk bidang syarikat.

Encik Azri menghubungi anak lelakinya , Izz Affan.
"Along? Datang pejabat abah."

Meja makan yang telah diatur menjadi tempat perbualan anak beranak ini. Pada awalnya mahu dibincangkan sahaja di pejabat namun memandangkan sudah masuk ke waktu makan tengah hari lebih baik di restaurant. Lebih akrab dan tidak terlalu tegang.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now