°•°•°•°•°
Dalam bahagia yang tersirat masih mencari kalau-kalau sesuatu keajaiban bakal berlaku. Naura mengintai dilaman rumah yang semakin surut dengan manusia. Letih juga dia melayan kaum kerabat yang hadir. Belum lagi yang ditemu ramah!
Aish Fahri memerhati sahaja dalam diam.
Nashwa berada disisi kanan namun tumpah pula minat kepada anak saudara baru! Anak abang ipar!"Sampai hati tinggalkan cinta aku!" Shaz menyambar terus anak buah kesayangannya. Nashwa terus dibawa lari. Tidak lama lagi, mereka turut akan pulang ke rumah.
Letih woi!
Belum kahwin lagi.Aish Fahri memulangkan si kecil pada Izz Affan. Dia mahu mengejar isterinya pula. Kesian pula macam tercari-cari sesuatu.
"Kalau ya pun sabarlah Aish oi!" jerit Izz Affan mengenakan si pengantin baru.
Naura Safiyah tidak perasan kehadiran suaminya di sisi. Entahlah, dia cuma berharap bahawa Aireen dan Dina akan hadir. Namun seakan hampa yang mendatang. Bob? Jauh panggang dari api.
"Cari apa?"
Suara serak-serak basah menyebabkan bahu gadis itu terhincut terkejut. Kaki juga sudah tersilap jalan! Kaki kiri Naura sudah menyilang kaki kanan dan berpijak pada simen luar rumah manakala kaki kanan masih berada di dalam rumah.
Aish Fahri spontan menarik Naura tetapi pencubaan menjadi hero gagal mereka berdua terjatuh dihadapan pintu utama. Mujur sahaja kepala Naura yang terhentak beralaskan tangan suaminya.
Naura terkebil-kebil sendiri.
Macam ada rasa tulang patah."Awak okay tak?" Naura duduk dan memicit hidungnya. Gadis itu menarik tangan suaminya agar turut duduk. "Kotorlah kat situ."
Aish Fahri menggusap belakang kepala isterinya. Mungkin tak cukup cekap dia menahan ketika kepala Naura terhentak lantai. Haba yang dirasainya di kepala Naura agak panas lantas tangan ditekap di dahi Naura.
Naura sudah tidak mampu beriak apa-apa.
Semua ini terlalu pantas untuk dia terima sepenuhnya.
Malu!"Kenapa? Saya tak apa-apalah." tangan Aish Fahri cuba diturunkan tetapi lelaki itu sengaja mengeraskannya.
"Wait." sebelah tangannya diletakkan di dahi sendiri. Tangan kanan diletakkan pada dahi Naura dan tangan kiri diletakkan di dahinya.
"Kau demam ke?" Aish Fahri bersoal dengan nada yang tegas.
"Klinik."Tinggi 175cm itu terus sahaja bangun laju. Rambut yang messy itu dibetulkan tetapi tetap messy. Tangan Naura ditarik lembut dengan harapan agar gadis itu bangun.
"Tak nak pergi klinik!" jeritnya.
"Abah!" jerit Naura sekuat hati."Astaghfirullahalazim!" Aish Fahri melutut semula dan segera menutup mulut Naura.
"Diam."Naura menggeleng kepala, tidak mahu tidak mahu tidak mahu!
Klinik, hospital, doktor dan ubat adalah musuh ketatnya.
Tidak akan menjadi kawan baik!Aish Fahri melepaskan tangannya.
"Jangan jerit."Encik Azri yang berada di dalam rumah menggeleng kepala sahaja. Sudah lama diperhatikan anaknya itu. Entah apa-apa sahaja budak zaman sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Подростковая литератураAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...