°•°•°•°•°
"Safiyah tu baikkan budaknya? Sopan je umi tengok." puji Umi yang dari tadi mengintai anaknya yang makan dengan tenang. Wajah yang tidak beriak apa-apa seperti patung bernyawa. Tidak kelat, tidak manis dan tidak juga masam.
Aish Fahri tersedak makanan yang dimakannya.
Hidung dipicit bukan air yang diambil.Umi kaget.
"Ya Allah! Aish dah kenapa? Minum air tu." air dihulurkan segera dan lantas diteguk rakus. Seksanya apabila makanan yang tidak sempat turun melalui esofagus dengan bantuan peristalsis ditolak keluar semula. Azab sungguh!Aish Fahri mengerdip mata beberapa kali. "Minum lagi air tu." umi berkata lembut. Apa yang hendak terkejut sangat hanya sekadar memuji sampai menyebabkan anaknya itu tersedak sebegitu rupa? Mungkin terkejut dengan sergahan yang agak keterlaluan? Tapi rasanya suara perlahan je. Umi menggeleng kepala.
"Selesa dah? Lain kali makanan tu elok sikit jangan mengelamun. Nampak je jasad kat sini roh entah melayang mana umi pun tak tahu. Baru umi tegur sikit dah tersedak." Umi meneguk air beberapa kali selepas menamatkan kunyahan terakhir.
Aish Fahri tidak beriak.
"Mana ada Aish mengelamun Umi..""Yelahtu." Umi mula mencucuk jarum.
"Umi cuma tanya pendapat tentang Safiyah yang Aish sibuk tersedak kenapa pula? Ada yang tak kena rasanya." Umi tersenyum misteri."Umi, kakak tak datang sini?" Aish Fahri menukar perbualan mereka. Hidup dia dengan gadis itu langsung tiada kaitan dan kenapa harus disebut? Ini baru yang pertama kali tetapi sungguh menjengkelkan apabila umi mula menyebut tentang gadis. Aish Fahri memandang umi lama.
"Ni mesti tak puas nak kerjakan anak buah kan? Umi rasa cuti sekolah nanti mereka datang sini atau kita yang nak pergi sana?" Umi terfikir idea baru. Aish hanya diam tidak berkutik memandang umi.
"Macam mana kalau kita pula datang sana?"
Aish Fahri tersenyum nipis dan mengangguk sahaja.
Perasaan kasihan tumpah kepada umi, umi ialah ayah dan umi jugalah ibu. Dua dalam satu hanya pada umi dan satu-satunya yang dia ada. Wang harta yang ditinggalkan tiada makna jika tiada ibu, si doa yang tidak berhijab. Wajah umi semakin jelas kelihatan garis halus. Dia masih belum cukup membalas jasa umi membesarkannya sejak abah pergi.
Aish Fahri sebak sendiri.
Dia sayangkan umi namun sayangnya dia hanya mampu terpendam di dada. Dia tidak bijak berhujah dengan kata-kata, diam itu adalah caranya. Untuk menunjukkan rasa cinta kepada umi sungguh dia tidak tahu caranya bagaimana. Dia hanya mampu berdoa. Agar umi dipanjangkan umur. Dia tidak mahu yang lain hanya umi. Tidak dapat dibayangkan jika realiti nanti umi akan meninggalkannya sebagaimana abah sudah pergi. Tanpa ibu dan bapa, aku lemah. Tanpa maha Pencipta, aku lemas.
Aish Fahri bangun dari kerusi dan membantu umi mengemas pinggan dan mangkuk. Singki dituju dan kini pada kali pertamanya dia membasuh pinggan yang kebiasaannya dilakukan oleh umi.
"Kenapa Aish buat pula? Biarlah umi yang buat. Pecah pula pinggan umi nanti." Umi bernada bimbang melihat anak lelakinya berada di dapur. Pegang span bersabun pun salah! Sungguh kecut perut melihat gaya tersendiri anak lelakinya itu mencuci pingan. Terkadang kedengaran bunyi lagaan kaca dan pili. Kemungkinan risiko untuk pecah adalah sangat tinggi.
Umi tersenyum.
"Umi.." panggil Aish Fahri.
"Mangkuk ni pecah sendiri." belahan dua kaca itu diangkat dan ditayangkan kepada umi dengan muka yang agak takut.
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...